CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1378|Reply: 1

Tomato ungu bakal ditanam secara komersial

[Copy link]
Post time 14-9-2022 09:56 PM | Show all posts |Read mode

Tomato ungu yang diubah suai secara genetik mengandungi 10 kali ganda antioksidan berbanding tomato tradisional yang berwarna merah. - IFL Science

Tomato ungu bakal ditanam secara komersial


WASHINGTON – Sayuran tomato berwarna ungu yang dimodifikasi secara genetik supaya mengandungi 10 kali ganda antioksidan kini  bersedia untuk dipasarkan secara komersial di Amerika Syarikat (AS), lapor portal berita MailOnline semalam.

Dibangunkan oleh penyelidik di Norfolk Plant Sciences, ‘tomato super’ itu menggabungkan  dengan gen daripada bunga snapdragon untuk menambah dos antosianin yang tinggi. Antosianin mempunyai manfaat antidiabetes, antikanser, antiradang dan perlindungan kesihatan lain.

Tomato ungu mendapat kelulusan Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan Haiwan dan Tumbuhan (APHIS) Jabatan Pertanian AS (USDA) selepas hampir 15 tahun.

Ia diluluskan awal bulan ini dalam proses yang menandakan kelulusan pertama untuk produk ubah suai genetik di AS bagi tujuan penanaman di ladang-ladang negara itu.

Pasukan saintis itu bercadang menjual benih tomato ungu kepada petani dan pekebun yang menanamnya di halaman rumah bagi mendapatkan maklum balas secara langsung daripada pengguna.

Tomato yang diubah suai secara genetik mula dibangunkan pada tahun 2008, apabila ahli biologi tumbuhan,  Cathie Martin menambah dua gen bunga snapdragon untuk menghasilkan warna ungu gelap.

Warna terhasil menggunakan pigmen antioksidan yang juga terdapat dalam buah beri hitam dan cranberi yang dikenali sebagai antosianin.

Antosianin adalah bahan kimia yang dipanggil flavonoid yang meneutralkan molekul oksigen berbahaya dalam badan.

Walaupun  dihasilkan secara semula jadi oleh pokok  tomato, ia banyak terdapat pada daun dan bukan buah tomato.

Dalam kajian itu, tomato yang diubah suai secara genetik telah diberi makan kepada tikus yang menghidap kanser sementara satu lagi kumpulan tikus diberikan buah tomato tradisional.

Tikus yang memakan tomato ungu hidup secara purata, 30 peratus lebih lama daripada kumpulan yang diberi makan buah tomato tradisional. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/09 ... m-secara-komersial/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2022 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah mesti menarik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.499170 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list