CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1421|Reply: 10

Selepas 27 Tahun, Pelakon Siri TV Friends Masih Terima Bayaran Royalti RM80 Juta Setahun

[Copy link]
Post time 13-9-2022 12:10 AM | Show all posts |Read mode



Beberapa hari lepas, Friends: The Reunion muncul buat kali pertama sejak 27 tahun yang lalu dengan menyatukan semua pelakon sitkom terkenal di atas satu pentas. Episod khas yang bermain selama 110 minit itu disebut The One Where They Get Back Together, diterbitkan oleh Warner Bros telah menjadi hit dikalangan peminat siri Tv tersebut di seluruh dunia.

Terdahulu, episod khas ini dijadualkan menemui penonton lebih awal, namun terpaksa ditunda selama setahun selepas berlakunya pandemik COVID-19 yang menyerang dunia sejak awal tahun lalu. Dan kini, ia dilancarkan pada 27 Mei lalu yang merupakan ulang tahun pertama HBO Max.

Para pemain utama sitkom Friends, Jennifer Aniston, Courteney Cox, Lisa Kudrow, Matt LeBlanc, Matthew Perry, dan David Schwimmer, semuanya kembali untuk episod tersebut dan mengimbau kenangan membesar bersama selama 10 tahun. Selain mereka, tetamu undangan seperti David Beckham, Lady Gaga, Kit Harington, Reese Witherspoon, Malala Yousafzai, BTS, turut membuat kemunculan sebagai tetamu.




Episod khas Friends: The Reunion telah mengimbau kenangan dan emosi para peminat yang mendukung sitkom tersebut dari tahun 1994 sehinggalah kini. Namun dalam pada kehangatan penampilan khas mereka selepas 27 tahun, ada dakwaan bahawa ini adalah cara mudah HBO Max mahu mendapatkan pelanggan.

Bayaran Friends: The Reunion


Terdapat laporan menyatakan bahawa untuk episod Friends: The Reunion, para pelakon telah menerima sebanyak USD$ 2.5 juta (RM10 juta). Manakala laporan lain pula menyebut bahawa mereka ditawarkan sebanyak USD$ 1 juta (RM4 juta) seorang untuk kembali dalam episod khas tersebut, namun ditolak oleh mereka.

Untuk rekod, USD$ 1 juta (RM4 juta) yang ditolak oleh mereka adalah bayaran yang diterima oleh setiap pelakon utama pada Musim 9 dan 10. Bayaran asal yang diterima oleh para pelakon pada musim pertama adalah USD$ 22,500 (RM90,000) seorang. Namun pada Musim 9 dan 10, berlakunya rundingan di antara para pelakon dengan penerbit di mana mereka telah meminta untuk kenaikan bayaran.




Bagaimanapun, sejak hubungan Ross dan Rachel menjadi tumpuan peminat. Aniston dan Schwimmer dilaporkan telah menerima kenaikan bayaran dengan hampir USD$ 40,000 (RM164,000) untuk setiap episod. Untuk Musim 3, kesemua pelakon bersatu dengan meminta bayaran sama rata dan pihak penerbit bersetuju untuk membayar setiap pelakon utama sebanyak USD$ 75,000 (RM308,000) bagi setiap episod.

Pada tahun 2002, di Musim 9 dan 10, bayaran para pelakon Friends terus meningkat disebabkan populariti yang diraih siri Tv tersebut. Difahamkan setiap seorang daripada mereka menerima bayaran sebanyak USD$ 1 juta (RM4 juta) setiap seorang. Ini menjadikan Lisa Kudrow, Courteney Cox dan Jennifer Aniston sebagai wanita dengan gaji tertinggi untuk siri Tv pada masa itu.

Dan sejak siri Tv ini tamat pada 27 tahun yang lalu, enam pelakon utama Friends difahamkan masih menerima royalti sebanyak 2% dari keuntungan siri tersebut. Setiap tahun mereka dibayar sebanyak USD$ 20 juta (RM80 juta) dari siri itu sahaja sementara Warner Bros, selaku penerbit pula berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD$ 1 bilion (RM4 bilion) setiap tahun.




Untuk rekod, episod akhir Friends yang ditayangkan pada 6 Mei 2004 telah ditonton oleh 52.5 juta orang. Ini menjadikannya sebagai siri Tv kelima paling banyak tontonan. Friends juga merekodkan siri Tv paling banyak ditonton di Netflix pada tahun 2018.




www.thevocket.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2022 11:13 AM | Show all posts
patut la kebanyakan mcm sendu je nak berlakon.kecuali jen aniston lah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2022 01:52 PM | Show all posts
friends dengan the nanny..paling best la iols rasa..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2022 05:21 PM | Show all posts
best la dpt passive income x putus camni
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2022 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 13-9-2022 11:13 AM
patut la kebanyakan mcm sendu je nak berlakon.kecuali jen aniston lah.

Kebetulan pulak, dia sorang je yang tak beranak. Takde pewaris
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2022 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
delia3003 replied at 13-9-2022 07:55 PM
Kebetulan pulak, dia sorang je yang tak beranak. Takde pewaris

Salah satu  sbb dia cerai  dgn brad  sbb mmg xnak anak  kann.reta tu kot sedekah kat charity  atau  bagi jugak  family .untungla  dapat  reta  auntie  jen
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2022 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 13-9-2022 08:18 PM
Salah satu  sbb dia cerai  dgn brad  sbb mmg xnak anak  kann.reta tu kot sedekah kat charity  atau ...

Meols rasa Jen tu tanak anak sbb dia tanak anak dia lalui apa yg dia lalui. Kan mak pak Jen cerai..lepas tu mak Jen ni mcm saiko gila lepaskan marah kat Jen.. kata idung Jen besar lah suma. Lepas tu masa Jen dah cerai, mak dia siap tulis buku kutuk2 Jen. Jadi meols rasa si Jen ni mcm takut dia jadi mak yg mcm mak dia sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2022 02:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut la yg lain x aktif berlakon..duk relax pun masyuk royalti dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2022 10:09 AM | Show all posts
woww.. untung lahhh..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2022 08:54 PM | Show all posts
I still love this show even after so many years. The show is still a mega hit even till today. Thanks to social media (Instagram, TikTok & Youtube) for putting snippets of the show & making it even more popular among audiences today.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2022 01:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Pendapatan mrk sethn sama dgn perbelanjaan uni i setahun..huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.164558 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list