CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 783|Reply: 0

Verstappen terlalu pantas di Belgium

[Copy link]
Post time 29-8-2022 03:55 PM | Show all posts |Read mode

Pemandu Red Bull Racing, Max Verstappen jauh meninggalkan pencabarnya pada F1 GP Belgium dekat Spa-Francophones. - AFP

SPA-FRANCORCHAMPS, Belgium: Juara dunia, Max Verstappen mengatasi lawannya dengan persembahan hebat di Grand Prix Belgium awal pagi tadi seterusnya mencipta langkah signifikan untuk gelaran pemandu buat kali kedua apabila Red Bull meraikan kemenangan 1-2 bersama Sergio Perez.

Pemandu Belanda berusia 24 tahun itu yang bermula dari petak ke-14, memintas lawan yang lain dengan kepantasan memukau yang menunjukkan kehebatan jentera Red Bull miliknya.

"Ia minggu yang saya tidak dapat bayangkan sebelum ini," kata Verstappen, yang kini 93 mata di depan Perez dalam kedudukan pemandu.

Antara mereka yang terkejut dengan persembahan hebat Verstappen ialah rakan sepasukannya.


"Max seperti terbang - dia dari planet lain. Dia tidak boleh dicabar," kata Perez.

Verstappen kini menang sembilan daripada 14 perlumbaan musim ini - dan ia adalah kemenangan ke-29 dalam kariernya dan hatrik pada musim panas di Eropah.

Di depan ribuan penonton di Litar Spa-Francorchamps, termasuk ramai penyokong dari negara jiran, Belanda, Verstappen melakukan 17.841 saat lebih pantas berbanding pemandu lain ketika pemandu petak depan, Carlos Sainz ketiga bersama jentera Ferrari.

Charles Leclerc, pencabar terdekat Verstappen sebelum perlumbaan, bergelut bersama sebuah lagi Ferrari selepas bermula di petak ke-15.

Dia diberikan penalti lima saat kerana memecut di laluan pit dan bertarung dengan pemandu Alpine, Fernando Alonso dalam pusingan terakhir untuk kedudukan keenam di belakang pemandu Mercedes, George Russell serta Alonso. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... u-pantas-di-belgium
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.088756 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list