CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2587|Reply: 19

Takut nak tambah komitmen..pls help me

[Copy link]
Post time 14-9-2022 11:15 PM | Show all posts |Read mode
Hi..Mohon pendapat semua. Kereta saya dah start bermasalah. Asyik rosak je kebelakangan ni. Kadang-kadang rm400-rm500 skali repair. Kereta tu dibeli pada tahun 2008. Kereta myvi suami masih ok (beli pada tahun 2014) tapi kurang selesa nak drive jauh walaupun anak sorang je (dah tak boleh beranak due to risk).  Agaknya dah tiba masa saya kena tukar kereta baru. Bila dah ada kereta baru, barulah selesa nak drive jauh dan balik kampung di Pahang sana. Kami pjj dan suami pergi kerja dengan motor. Tapi risau tersilap percaturan. Nanti menanggung komitmen bebanan hutang tak berkesudahan.
Just nak minta share pandangan, idea dan pendapat semua forumer perlu ke saya tukar kereta baru dan agak-agak kereta apa yg sesuai mengambilkira keadaan ekonomi kami, ekonomi semasa dan apa sahaja pertimbangan. Dlm kepala ni teringin nak beli proton X70, perodua alza, honda crv, hrv, toyota cross..adakah ini angan-angan dan kehendak semata???atau berlagak???heeehee. mohon jangan kecam ye..
Saya listkan gaji dan perbelanjaan saya dan suami.
Gaji bersih saya RM5000.
1. Loan rumah RM1500 (berbaki 8 tahun). Rumah atas nama saya dan dibeli sebelum berkahwin.
2. Taska anak RM350
3. Duit minyak transport RM100 (tempat kerja dekat)
4. Kad kredit RM400 (hujung tahun ni setel bayar dan nk terminate)
5. PTPTN RM250 (setel lagi 5 tahun)
6. Tabung haji RM1000
7. Tabung haji anak/SSPN RM300
Balance +-RM1100
Gaji bersih suami RM3000
1. Rumah sewa RM400
2. Minyak motor RM50
3. Duit makan RM400
4. Bil api, air, wifi rumah RM150
5. Susu dan pampers anak RM200 (alhamdulilah anak minum susah murah je)
6. Tabung haji RM600
7. Nafkah RM400
8. Family insurance RM100
Balance +-RM700

Terima kasih pd yg sudi share pandangan..
Maaf mod kalau tersalah bod..boleh pindah iyeer

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2022 11:33 PM | Show all posts
Beli kereta baru. Tp axia. Cukup dah. X yah beli kereta mahal2. Np nak jerat diri kalau duit balance utk berjimba2 tinggal sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 11:35 PM | Show all posts
Duit balance tu la utk beli baju, mkn sedap2 hujung minggu, sedekah, bagi duit kat parents. Axia dalam rm500 sebulan masuk insurans n roadtax. Beli kereta mur mur je okay. Atau beli bezza. Cukup dah tu. Walaupun duit ada simpan kat tabong aji. Tp duit utk berjimba tu x banyak.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 11:36 PM | Show all posts
Honda crv sebulan bayar rm2k. Mostly kereta yg di idamkan semua rm1k sebulan
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2022 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
dalam banyak2 list yang awak letak tu macam alza yg paling sesuai..yang lain 100k+ nak dekat 2k jugak monhtly payment..

nak guna kereta yg paling sakit ialah maintainance..mungkin sis boleh duduk laki bini diskas  kereta mana lebih sesuai untuk financial korang
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2022 08:28 AM | Show all posts
klau kereta sedan yg ok tu bezza or persona..tu pon dh ok..ni monthly pon xmahal mn...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2022 09:04 AM | Show all posts
Edited by yayasbs at 15-9-2022 09:07 AM

kat sini gaji sebenar2 bersih awak hanyalah rm1100 saja..kereta yang sesuai 12 bulan gaji..kalau plus dgn suami baru dapat 1800..amat bahaya kalau nak pakai lambang H atau T ni..better kereta buatan malaysia tapi jgn la X50 tu mahal..ambil sama ada axia, saga @ bezza..mmg semua idamkan kereta lambang T atau H tapi sakit bila komitmen tu yang tak tahan..kereta ni bulan2 lagi, minyak, tol, roax tax, insuran, nk kena tukar minyak hitam dll..sakit tuu..better ambik kereta yang boleh bagi banyak lagi balance kat awak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2022 09:14 AM | Show all posts
Senarai dari puan:

1. Kereta asyik rosak, beban kos repair RM400 - RM500.
2. Kereta suami tak selesa untuk drive long distance.
3. Anak seorang.
4. Perhubungan Jarak Jauh (PJJ).
5. Suami pergi kerja naik motosikal.
6. Bimbang komitmen bertambah atau tak tertanggung hutang.

Berdasarkan senarai perbelanjaan, kos tanggungan bulanan yang perlu dibayar adalah RM6,200 setiap bulan. Baki gaji isi rumah, RM1,800.



Jika itu bakinya, adalah dinasihatkan untuk membeli kereta baru seperti Perodua Axia yang terbukti jimat dari segi penggunaan minyak. Kalau menurut iklan, average liter/kilometer lebih kurang 22 berbanding kenderaan lain yang rata-ratanya di bawah 18 l/km. Lebih-lebih lagi kalau SUV, 14 l/km, ternyata boleh mendatangkan bebanan jangka masa panjang.

Jumlah ahli keluarga termasuk diri puan adalah tiga orang sahaja. Jadi, memadailah hanya menggunakan kereta Perodua Axia. Jika sebelum ini puan membelanjakan RM300 untuk pembelian minyak (bulanan). Mungkin selepas menggunakan Axia, hanya RM200 atau RM150 sahaja yang diperlukan.

Selain Axia, kenderaan lain seperti Honda City RS (HEV) berharga RM100K+ juga jimat minyak. Kalau Axia 22 l/km, Honda City RS pula boleh capai lebih tinggi iaitu 27 l/km. Tetapi harganya agak mahal dan bayaran bulanan tanpa deposit yang tinggi, sudah tentu pembayaran bulanannya lebih dari RM1,000.



Dengan baki gaji yang kecil serta perbelanjaan yang terhad, sebaik-baiknya puan berjimat dengan membuat pembelian berdasarkan keperluan dan keutamaan. Tolak ketepi kehendak membeli kereta mahal, bertahanlah sehingga ekonomi kembali stabil.

Baki gaji RM1,800 dengan keadaan semasa yang tidak mengizinkan, sangat tidak sesuai untuk membeli kereta seperti SUV, MPV, Sedan Premium. Apatah lagi dalam keadaan negara sedang mengalami krisis seperti mana yang dialami negara-negara lain.

Dari segi perbelanjaan bulanan, cuba kurangkan apa yang boleh dikurangkan. Elak penambahan hutang yang tidak perlu. Rancang perbelanjaan dengan berhemah dan mungkin baki RM1,800 boleh bertukar menjadi RM2,300. Tetapi itu tidak bermakna puan boleh membeli kereta idaman seperti Honda. Bertahanlah dulu.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2022 09:58 AM | Show all posts
nasib kau tanya kat sini kak..kalau kat fb sinun mmg dapat maki je dgn balance gaji bnyk tu nak pakai kereta baru.. mcm forumer yg lain tu cakap, kereta yang bersesuaian dgn gaji bnyk tu ialah axia, unless ko beli 2nd hand, which is not bad at all pun. pandai cari, nasib kau baik, bolehla pakai H 2nd. Aku beli H 2nd masa thn 2006, sampai sekarang mantap lagi, wear and tear tu biasa..

Nak selesa jalan, jauh, aku rasa myvi tu lagi selesa utk jalan jauh banding axia, or maybe boleh ambil saga? since skrg pun opr dah naik dan akan naik lagi, kau congaklah baik2..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2022 10:03 AM | Show all posts
blh stick pakai myvi suami dulu?
keta lama xyah pakai/jual?
so tggu habis cc hujung thn, awal thn baru tgk keta baru.
memandangkan dah ada myvi, blh la try bezza sedan yg paling affordable.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2022 11:40 AM | Show all posts
Rockafella replied at 15-9-2022 09:14 AM
Senarai dari puan:

1. Kereta asyik rosak, beban kos repair RM400 - RM500.

anda telah memberikan semangat org lain utk menukar kepada kereta yang anda tepek diatas

but good advice fella
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2022 11:44 AM | Show all posts
At least TT is rasional to solve issues sis....i hope all goes well. Slowly but steady.

Dont think too much, lepas you dah calculate and yakin dgn planning u, go ahead je la. also tgkla mana mana yg boleh dikurangkan. Mybe it is also time to earn extra money dgn buat benda selain keje hakiki

I bagi kredit lebih sikit sbb ni la masalah dunia skrg ni esp couples nowadays. Best of luck
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2022 11:49 AM | Show all posts
Betul kata @kucingitam. secondhand Axia or Honda pun not bad. Cuma masa beli tu kena periksa betul-betul. Wear and tear kalau Honda mmg berharga sikit. Tapi kalau pandai cari, memang ada yang murah. Join group Axia/Honda di Facebook/WhatsApp/Telegram dll, memang akan ada yang offer harga murah dan barang masih berkualiti.

Myvi for long distance agak goyang kalau bagi saya. Pernah drive jauh guna Myvi centre gravity dia tak berapa cun berbanding sedan. Tak pasti kalau Axia macam mana. Yang pasti, banyak tengok Axia berdesup di lorong kanan lebuhraya. Dalam fikiran, berani betul driver Axia ni.

Proton Saga terbaru ni pun not bad harga dia, kualiti pun okay. Ramai yang puji prestasi saga dikatakan sesuai untuk pengguna yang selalu driver long distance berbanding Perodua Bezza, kuat makan minyak dan hanya sesuai untuk pemanduan di bandar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2022 11:49 AM | Show all posts
petpom replied at 14-9-2022 11:33 PM
Beli kereta baru. Tp axia. Cukup dah. X yah beli kereta mahal2. Np nak jerat diri kalau duit balance ...

Cara saya berjimba dengan berkebun belakang rumah. Sangat jarang spend time di luar.

lebih byk beriadah di laman rumah dan sesekali bwk anak ke playground, fair etc


Tq sis atas nasihat u...


Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2022 11:52 AM | Show all posts
Seperkara lagi. Perlu tahu juga apa jenis kerosakkan yang dialami. Kalau kerosakkan yang sama dibaiki berulang kali, puan mungkin diperdaya oleh pihak bengkel yang tidak bertanggungjawab.

Sebaik-baiknya kereta yang dibeli itu diselenggara oleh pihak pengeluarnya sendiri. Walaupun mahal, sekurang-kurangnya tidak ditipu dan kadar harga juga mengikut tetapan semasa. Begitu juga dengan caj pekerja. Mereka tak boleh tukar harga sesuka hati dan paling utama, mereka akan tanya pelanggan dulu sama ada setuju atau tidak sebelum proceed apa jua jenis servis yang dilakukan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2022 11:53 AM | Show all posts
Rockafella replied at 15-9-2022 09:14 AM
Senarai dari puan:

1. Kereta asyik rosak, beban kos repair RM400 - RM500.

Sgt berinformative!!.. tak tahu nak komen apa. sebab perempuan jarang yang tahu bab2 kereta ni..heeehe..memang sgt membantu saya dan mungkin juga forumer lain yang merancang nak tukar kereta. Thankssss @Rockafella.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2022 11:54 AM | Show all posts
adila39 replied at 15-9-2022 11:40 AM
anda telah memberikan semangat org lain utk menukar kepada kereta yang anda tepek diatas

but g ...

Sekadar pandangan. Tetapi saya rasa buat masa ini tak sesuai untuk beli kereta baru. Kecuali kalau TT sanggup bertukar kepada kereta kecil seperti Axia dengan bayaran bulanan murah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2022 11:59 AM | Show all posts
mejabiru replied at 15-9-2022 11:53 AM
Sgt berinformative!!.. tak tahu nak komen apa. sebab perempuan jarang yang tahu bab2 kereta ni..he ...

Kalau puan mampu beli kereta EV, ambil peluang tu. Malaysia pun akan mula jual motosikal EV tak lama lagi. Kenderaan berkonsepkan elektrik ini memang menjimatkan. Bayangkan puan isi petrol full tank, dengan gaya pemanduan berhemah dan tidak terburu-buru pasti, jarak perjalanan pasti dapat mencapai 900KM+.

Bayangkanlah, dengan 900KM+ itu, jarak dari Johor ke Perlis, masih ada baki minyak. Itu kalau long distance. Kalau short distance contoh seperti ulang alik pergi kerja, hantar/ambil anak, jalan-jalan di hujung minggu = 2 minggu sekali isi minyak.

Sangat menguntungkan. Saya dah rasa penjimatannya.  

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Rockafella replied at 15-9-2022 11:59 AM
Kalau puan mampu beli kereta EV, ambil peluang tu. Malaysia pun akan mula jual motosikal EV tak la ...

pakai kete apa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
saya awal tahun aritu baru tmbh komitmen kete hihi
mmg niat di hati nak H atau T dan sewaktu dgnnya
lepas dikira² congak² dan fikir long term
iols angkat bezza je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.359222 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list