CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5111|Reply: 70

[Politik] Pemimpin PH tak berakidah, tak berakhlak – Abdul Hadi

  [Copy link]
Post time 15-9-2022 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Pas sekali lagi menegaskan parti itu tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) berikutan pengalaman persefahamannya sebelum ini dengan beberapa parti yang ada bersamanya.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Pas menolak mudarat politik yang lebih besar dalam PH dan lebih parah kesannya kepada negara yang boleh merobohkan asasnya, sehinggakan boleh mematahkan cabang-cabangnya yang penting.

Malah katanya, ia khusus melibatkan hubungan masyarakat majmuk menjadi rapuh dan menyentuh perkara negatif berkenaan dasar dan konsep negara yang lebih banyak dibandingkan dengan Barisan Nasional (BN).

“Keadaan sedemikian dapat dirasakan dalam tempoh PH memegang Kerajaan Pusat. Walaupun terlalu singkat masanya jika dibandingkan dengan BN yang paling lama dan panjang masanya memegang Kerajaan Pusat sejak merdeka sehingga ditolak oleh rakyat dalam PRU14 kerana salah laku dan rasuah.

“Ramai dalam kalangan PH yang tidak beriman (berakidah) dan bermoral (berakhlak) secara terbuka, mengumpulkan kumpulan pemberi rasuah dan penerima rasuah.

“Paling ramai pihak yang melompat parti bukan alasan yang berprinsip, tetapi mengejar janji-janji manis dan janji bohong (seperti rasuah juga). Mereka mengamalkan politik dendam melalui kenyataan terbuka yang mengganggu-gugat urusan pentadbiran negara dan menyusahkan badan kehakiman,” katanya dalam catatan Minda Presiden, hari ini.

Abdul Hadi berkata, dalam PH juga terkumpul kalangan mereka yang nyata bersikap anti-Islam, mengancam institusi raja-raja, rukun negara, dan asas-asas Perlembagaan Persekutuan khususnya kemuliaan Islam sebagai agama bagi persekutuan.

Bahkan dakwanya, terdapat juga kalangan yang fanatik bencikan Melayu dan bumiputera, tanpa peduli adanya hak terhadap agama lain dan berbagai-bagai kaum yang sudah mencukupi.

“Islam yang menjadi akidah perjuangan Pas menetapkan bahawa politik tidak berpisah daripada agama yang ada perhitungan dosa dan pahala serta dibawa ke alam akhirat. Maka, wawasan Pas tidak tamat sekadar melepaskan harapan di alam dunia.

“Pas tetap mempertahan hak Melayu, bumiputera dan Islam termasuk bahasanya menjadi teras kepemimpinan negara ini tanpa menghapuskan bangsa dan bahasa lain.

“Namun, Islam mengajar bangsa Melayu ini agar tidak bersikap fanatik perkauman yang dapat disaksikan dalam masyarakat Malaysia,” katanya.

Mengulas lanjut, Pas menentang teori ‘Malaysian Malaysia’ dan menentang sikap fanatik perkauman kerana kedua-duanya bercanggah dengan Islam dan fitrah manusia.

Katanya, Pas menegaskan kalau ada sesiapa yang membuat kenyataan orang Melayu ini bersifat perkauman, halaukan dia kerana tidak mengenang budi.

“Bersama dalam PH, parti-parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) yang menegaskan ideologi sekularnya secara terbuka, sehinggakan mereka menolak prinsip agama dalam politik.

“Selain itu, ada dalam kalangan mereka yang bersikap pragmatik mahu berkuasa semata-mata tanpa ideologi yang ingin diperjuangkan, menyebabkan mereka menjadi hanyut dan mudah melompat,” katanya.

Justeru, Abdul Hadi berkata, pengalaman Pas bertahaluf siyasi dengan beberapa parti komponen dalam PH, memberikan suatu pengalaman yang cukup matang kepada parti itu untuk mengenalinya secara lebih dekat.

“Pas juga pernah bertahaluf dengan pihak lain sama ada berhaluan kanan mahupun kiri, sejak sebelum merdeka sehingga selepasnya. Pas tidak pernah sekali-kali melanggar perjanjian yang dimeteraikan dan tidak boleh diheret keluar daripada landasannya.

“Namun, Pas tetap utuh melangsungkan bahtera perjuangannya dan beberapa parti yang menjadi parti serpihannya hilang dalam lipatan sejarah. Pas tidak pernah rugi dari sudut ahli, pengikut dan pemimpinnya, walaupun beberapa kali kehilangan kerusi dan negeri yang pernah dimenangi,” katanya. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/09/pemimpin-ph-tak-berakidah-tak-berakhlak-abdul-hadi/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2022 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Start dah...paspuspis pun apa kurangnya kan...kalau idak takde la sskjp tu masih mundur mcm 70an..duk harap rakyat dia pi merantau kt negeri yg dikutuk kata byk maksiat
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2022 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2022 01:58 PM | Show all posts
Kata2 org tua ni mmg xmelambangkan akhlak islam langsung! Penuh dgan caci maki, adu domba dan berburuk sangka. Gaji sebagai duta dan ahli parlimen pon mmg xberkat, dodol tuntut lah kelak. Kau tunggu jah merangkak cari dodol nnti yah!
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2022 02:12 PM | Show all posts
100% betul
sama lah juga penyokong mereka...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2022 02:16 PM | Show all posts
konon.... presiden ameno penyamun penyangak tu berakidah sgat lerrr gamaknye
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2022 02:16 PM | Show all posts
org tua ni pernah ke bg statement pape psal kes rasuah jibun since dlm Quran mmg ada cite psal rasuah al baqarah 188 ?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2022 02:17 PM | Show all posts
Edited by kelana36 at 15-9-2022 10:19 AM

Senarai pemimpin Pas kalah saman fitnah
GemilangDaily

25 Feb 2014- Abdul Hadi Awang, diperintahkan membayar ganti rugi RM2 juta ($768,469) kepada calon PKR DUN Bukit Besi Encik Mohd Shamsul Mat Amin berhubung kes saman fitnah

22 Jun 2016 – YDP PAS Padang Serai mohon maaf kepada DAP kerana fitnah DAP larang azan di Pulau Pinang


11/10/2016- Ketua Penerangan PAS Ustaz Nasrudin Tantatawi mohon maaf kepada Lim Guan Eng kerana fitnah isu terowong pulau pinang

25 Jan 2017 – Hasan Ali kalah saman Fitnah RM200,000 terhadap YB Khalid Samad kerana memfitnah YBKH menentang hukum syarak dan menyokong penjualan arak.

20 Jun 2017- Razman Zakaria PAS mengemukakan permohonan maaf secara terbuka di atas tindakannya memuat naik poster fitnah memburuk burukkan DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH)

10 Nov 2017 – Bendahari Agung dan PJ PAS Perak kalah saman Fitnah RM200,000 terhadap DS Nizar


26 Jun 2018 – Ahli Dewan Ulama PAS Che Masri kalah Saman Fitnah terhadap Husam Musa berhubung tuduhan Seleweng Tanah

7 Sept 2018 – Cybertroopers PAS Herman Samsudeen memohon Maaf dalam Mahkamah kerana memfitnah Dato Mahfuz menerima dana UMNO

25 Ogos 2018 – Muslimah PAS Wan Asshima terpaksa memohon maaf kepada YB Khalid Samad kerana fitnah meluluskan pesta Gay. YB Khalid tekad teruskan saman

22 Jun 2016 – YDP PAS Padang Serai mohon maaf kepada DAP kerana fitnah DAP larang azan di Pulau Pinang

11/10/2016- Ketua Penerangan PAS Ustaz Nasrudin Tantatawi mohon maaf kepada Lim Guan Eng kerana fitnah isu terowong pulau pinang

31 Jan 2019 – Hadi kalah saman dengan SR Report bayar Rm1.4 juta dengan Claire


26 Jun 2019 – Wan Zawawi Wan Ismail (PAS) kalah saman kerana memfitnah Hj Husam Musa terima duit DAP dan Tauke Judi. Pemfitnah merupakan Ahli Lajnah Politik dan Pilihan Raya Pas Kelantan semasa tuduhan dibuat

31 Jan 2019 – Hadi kalah saman dengan SR Report bayar Rm1.4 juta dengan Claire

26 Feb 2020 – Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok DAP hari memperoleh ganti rugi RM80,000 selepas memenangi kes saman fitnah difailkannya terhadap Syarhan Humaizi Abdul Halim berhubung penerbitan artikel Anti Islam di dalam akaun Facebook milik Ketua Pemuda Pas Selangor itu tahun lepas

21 May 2020 – Editor Sarawak Report, Clare Recastle Browm Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Awang dikenakan bayaran sehingga 2.5 juta pound (RM13.2 juta) oleh firma guaman beliau dalam kes saman mereka di England

9 Jul 2020 – Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin pula kalah saman fitnah gagal mendapat kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk merayu terhadap perintah membayar ganti rugi RM100,000 kepada peguam Eric Paulsen

10 Feb 2021- Saman fitnah Husam Musa terhadap bekas pengetua sekolah agama di Kelantan Masri Che Yusoff PAS dan menetapkan nilai lebih tinggi Peguam Faiz Fadzil berkata mahkamah menetapkan nilai ganti rugi baru sebanyak RM150,000, dengan kos RM5,000


baik betul akhlak dan akidah pemimpon PAS ni kan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2022 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ustaz dasuki pun dah keluarkan hadis pasai 2 dari 3 hakim ke neraka tu, sbb kalah dgn mujahid...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2022 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Didoakan apa yg hadi tu kata berbalik pd dia. Mcm2 label buruk pd org yg tak sekapal dgn dia, sebab jwtn sanggup gadai prinsip, dulu hina ameno gila2, sekarang peluk gila2. Kata org tak berakidah lah, igt tak masuk pas tu kapir ke???

Tunggu dan lihat mulut capoi ni nk jadi apa nnti.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2022 03:44 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2022 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam cakap depan cermin. Ape yg dia kata psl ph tu kebanyakan nya itu lah yg ditunjukkan parti dia pas pis pus. Dah sedap dpt jadi part of gov dpt gaji buta, kipas selagi boleh
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2022 05:12 PM | Show all posts
alahai replied at 15-9-2022 02:25 PM
Ustaz dasuki pun dah keluarkan hadis pasai 2 dari 3 hakim ke neraka tu, sbb kalah dgn mujahid...:lol ...

keputusan tak memihak pd dia keluo la segala mak nenek dalil..... cuba kalo menang
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2022 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2022 07:25 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2022 07:27 PM | Show all posts
Cermin pecah ke hadi?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2022 09:03 PM | Show all posts
ko part of the kerajaan yg korup la mangkok oiii.subahat tuuuu musibat oiiii.makin gaji buta tu ada akhlak kaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2022 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tngok org yg dihina2 dek hadi ni diam je, mls nak layan agaknya..ko plak x abes2 nk cerca org knp? Knp x cerca kwn umngok ko yg dh terang2 mahkamah jatuh hukum. Mmg gila pas ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2022 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Rdizz replied at 15-9-2022 03:43 PM
Didoakan apa yg hadi tu kata berbalik pd dia. Mcm2 label buruk pd org yg tak sekapal dgn dia, sebab  ...

Pas bodoh ni dh malu sebenonya.. tu skrg acah2 mcm gangster nk kaverina, ttp x nak mngaku khilaf..keje asik cari salah org je
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2022 05:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Acah2 king maker

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.229858 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list