CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 555|Reply: 0

Misi serampang dua mata Damok di Misano

[Copy link]
Post time 1-9-2022 01:27 PM | Show all posts |Read mode
[img][/img]
Damok tekad buru kejuaraan sulung di Litar Misano, Itali hujung minggu ini.

KUALA LUMPUR: Pelumba muda negara, Syarifuddin Azman tekad memburu kemenangan sulung musim ini pada Pusingan 6 Kejuaraan Dunia JuniorGP di Litar Misano, Itali hujung minggu ini.

Syarifuddin atau dikenali sebagai Damok berkata, sekiranya berhasil kemenangan itu tentunya akan menjadi hadiah terbaik buat Malaysia sempena Hari Kebangsaan 2022 hari ini dan menjelang sambutan Hari Malaysia pada 16 September nanti.

"Kalau berjaya tentunya hadiah untuk Malaysia, doakan saya untuk mendapatkan penamat di podium," kata Damok yang sebelum ini meraih tiga penamat di tempat kedua, masing-masing di Perlumbaan 1 dan 2 di Litar Catalunya dan Algarve.

Pelumba berusia 21 tahun itu kini berada di tangga kedua dalam carta keseluruhan pelumba dengan 97 mata manakala rakan sepasukannya dari Sepanyol, Jose Antonio Rueda semakin hampir untuk dinobatkan selaku juara musim 2022.


Menjelang saingan di Misano, Rueda sudahpun meraih lima kemenangan untuk membolehkan dirinya berada di kedudukan yang sukar digugat dengan 178 mata di kala kempen 2022 selepas ini hanya berbaki dua pusingan lagi di Aragon dan Ricardo Tormo.

"Sudah tentu saya nak kejar rakan sepasukan saya sendiri iaitu Rueda (di Misano).

"Dia akan menjadi tumpuan utama saya di Misano nanti kerana sekiranya dia meraih nombor satu, dia akan dapat gelaran juara keseluruhan.

"Kalau boleh saya mahu menyekat dia daripada meraih gelaran itu... jadi saya mahu memberikan saingan sengit kepada dia. Untuk itu, saya perlu memberikan saingan terbaik supaya saya boleh mengambil peluang pada kali ini."

Untuk rekod, pada perlumbaan di Misano musim lalu, Damok menamatkan saingan di tempat ke-15 untuk meraih satu mata selepas bermula dari petak ke-20 daripada 34 pelumba.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ata-damok-di-misano
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.062459 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list