CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5171|Reply: 13

Ada 'Pengawas' Katanya - Bomoh Rusia Mengaku Susah Nak Sihir Orang Islam Yang Jaga Ibadah

  [Copy link]
Post time 5-9-2022 05:06 PM | Show all posts |Read mode
Bomoh Rusia Mengaku Tak Mampu Sihir Orang Islam Yang Jaga Solat

Tular sebuah video di media sosial, di mana seorang bomoh yang dipercayai berasal dari Rusia mengaku mempunyai kesukaran untuk menghantar sihir kepada orang Islam yang menjaga solatnya. Baginya, mereka yang menjaga solat adalah dari kumpulan manusia yang bersih hatinya.

Dalam video yang dimuat naik oleh Cahaya Sakinah di laman Twitter miliknya, kelihatan seorang wanita, iaitu bomoh diwawancara oleh seorang lelaki dalam bahasa Rusia. Mereka membincangkan mengenai pekerjaan wanita terbabit dan mengungkap beberapa persoalan mengenai dunia sihir.

Ketika ditanya, “Adakah lebih sukar untuk mempengaruhi seseorang jika hatinya bersih?” Wanita terbabit menjawab, “Ya, tentu sahaja. Dalam menghadapi pelbagai agama, sangat sukar untuk mempengaruhi orang Islam. Kerana mereka selalu berhubung dengan entiti yang tidak kelihatan.

“Mereka diwajibkan untuk beribadah setiap hari. Maka mereka sentiasa berada dalam semacam ‘kubah pelindung.’ Sangat sukar untuk menyerang mereka. Ketika diserang dengan sihir, orang Muslim ini akan menghadap ‘pengawas’ mereka dalam doa, doa mereka bukan selingan, seperti yang dilakukan orang kristian yang hanya datang ke gereja ketika hidup mereka sempit.

“Kemudian selama lima tahun berikutnya, [orang kristian ini] hilang hubungan dengan tuhan dan ajaran gereja. Muslim memiliki iman dan hubungan yang kuat dengan pelindung mereka dan pelindung ini sangat protektif. Jadi menyerang muslim yang taat pada agamanya sangat sulit dilakukan,” katanya.

Tidak pasti siapakah nama wanita terbabit, namun perkongsiannya telah membuka mata beberapa rakyat muslim di Malaysia tentang betapanya pentingnya menjaga solat.

Melalui perkongsian Siti Nurhazlinda di akaun Twitter miliknya, dia turut mengaku bahawa kebanyakan bomoh akan menghantar sesuatu kepada mangsanya untuk meneliti apakah keperibadian mangsanya. Jika seseorang itu  menjaga solat, peluang untuk beliau terkena sihir sangatlah tipis.

“For you information, aku pun ada member ex-bomoh. Dia pun cakap sama. Ramai je orang solat, tapi yang betul-betul khusyuk tu susah nak tembus. Sebab sebelum dia serang orang, dia akan hantar sesuatu yang dia bela untuk observe dulu orang tu alim ke tak. Then baru dia hantar sihir. Tapi dia insaf sekarang.

“Why dia buat macam tu dengan observe dulu bagai? Sebab kalau salah sihir dia boleh mati. Sihir tu berbalik pada dia. Kalau tak dapat target, dia akan hantar kat ahli keluarga lain target yang tak berapa nak ibadah sangat. Senang cerita dia target orang lemah yg lain,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-9-2022 05:07 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2022 05:07 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2022 09:49 AM | Show all posts
tp nanti org lain akan ckp jin belaan dia lg kuat. bukan sebab solat, zikir, ngaji semua.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Knp witch sume spesen je. Kira dlm movie tu betullah dia portray tukang sihir
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2022 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Menakutkan lah muka perempuan tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2022 10:11 AM | Show all posts
keh keh keh


dan ingatlah, tipu daya iblis itu amat licik...
di hadirkan seorang ahli sihir menceritakan rahsia mereka..
dan bagaimana mereka tak dapat menembusi orang muslim kononnya...

maka selepas ini, semakin ramailah yang berpegang..solat itu akan menyelamatkan mereka dari gangguan sihir..
maka hujungnya, solat itu menjadi tangkal pula kepada muslim...
sedang solat itu kerana Allah..tiada syarikat dengan sesuatu...
maka tergelincir sudah aqidah..maka mudahlah mereka masuk dan menyesatkan kita...

dan juga, akan menaikkan keriakan untuk orang muslim itu sendiri..
kembang2 hidung mereka kerana mereka muslim dan mereka selamat..
kononnya...maka terbuka luas lah pintu untuk iblis menjalankan kerja mereka...
kerana riak nya muslim itu...

lupa kita, yang bagi selamat tu adalah Allah sajo...
DIA boleh selamatkan sapa yang DIA berkehendak..solat ataupun tidak, muslim ataupun kafir..

diperkenankan kepada iblis untuk merosakkan anak2 Adam dengan syarat...
Jika mereka lupa kepada AKU


keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2022 03:56 PM | Show all posts

ada benarnya hujah Ah_Kwan ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2022 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekali tengok rupa dia mcm i. Gaya, cara bercakap sama. I pun penyihir jugak. Tp sihir putih la i mengubat org
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2022 05:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Ah_Kwan replied at 17-10-2022 10:11 AM
keh keh keh




Terima kasih apek atas ingatan.

Mula tu sifat ujud, then riak kemudian takbur. Penyakit hati ni yg plg bahaya. Nak kena selalu sebut Ila hiya Anta Maqsudi, Waridha ka mathlubi...nak ingatkan diri bila rasa mcm nak tergelincir aja
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2023 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ah_Kwan replied at 17-10-2022 10:11 AM
keh keh keh



betul jugak ek. niat solat yg utama ikut suruhan Allah dan nk Allah redha dan ampun la kan. sbb mmg ade pon org pakai solat sbb nk sembuh mental sgala, tp bila tak sembuh atau hidop dh senang, terus tak solat balik. huhu mmg kena betul kn niat. ade pernah tgk ceramah dr maza, dia kata bnde2 ni mmg akan kacau kita smpi kita pulak jadi nak buat syirik.  
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 03:55 PM | Show all posts

betul tu..peringatan yang amat bagus..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 01:16 PM | Show all posts
setiap amal perlu disertakan dgn niat ..

niat kerna Allah, dapat pahala ..

klau niat sebab nak sesuatu .. makanya, hanya sesuatu itulah yg kita dapat ..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 04:06 PM | Show all posts
kt oversea pon ade bomoh eh
fuhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.389738 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list