|
Ramai Bayangkan Jualan Caramel Macchiato Bakal Melonjak di Starbucks
Hampir seminggu Datuk Seri Najib Razak berada di dalam penjara tetapi masih lagi trending di media sosial, ini gara-gara perkongsian dari anak perempuannya Nooryana Najwa.
Terbaharu, Nooryana menerusi laman Instagram @yananajib mengeluh bagaimana dia tidak sampai hati untuk memesan dari Starbucks kerana dia tahu bapanya pasti merindui minuman karamel macchiato kegemarannya.
Najib dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun kerana rasuah dan kini dipenjarakan di Penjara Kajang. Susulan kisah Instagramnya yang dikongsi semalam, caramel macchiato menjadi trending nombor satu di Twitter.
Sehinggakan ada yang menyangka Starbucks di kawasan Kajang membekalkan minuman tersebut kepada Najib. Di laman Twitter @theborneoghost menafikan berita tu dengan menyiarkan:
“Starbucks Metro Point Kajang hari ini menafikan membekalkan Penjara Kajang dengan caramel macchiato setiap petang.” Siaran itu telah ditweet semula lebih 2,133 kali dan mendapat lebih 2,908Suka.
Sementara itu, hal ini turut mendapat perhatian Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Nasional Berhad (PNB) Abdul Jalil Abdul Rasheed di twitter @jalilword dengan menyindir,
“Bayangkan jualan Caramel Macchiato melonjak esok.”- tulisnya
Nooryana yang memanggil bapanya ‘Bossku’ dalam IG Stories juga berkata, mereka yang mengenalinya pasti tahu bahawa dia seorang Foodie atau ‘pencinta makanan’.
“Dan sebagai seorang anak perempuan, saya benar-benar rindu untuk membeli makanan dan memberinya makan… Saya berdoa saya dapat mengalami ini sekali lagi,” tulisnya.
Sekadar info, segelas caramel macchiato di Starbucks berharga RM16.96 untuk grande (16 auns) dan RM18.55 untuk venti (24 auns).
|
|