CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1581|Reply: 0

KERANG REBUS ALA SHEILA RUSLY

[Copy link]
Post time 10-9-2022 10:23 AM | Show all posts |Read mode
Teknik Rebus Kerang Supaya Tak Liat & Isi Gemuk-Gemuk, Makan Pun Rasa Fresh!



Sebut sahaja kerang, sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang terbayangkan rasa kerang yang ‘juicy’ apabila direbus dan dibakar. Namun, kalau tersalah teknik pasti isi kerang tersebut akan menjadi liat dan berbau. Nak makan pun dah tak sedap!

Oleh itu, berikut merupakan beberapa teknik yang anda boleh cuba supaya isi kerang yang anda masak supaya tak liat dan sedap dimakan.

1. KERANG REBUS ALA SHEILA RUSLY




Kaedah yang dikongsikan oleh selebriti tempatan yang terkenal dengan rancangan Ketuk-ketuk Ramadan, Sheila Rusly ini menjadikan kerang yang direbus tampak segar dan tidak terlebih masak.

Cara-caranya adalah:

1.Kerang perlu dicuci dan dibersihkan dengan baik terlebih dahulu.

2.Isikan air ke dalam periuk rebusan dan masukkan beberapa sudu kecil garam ke dalam air rebusan. Rebus air terlebih dahulu sehingga mendidih. Air rebusan yang telah mendidih boleh membantu mempercepatkan proses memasak kerang.

3.Setelah air tersebut mendidih, masukkan kerang ke dalam air. Biarkan selama tiga minit sahaja. Setelah tiga minit, angkat kerang daripada periuk dan bilas dengan menggunakan air sejuk atau air paip bagi menghentikan proses memasak kerang.

4.Buang sebelah kulit kerang dan ia sedia untuk dimasak atau dihidangkan.

2. MEREBUS KERANG TANPA AIR


Kedengaran agak pelik bukan? Tetapi kaedah ini sebenarnya menjadikan kerang lebih lembut dan tidak liat sama sekali.

Caranya adalah seperti berikut:

-Cuci kerang sehingga bersih terlebih dahulu.

-Panaskan kuali atau periuk untuk memasak kerang. Guna api kecil sahaja.

-Titikkan serai dan masukkannya ke dalam periuk.

-Masukkan kerang yang telah dicuci ke dalam periuk. Ingat, jangan sesekali memasukkan air ke dalam periuk rebusan.

Pada awalnya, periuk akan sedikit berasap. Namun lama-kelamaan, kerang akan mula mengeluarkan airnya sendiri dan mula mendidih. Kulit kerang akan mula terbuka dan ia sedia untuk diangkat. Tidak perlu menunggu kesemua kulit kerang untuk terbuka.

3. KERANG REBUS CARA IBU AZZAH


Personaliti masakan di media sosial, Ibu Azzah juga ada berkongsi tip cara rebus kerang untuk mendapatkan isi kerang yang gemuk, berjus dan tidak liat.

Cara yang dikongsikan oleh Ibu Azzah adalah seperti berikut:

-Cuci bersih kerang yang hendak dimasak.

-Panaskan air di dalam periuk rebusan sehingga mendidih terlebih dahulu.

-Setelah air mendidih, masukkan kerang yang telah dibersihkan ke dalam periuk.

-Tutup periuk dengan penutup dan biarkan selama satu minit sahaja.

-Selepas satu minit, tutup api dapur dan angkat kerang daripada periuk.

-Kerang rebus sedia untuk dimakan atau dimasak.

4. KERANG REBUS UNTUK ISI YANG PADAT, TIDAK KECUT


-Selain daripada tiga teknik di atas, anda juga boleh mencuba teknik keempat ini yang dikatakan boleh membuatkan isi kerang menjadi gemuk.

Caranya adalah seperti berikut:

-Masukkan beberapa sudu kecil garam dan juga serai yang telah dititik ke dalam periuk.

-Kemudian, masukkan kerang yang telah dicuci bersih.

-Masukkan air ke dalam periuk separas kerang sahaja. Jangan terlebih dan terkurang daripada paras tersebut.

-Letakkan periuk di atas dapur dan buka api kuat. Tutup periuk rebusan dengan penutup periuk.

-Setelah air rebusan kerang mula berbuih atau mendidih, tutup api dapur. Biarkan kerang seketika dalam periuk selama 5 minit.

-Toskan air rebusan kerang dan sedia untuk dihidang.

5. SELAIN CARA REBUS KERANG, BOLEH GUNA KAEDAH KUKUS JUGA


Selain merebus, anda juga boleh menggunakan kaedah stim atau kukus untuk memasak kerang.

Caranya adalah:

-Bersihkan kerang dengan baik.

-Panaskan air dalam periuk pengukus sehingga mendidih.

-Setelah air mendidih, masukkan kerang ke dalam periuk pengukus dan biarkan kerang dikukus selama 7 minit. Tutup periuk dengan penutup.

-Buka penutup periuk dan lihat kulit kerang. Jika kebanyakan kulit kerang telah terbuka, ia bermakna kerang telah pun masak.

-Tutup api periuk pengukus dan kerang rebus siap untuk dihidang.

-Cara bersihkan kerang dengan betul

Bagi anda yang masih tidak tahu cara untuk membersihkan kerang, ikuti langkah-langkah ini:


-Basuh dan bilas kerang dengan menggunakan air. Anda boleh menggunakan berus plastik atau berus pencuci periuk untuk membersihkan lumpur yang melekat pada luar kulit kerang.

-Setelah kerang bersih, masukkan kerang tersebut ke dalam air bergaram yang sejuk atau pada suhu bilik. Biarkan kerang terendam sekurang-kurangnya 30 minit agar kerang mengeluarkan pasir dan lumpur yang ada dalam kulit kerang.

-Keluarkan kerang daripada air bergaram dengan menggunakan tangan. Ini bertujuan agar segala pasir dan lumpur yang telah keluar dan tenggelam tidak bercampur dengan kerang semula.

-Bilas sekali lagi dengan air dan kerang sedia untuk direbus atau dikukus.

Semoga tip-tip yang dikongsikan ini boleh membantu anda mendapatkan isi kerang yang gemuk, lembut dan berjus. Selamat mencuba!

Sumber: Hello Doktor
https://siraplimau.com/teknik-re ... kan-pun-rasa-fresh/


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.052521 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list