CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1466|Reply: 5

Penganjur nafi RM lelaki terkacak

  [Copy link]
Post time 26-8-2022 11:29 AM | Show all posts |Read mode

RM


Penganjur nafi RM lelaki terkacak

TC Candler, penganjur kempen 100 Lelaki Paling Kacak Dunia menafikan anggota BTS iaitu RM dinobat sebagai lelaki terkacak dunia menewaskan hero adi wira Superman, Henry Cavill seperti yang tersebar.

TC Candler dalam satu kenyataan berkata, mereka belum pun mengeluarkan senarai Top 5 kategori tersebut, apatah lagi sudah ada pemenang.

“Kepada sesiapa yang bertanya dan menyebarkan berita palsu itu, kami belum pun keluarkan senarai akhir untuk 2022.

“Kami cuma akan keluarkan senarai penuh Top 100 pada akhir Disember nanti. Walaupun kami sangat kagum dengan RM dan Henry Cavill, tiada siapa antara mereka sudah dipilih sebagai pemenang atau memasuki Top 5.

“Belum ada sebarang keputusan untuk 2022 sebelum kami buka undian pada Disember nanti. Kalau anda nampak berita mengenai perkara ini dalam media sosial, tolong abaikan dan jangan kongsi,” kata kenyataan tersebut.

Sebelum ini, heboh apabila RM atau nama sebenarnya Kim Nam-joon, 28, diumumkan pemegang baharu gelaran itu dan Cavill dikatakan berada di tempat kedua.
Ini bukan pertama kali anggota BTS dinobatkan gelaran itu. Sebelum ini, Kim Tae-hyung atau V turut pernah memegang gelaran tersebut.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/08 ... rm-lelaki-terkacak/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2022 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
yg listkan bts sbgi calon tu... pernah tgk chaeunwoo tak? hyun jin stray kid?.. kai exo?
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2022 03:31 AM | Show all posts
Taemin shinee la. Tak pun txt beomgyu atau jungwoo nct. Jay enhypen ehh banyakla.
Belum masuk actor2 kdrama lagi tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2022 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka tengok muka jackson Wang tu
Dia bukan Korean tapi Chinese
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2022 04:01 PM | Show all posts
anaktoyol replied at 26-8-2022 10:17 PM
yg listkan bts sbgi calon tu... pernah tgk chaeunwoo tak? hyun jin stray kid?.. kai exo?

Betul weh. Masa keluar dekat FB hari tu kata RM ni menang, saya terfikir, serius la macam ni boleh menang? Eunwoo lagi handsome kot.

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2022 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Gigih TC keluar statement, tp hujung2 nt result bpihak pada mamat RM ni jugak. Fanbase army dorg buat kempen mengundi ramai2. Henry Cavill ni sah2 bukan tandingan mamat RM ni dari segi rupa. Bagi langit dgn bumi, jauh panggang dari api hahaha. Yg pompuan pulak mesti geng2 BPink tu jugak most prettiest
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.104141 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list