CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 536|Reply: 0

Ikatan kukuh dua putera capai kejayaan bersama

[Copy link]
Post time 17-9-2022 11:08 AM | Show all posts |Read mode

TUNKU Abdul Rahman dan Tunku Abu Bakar berdepan cabaran berlumba buat kali pertama di hadapan rakan, keluarga dan penyokong sendiri di SIC. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Orang ramai kini berpeluang melihat bagaimana Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim melakukan persiapan dan membuat penampilan sulung dalam perlumbaan GT World Challenge Asia pada Mei lepas.

Dokumentari terbitan Johor Motor Racing (JMR) bertajuk 'Brothers in Racing' itu memaparkan kisah di sebalik tabir yang memperlihatkan hubungan dua putera Sultan Johor itu bersedia untuk perlumbaan siri pertama yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Menurut JMR dalam kenyataan hari ini, dokumentari berdurasi 10 minit yang ditayangkan dalam media sosial dan YouTube JMR pada Rabu lepas itu menunjukkan cabaran dan dugaan dua putera berlumba buat kali pertama di hadapan rakan, keluarga dan penyokong sendiri di SIC.

Diasaskan oleh keluarga diraja Johor, JMR dikuasakan oleh Triple Eight Race Engineering dan Mercedes-AMG yang berpangkalan di Australia, memandu jentera lumba model GT3.


Tunku Abdul Rahman yang memenangi perlumbaan Pusingan 1 menzahirkan penghargaannya kepada pasukan serta dapat berlumba dengan Tunku Abu Bakar.

"Berlumba di negara sendiri sudah tentu istimewa, perlumbaan di laman sendiri. Saya membuat penampilan pertama GT di sini dan kemenangan pertama di Malaysia.

"Ia sangat istimewa buat kami, terutamanya sebagai satu pasukan yang sedang berkembang...berlumba di laman sendiri dengan adinda saya dan mendapat sokongan daripada keluarga dan rakan adalah sangat hebat," titah Tunku Abdul Rahman.

Sementara itu, Tunku Abu Bakar berjaya meraih tempat kedua dalam Pusingan 2.

Selain itu, dokumentari berkenaan juga memaparkan rakan sepasukan dua putera - pelumba negara Jazeman Jaafar dan Nick Foster - serta pasukan Triple Eight Race Engineering.

Mengulas mengenai persiapan dan perkembangan dua putera Sultan Johor, Foster berkata Tunku Abu Bakar "mempunyai sikap yang mengagumkan ketika memandu dan cara baginda melakukan semuanya di dalam dan luar kereta serta kerja keras baginda dengan JJ".

Foster optimis dengan dua putera Sultan Johor itu yang akan menjadi pelumba yang hebat dan tidak boleh dipandang ringan sepanjang tahun ini serta keseluruhan pasukan JMR mempunyai operasi yang kukuh pada masa ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ai-kejayaan-bersama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 1.228963 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list