CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 556|Reply: 0

Hakim Danish di landasan terbaik terus maju

[Copy link]
Post time 28-8-2022 10:54 AM | Show all posts |Read mode

Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli. - Foto BERNAMA.

KUALA LUMPUR: Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli berada di landasan terbaik untuk memburu masa depan yang lebih cerah dalam karier sukan permotoran.

Hakim yang menyertai dua kejuaraan pada musim ini - Asia Talent Cup (ATC) dan European Talent Cup (ETC) - dilihat berada pada tahap prestasi luar biasa dengan mendahului carta keseluruhan saingan peringkat Asia.

Dengan berbaki empat pusingan musim, pelumba berusia 15 tahun itu sedang mendahului carta keseluruhan ATC dengan 72 mata, manakala dua pelumba Jepun, Shinya Ezawa dan Amon Odaki masing-masing berada di tangga kedua dan ketiga dengan 71 dan 54 mata.

Begitupun bagi Pengurus pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin, dia enggan memberikan tekanan kepada pelumbanya itu meskipun yakin Hakim mempunyai fokus serta motivasi terbaik untuk memberikan saingan kompetitif kepada pencabar lain.


"Dia ada kejuaraan yang perlu diberikan tumpuan iaitu ATC dan ETC. Tak perlu tergesa-gesa (merancang perjalanan karier). Masanya akan tiba sekiranya dia melakukan yang terbaik di ATC dan ETC.

"Ini kerana, kita nampak, sekiranya dia menunjukkan prestasi di ATC, masa depan untuk dia itu ada dan pastinya DORNA (pemegang hak milik kejuaraan) akan menyokong pelumba itu.

"Selain itu, kita boleh lihat yang pelumba Jepun sentiasa mendominasi ATC, namun pada kali ini, tampak kita mempunyai ruang untuk mengekalkan posisi di nombor satu. Namun begitu, saya tidak mahu memberikan tekanan kepada dia untuk kekalkan di kejuaraan," kata Zulfahmi.

Dalam saingan ETC, Hakim sudah mengumpul 75 mata untuk berada di tangga kelima keseluruhan dikala saingan musim hanya berbaki dua pusingan saja lagi iaitu di Litar MotorLand Aragon pada 9 Oktober dan Litar Ricardo Tormo, 30 Oktober ini.

"Dia sangat bermotivasi dan pelumba paling berbakat yang kita ada setakat ini. Dia mempunyai disiplin yang bagus, jadi saya rasa kita perlu merancang dengan telit perjalanan kariernya supaya tidak akan kesilapan seperti dialami pelumba sebelum ini.

"Ini kerana, saya melihat Hakim mempunyai masa depan yang cerah. Dia mendahului (ATC) dan berada kelima keseluruhan di ETC. Kita tak jangka dia sebaik ini pada tahun ini.

"Namun saya tahu semangat dia dan hidup matinya nak menunggang motosikal dengan laju dan semangat orang Terengganu ini lain macam sedikit. Jadi saya rasa, untuk karier Hakim, kita kena rancang dengan teliti," katanya yang dalam perancangan membawa pelumbanya itu menyertai pemilihan Kejuaraan Red Bull Rookies Cup, hujung musim ini.
https://www.bharian.com.my/sukan ... -terbaik-terus-maju
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.048504 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list