CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1192|Reply: 4

Nyanyi Tak Sampai 3 Lagu, The Weeknd Hentikan Konsert

[Copy link]
Post time 7-9-2022 12:34 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi The Weeknd menghentikan nyanyian pada malam kedua dalam rangka konsertnya, After Hours Til Dawn, di SoFi Stadium, Los Angeles pada hujung minggu lalu.


Pemilik nama sebenar Abel Tesfaye ini dilaporkan sejumlah media antarabanga terpaksa menghentikan persembahannya hanya selepas mendendangkan lagu Can’t Feel My Face.




Foto: Vanity Fair




Suara penyanyi berusia 32 tahun itu perlahan, tidak kedengaran dan tiba tiba hilang pada pertengahan lagu. Itu merupakan lagu ketiga yang didendangkannya di hadapan lebih 70 ribu peminat yang memenuhi stadium.


“Saya tidak tahu apa yang terjadi, tapi saya kehilangan suara,” kata penyanyi kelahiran Toronto, Kanada itu.


Kenyataan itu diberikan The Weeknd selepas dia tidak menghabiskan nyanyian, masuk ke belakang pentas sebelum beberapa minit kemudian keluar bertemu penonton.


“Perkara seperti ini membunuh saya. Saya tidak mahu berhenti dari melakukan konsert ini, tapi saya tidak mampu memberikan kualiti persembahan yang baik. Saya minta maaf,” katanya seperti dilaporkan Variety.


Media sama melaporkan The Weeknd sudah merasakan ada yang tidak kena pada kotak suaranya saat menyampaikan lagu pertama lagi.


Namun terdapat sesuatu yang ganjil dan menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat adalah konsert tersebut dirakamkan untuk projek The Weeknd yang akan ditayangkan di siri HBO The Idol.




Foto: Rappler




Bintang siri tersebut, Lily-Rose Depp dilihat berada di atas pentas untuk salah satu babak yang menunjukkan kesukaran dan jatuh bangun dalam dunia seni yang sangat kejam.


Sementara itu banyak peminat melahirkan rasa kecewa terhadap insiden yang berlaku. Hal itu lantaran mereka telah menunggu lama untuk menyaksikan konsert yang telah dua kali tertunda kerana pandemik COVID 19.


The Weeknd dijangka menyambung siri konsertnya di Toronto pada 22 September ini.




Sumber: Gempak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2022 02:20 PM | Show all posts
Penyanyi buat konten sian pemenat yg pegi konsert kene game idop2..
toklip sukri bole le buat konsert gimik mcm ni.. meolls pegi standby telor tembelang sebakol
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu kt Malaysia mula la klem ada org dengki, kena sihir dll
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 07:28 AM | Show all posts
Stopping a concert midway is horrible. These celebrities have no respect for their fans.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 07:28 AM | Show all posts
Stopping a concert midway is horrible. These celebrities have no respect for their fans.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.065739 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list