CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1777|Reply: 0

TDM mohon maaf aset sertai raptai rosak, cetus kesesakan jalan raya

[Copy link]
Post time 27-8-2022 07:09 PM | Show all posts |Read mode
TDM mohon maaf aset sertai raptai rosak, cetus kesesakan jalan raya

Oleh Nor Azizah Mokhtar - Ogos 27, 2022 @ 5:47pmbhnews@bh.com.my





Antara aset TDM yang terbabit dengan raptai perbarisan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka. - NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI




KUALA LUMPUR: Tentera Darat Malaysia (TDM) memohon maaf susulan insiden kerosakan dua kenderaan pasukan itu ketika menyertai raptai sambutan Hari Kebangsaan 2022 sehingga mengakibatkan berlaku kesesakan jalan raya pada semalam dan pagi tadi.

Sel Perhubungan Raya Markas TDM dalam kenyataan, hari ini memaklumkan dua kenderaan iaitu kereta kebal jenis PT-91M Pendekar dan Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai (Prime Mover) terbabit dalam insiden itu.

Katanya, kejadian pertama pada jam 10.30 pagi semalam membabitkan sebuah kenderaan PT-91M Pendekar mengalami kerosakan di Jalan Damansara, iaitu di susur keluar Carcosa ke KL Sentral.

"Kenderaan itu baru selesai menjalani raptai perbarisan dan dalam perjalanan ke tempat parkir Kenderaan Jenis A (KJA), sebelum berhenti secara tiba-tiba akibat masalah enjin yang dihadapi sekitar jam 10.30 pagi.

"Armoured Recovery Vehicle (ARV) kemudian diatur gerak bagi memberi bantuan menarik kenderaan itu dan berjaya dialihkan ke tempat parkir KJA di Muzium Negara pada jam 11 pagi untuk kerja pembaikan," katanya.

Tambah kenyataan itu, insiden kedua pula berlaku jam 11.26 pagi tadi, membabitkan sebuah Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai yang dalam perjalanan balik ke Kem Perdana Sungai Besi dan mengalami masalah enjin tidak dapat dihidupkan.

"Sejurus itu, anggota mekanik diatur gerak ke lokasi dan membuat kerja pembaikan dan kenderaan terbabit siap dibaiki jam 12.30 tengah hari dan meneruskan kembali perjalanan.



Antara aset TDM yang terbabit dengan raptai perbarisan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka. - NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI

"Untuk makluman, sebanyak 129 aset kenderaan TDM terbabit dalam perarakan sempena Hari Kebangsaan kali ini.

"TDM memohon maaf susulan dua insiden yang berlaku," katanya.

Kenyataan itu menambah, TDM akan memastikan kejadian sebegini tidak berulang dan sekiranya berlaku, 'Recovery Team' bersama KEMBALIK yang berada di lokasi berhampiran akan bertindak pantas menunda kenderaan itu bagi mengelak kesesakan lalu lintas.



TDM


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.060262 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list