CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1081|Reply: 3

Gimik Johnny Depp hangatkan VMA 2022

[Copy link]
Post time 29-8-2022 04:42 PM | Show all posts |Read mode
Gimik Johnny Depp hangatkan VMA 2022


Red Hot Chili Peppers menerima penghargaan bagi anugerah Ikon Global dan Video Muzik Rock Terbaik menerusi lagu Black Summer. Foto IG MTV


NEWARK: Gimik suntingan digital wajah Johnny Depp pada angkasawan dikenali sebagai 'Moon Person' yang menjadi maskot MTV Video Music Awards (VMA) 2022 membuka tirai acara anugerah popular itu, hari ini.

Berlangsung di Prudential Center di sini, penampilan wajah Depp pada 'Moon Person' yang melayang di udara, menghangatkan acara yang menyaksikan ramai penyanyi termasuk bakat baharu diiktiraf peminat dengan trofi ikonik berkenaan.

Memetik laporan portal Page Six, segmen kejutan Depp itu dirakam lebih awal sebelum ditayangkan pada majlis anugerah yang dihoskan LL Cool J, Jack Harlow and Nicki Minaj.

"Saya perlukan pekerjaan. Saya boleh bekerja untuk mana-mana majlis ulang tahun, keagamaan dan perkahwinan," usik Depp dalam gimik itu.

Sejak awal tahun ini, Jepp hangat diperkatakan apatah lagi selepas menang kes saman fitnah terhadap bekas isteri, Amber Heard, 36, dengan hakim memutuskan pelakon terkenal itu perlu dibayar ganti rugi AS$15 juta (RM65.7 juta).

Juri dilapor memutuskan Depp dibayar AS$10 juta (RM43.8 juta) dalam bentuk ganti rugi pampasan dan AS$5 juta (RM21.9 juta) dalam bentuk ganti rugi punitif, lapor NBC News.

Sementara itu, Anugerah VMA 2022 tahun ini menyaksikan Minaj menerima penghormatan besar menerima Michael Jackson Video Vanguard Award.

Selain itu, Minaj memenangi kategori Video Muzik Hip Hop Terbaik, Do We Have A Problem menampilkan Lil Baby.

Sementara itu, Harry Styles meraih trofi Album Terbaik melalui bingkisan berjudul Harry's House dan trofi Lagu Pop Terbaik bagi single As It Was.


Taylor Swift merangkul trofi Video Terbaik, Video Muzik Berdurasi Panjang Terbaik dan Pengarahan Video Muzik Terbaik bagi video muzik All Too Well


Artis elektropop, Billie Eilish pula meraih trofi Lagu Terbaik melalui dendangannya, Happier Than Ever manakala band K-Pop, BTS meraih trofi Kumpulan Terbaik.

Band rock ikonik, Red Hot Chili Peppers menerima penghargaan bagi anugerah Ikon Global dan Video Muzik Rock Terbaik menerusi lagu Black Summer. - AGENSI

Sumber:https://www.bharian.com.my/hibur ... -hangatkan-vma-2022

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2022 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Moonmannnnn! Love the fact that this man just makes fun of himself and trolled the haters lol.
"And u know what? I needed the work" lol

Team Amber tgh membara tgk JD.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2022 11:28 PM | Show all posts
kowser john nak dtg vma cabuk ni.tak sporting langsung
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2022 10:28 AM | Show all posts
skrg mtv dah tk best mcm dulu2..red hot chili peppers/matchbox 20 time tu mendunia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.075692 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list