CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 535|Reply: 0

Isu tayar penghalang Ferrari saingi Red Bull

[Copy link]
Post time 14-9-2022 02:54 PM | Show all posts |Read mode

FERRARI gagal menyaingi Red Bull ketika ini ekoran masalah tayar yang lebih cepat haus pada jentera F1-75 milik mereka. – AFP



MONZA – Pasukan Ferrari mengakui mereka tidak boleh mengambil risiko dengan menggunakan strategi yang sama diguna pakai seteru utama mereka iaitu Red Bull pada perlumbaan Formula Satu (F1) 2022.

Masalah tayar yang cepat haus dan hilang cengkaman pada jentera Ferrari F1-75 memberi masalah kepada pasukan yang berpangkalan di Maranello itu untuk mengekang asakan pasukan Red Bull dari terus mengecapi kemenangan musim ini.

Pelumba Ferrari, Charles Leclerc yang meraih lapan petak utama perlumbaan musim ini gagal untuk mengejar pelumba Red Bull, Max Verstappen yang kini meraih 11 kemenangan termasuk lima kemenangan berturut-turut.

Tegas Prisipal Ferrari, Mattia Binotto, strategi dua hentian pit pada perlumbaan di Grand Prix (GP) Itali pada Ahad lalu dianggap tepat memandangkan mereka berdepan masalah tayar.

Ujar Binotto, masalah itu bukan sahaja berlaku di Itali, malah di GP Hungary mereka turut berdepan situasi yang sama sekali gus sukar untuk mengejar Red Bull yang terlalu pantas pada perlumbaan sebenar.

“Red Bull memiliki jentera yang laju, jika kami menentang­ mereka dengan menggunakan strategi yang sama, kami tidak akan mampu menang.

“Strategi dua hentian di Itali tidak salah kerana anda tidak pernah tahu apa yang berlaku pada perlumbaan itu nanti. Kami enggan mengambil risiko.

“Sejak di Hungary, Red Bull memiliki jentera yang lebih baik. Bukan sahaja pada hari Sabtu, tetapi dalam perlumbaan sebenar.

“Cengkaman tayar kami merosot lebih cepat, manakala Red Bull memiliki keseimbangan yang lebih baik. Justeru, kami perlu bekerja keras untuk memahami secara keseluruhan masalah itu,” kata Binotto. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2022/09 ... ri-saingi-red-bull/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.250908 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list