CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 559|Reply: 0

Verstappen sedia tamatkan penguasaan Ferarri

[Copy link]
Post time 8-9-2022 12:28 PM | Show all posts |Read mode

MAX Verstappen bersedia ranapkan penguasaan Ferarri. -FOTO EPA

Monza, Itali: Max Verstappen mempunyai peluang hujung minggu ini untuk terus melebarkan penguasaan dalam merebut gelaran juara dunia kedua apabila dia mengetuai usaha Red Bull menewaskan Ferarri di tempat sendiri di Grand Prix Itali.

Didorong dengan kedudukan selesa selepas meraih 109 mata di hadapan rakan sepasukan Sergio Perez dan Charles Leclerc dari Ferrari, juara bertahan itu mampu untuk melebarkan kedudukan jika meraih satu lagi kemenangan dan boleh membuatkan dia merangkul kejuaraan di Singapura atau kemungkinan di Jepun awal bulan depan.

Selepas meraih kemenangan keempat berturut-turut di hadapan Zandvoort minggu lalu, pelumba Belanda berusia 24 tahun itu dan pasukannya tahu kemenangan kelima mampu meranapkan impian Ferrari.

Verstappen kini memenangi 10 daripada 15 perlumbaan tahun ini dan percaya dia dan Red Bull sudah membuktikan mereka boleh bersaing dan berjaya di mana-mana litar termasuk trek berkelajuan tinggi yang bersejarah seperti di Autodromo Nazionale di Monza, di mana dia masih belum meraih kemenangan.


"Saya tidak fikir kami mempunyai sebarang kelemahan sebenar tetapi kami tahu kami lebih kuat di beberapa tempat daripada yang lain.

"Di trek daya rendah yang tinggi, agak sukar mendapatkan yang terbaik daripada pakej kami tetapi untuk tahap daya rendah sederhana, saya fikir jentera kami sangat hebat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -penguasaan-ferarri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.083022 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list