View: 2454|Reply: 33
|
[Tempatan]
Boleh pulang atau guna semula, dapat kurangkan penggunaan plastik bila membeli susu segar!
[Copy link]
|
|
'Milk On Tap', Beli Susu Dalam Botol Kaca, Pulangkan Atau Isi Semula
Menerusi inisiatif ini, pelanggan yang membeli susu jenama ini boleh membeli susu segar dalam botol kaca yang boleh dipulangkan dan boleh digunakan semula.
Pujian harus diberikan kepada Farm Fresh Berhad apabila tampil dengan inisiatif 'Milk On Tap @ Jaya Grocer' untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali-guna. Menerusi inisiatif ini, pelanggan yang membeli susu jenama ini boleh membeli susu segar dalam botol kaca yang boleh dipulangkan dan boleh digunakan semula.
Inisiatif yang merupakan kerjasama eksklusif bersama pasaraya Jaya Grocer ini bagaimanapun hanya tersedia untuk pelanggan yang mengunjungi Jaya Grocer 163 Retail Park, Mont Kiara.
Di sini pelanggan boleh mendapatkan susu segar yang disalurkan ke dalam botol kaca Farm Fresh pada harga yang sama iaitu RM7.90 seliter dan perlu membuat bayaran RM3 sekali untuk setiap botol kosong.
Botol ini boleh dipulangkan pada pembelian seterusnya sebagai pertukaran dengan botol yang baru diisi.
Pada majlis pelancaran yang diadakan baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer Adelene Foo sempat menyatakan harapannya agar pelanggan menggunakan pilihan mesra alam ini untuk mengurangkan penggunaan plastik.
“Kami gembira dapat bekerjasama dengan Farm Fresh dalam inisiatif yang berbaloi ini kerana kami berkongsi kebimbangan yang sama terhadap ‘kesihatan’ bumi. Kami percaya pelanggan kami turut prihatin dengan percambahan plastik sekali-guna,” ujarnya.
Dalam masa yang sama, Adelene tidak menolak pasaran gaya hidup segar itu akan mempertimbangkan untuk memperluaskan perkhidmatan ini kepada pelanggan di cawangan Jaya Grocer yang lain, bergantung kepada kejayaan projek perintis ini.
Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Farm Fresh, Loi Tuan Ee berkata, Farm Fresh telah mengambil pendirian dasar korporat untuk mengurangkan jejak karbon dan mengambil langkah proaktif untuk lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
“Pada masa ini, 37 peratus daripada perolehan kami datang daripada produk yang menggunakan pembungkusan yang boleh dikitar semula sepenuhnya. Kami menyasarkan untuk meningkatkan tahap itu pada masa hadapan.
“Menyalurkan susu segar kepada pengguna dalam botol kaca boleh guna-semula sudah diamalkan di negara Barat. Tujuannya bukanlah semata-mata untuk kesegaran susu, tetapi juga akan membantu menjadikan objektif sifar sisa lebih mudah dicapai,” tambahnya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Gambar Hiasan |
|
|
|
|
|
|
|
Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer, Adelene Foo (kiri), dan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Farm Fresh, Loi Tuan Ee (kanan), di kiosk yang melayani pelanggan - Gambar ihsan Ming, KH & Associates Sdn Bhd |
|
|
|
|
|
|
|
Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer, Adelene Foo (kiri), dan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Farm Fresh, Loi Tuan Ee (kanan), dengan botol susu segar semasa pelancaran 'Milk on Tap @ Jaya Grocer' - Gambar ihsan Ming, KH & Associates Sdn Bhd |
|
|
|
|
|
|
|
Tak paham...maknanya kali pertama beli (hg botol kaca + susu) rm 7.90.
Pastu, bile refill balik guna botol kaca yg sama cuma byr rm 3.00 ???? |
|
|
|
|
|
|
|
Dua Dua Tu
kena bayar
1st time - rm7.90 susu + 3.00 botol
next time datang - bawak botol lama > tukar dengan botol dah diisi susu > bayar 7.90 je
|
|
|
|
|
|
|
|
Racurve replied at 14-9-2022 11:53 PM
kena bayar
1st time - rm7.90 susu + 3.00 botol
Ooo...awat tak habaq awai2...hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Elok jugak ni letak dalam botol kaca. Rasa dia lagi sedap banding dalam botol plastik atau kotak. Mintak supply kat semua jaya grocer lepas ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus
Kurang penuh tong sampah dapur
Sari 2 tong 2 liter
X tau la mak nye org atau lembu
Fav ank2 mkn pisang ulam susu
Dah mak nye mak monkey ke apa ank2 aku ni |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah beli yg dalam botol kaca ni kat farm fresh upm. Sedap, meol recommend |
|
|
|
|
|
|
|
Mahal yah satu liter rm7.90. Kalau brand lain boleh dpt smpai rm6. Pastu kena byr botol lgi, tpi nak refill harga sama jugak bukan dpt diskaun. Save the earth? Why bother3x?? |
|
|
|
|
|
|
|
dodolgemok replied at 15-9-2022 08:06 AM
Mahal yah satu liter rm7.90. Kalau brand lain boleh dpt smpai rm6. Pastu kena byr botol lgi, tpi nak ...
Ada lg ke fresh milk rm6 utk 1 liter?
Klu yg hrga 6-7 ringgit ni full cream n low fat je slalu jumpa… |
|
|
|
|
|
|
|
Harap ada jgk utk lactose-free. N perbanyakkn benda mcm nie kt tmpt lain. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi surirumah dkt msia ni (read: instapemes perasan) beli susu kotak tukar masuk botol plastic
acane tu?
baru la estetekkkkkk |
|
|
|
|
|
|
| |
|