CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1429|Reply: 0

Ada sebab mengapa anak-anak tak dengar cakap ibu dan bapa. Ketahui punca-puncanya

[Copy link]
Post time 22-8-2022 01:12 PM | Show all posts |Read mode
Ada sebab mengapa anak-anak tak dengar cakap ibu dan bapa. Ketahui punca-puncanya


MENDIDIK anak bukanlah tugas yang mudah, apatah lagi untuk mendisiplinkan mereka. Proses tersebut memang memerlukan kesabaran.

Pun begitu, sikap anak-anak yang pelbagai ragam adakalanya membuatkan ibu bapa hilang sabar.

PALING TIDAK DIINGINI ADALAH MEREKA MULA ‘NAIK TANGAN‘ DAN MEMUKUL SI KECIL. NATIJAHNYA, JIKA TERLALU KERAP DIPERLAKUKAN SEDEMIKIAN RUPA, ANAK YANG DIKANDUNG AKAN HILANG HORMAT KEPADA MAK AYAH DAN MULA MEMBERONTAK.

Justeru, apa perkara yang perlu dilakukan supaya anak-anak berlembut hati dan sentiasa mendengar nasihat ibu bapa?

SinarPlus menghubungi Pakar Perunding Psikiatri, UiTM Private Specialist Centre dan Fakulti Perubatan UiTM, Dr Nor Jannah Nasution Raduan untuk mendapatkan jawapan.

Dr Nor Jannah menjelaskan, sikap kanak-kanak sebenarnya dibentuk adalah melalui komunikasi yang ditunjukkan oleh ibu bapa atau penjaga masing-masing.


“Ibu bapa ialah contoh atau model terbaik kepada anak-anak yang sedang meningkat usia. Anak akan mudah meniru segala tindakan dan perbuatan yang dilakukan ibu bapanya. Jadi, mak ayah perlu tunjukkan teladan yang baik,“ katanya.

Selain itu, terdapat beberapa tip lain yang boleh diimplemenkan agar si kecil sentiasa mendengar kata. Antaranya:

i) Ibu bapa perlu urus diri dahulu

Mereka perlu tenangkan diri dan ambil masa untuk urus keperluan diri terlebih dulu sebelum bercakap dengan anak.
ii) Ibu bapa perlu kendali emosi


Elakkan bawa masalah di tempat kerja ke rumah kerana ia akan mengganggu emosi diri sehingga boleh melepaskan kemarahan kepada anak.
iii) Sentiasa mendengar luahan anak

Kadangkala ibu bapa perlu lebih prihatin dengan perkara-perkara yang diadukan anak.
Beri ruang kepada mereka memberi pendapat atau penjelasan, walaupun ada sesetengah perkara bercanggah dengan pendapat ibu bapa.
iv) Elak merendah-rendahkan anak

Jangan cepat tunding jari terhadap kesalahan yang dilakukan si kecil.
Ibu bapa perlu lebih banyak bertanya mengenai tindakan yang dilakukan anak dan sebab mereka lakukannya supaya golongan itu lebih cepat berkembang.
v) Beri sekali arahan sahaja

Arahan yang berulang kali akan menyebabkan ia menjadi leteren.
Sekiranya apa yang disuruh tidak dipatuhi, ibu bapa perlu tanya sebab mereka tidak melakukan perkara berkenaan dan terus mencari jalan penyelesaian.
Hukuman vs ganjaran


Mengulas lanjut mengenai pendekatan ‘memberi arahan‘, Dr Nor Jannah berkata, rata-rata ibu bapa menggunakan autoriti mereka untuk berbuat demikian, sedangkan ia bukan teknik yang tepat.

“Sekiranya kita terus bersikap begitu, anak-anak mungkin menunjukkan tanda protes melalui tingkah laku.

“Ibu bapa juga perlu tunjukkan nilai murni yang baik dalam memberi arahan. Sebaiknya, bergerak sekali sebagai satu kumpulan dalam melakukan sesuatu perkara. Sebagai contoh, mengemas rumah bersama-sama,“ katanya.

Perkara yang sama turut dibincangkan Pakar Psikologi Klinikal, Klinik Penjagaan Kesihatan, Lucknow, Dr Tanu Chowdury yang menulis artikel bertajuk Only My Health.

Kata Dr Tanu, penjaga perlu tahu punca si kecil tidak mendengar kata, sama ada perbuatan itu dilakukan secara sengaja atau tidak.

“Kadangkala ada kemungkinan mereka terlupa arahan yang diberikan, jadi ibu bapa harus mencari jalan supaya mereka mendengar arahan atau perintah. Mereka juga perlu sentiasa memberi ruang kepada si anak,“ katanya.

Dari satu segi, untuk mendisiplinkan kanak-kanak, biasanya ia memerlukan masa yang panjang.


Pernyataan itu disokong oleh Dr Nor Jannah. Namun, ungkapnya, ia bukan diterjemahkan dengan memberi hukuman, tetapi perlu menggunakan teknik berkasih sayang dan ganjaran.

“Dalam memberi hukuman, mengurangkan keistimewaan yang diberikan kepada anak-anak sebenarnya merupakan pelan tindakan yang baik. Sebagai contoh, tidak membenarkan anak keluar bermain sebagai hukuman.

“Setelah itu, ibu bapa perlu berbincang mengapa ia (hukuman itu) dilakukan dan akibat yang boleh berlaku jika mereka melakukan kesalahan sama lagi,“ ujarnya.

Dr Nor Jannah turut berkongsi cara yang sesuai untuk berkomunikasi dengan anak berkenaan perkara yang patut dan tidak harus dilakukan. Antaranya:


Kedua-dua pihak haruslah dalam keadaan tenang supaya komunikasi dapat dijalankan dengan lebih berkesan.

  • Beri penekanan perkara yang baik dahulu barulah menasihati perkara yang kita tidak mahu anak lakukan.
  • Tanya pendapat mereka mengenai tingkah laku tidak baik yang ditunjukkan.
  • Selesaikan bersama-sama cara untuk menangani perilaku berkenaan.
  • Ibu bapa perlu bertindak dan menyokong anak dalam melakukan perkara yang memberi manfaat kepada semua.



Seperti yang diperkatakan ramai, sikap anak-anak adalah cerminan daripada ibu bapa mereka sendiri. Ungkapan yang berbunyi ‘anak ibarat kain putih,ibu bapalah yang akan mencorakkannya‘ perlu diberi perhatian sewajarnya. -NUR SUHAIMA NORDIN

Sumber:https://sinarplus.sinarharian.co ... hui-punca-puncanya/


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 4690 Replies : 28
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 12926 Replies : 165
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8797 Replies : 61
Sheriff kutip RM16 juta 5 hari
maklukpenggodaSheriff kutip RM16 juta 5 hari
Views : 7111 Replies : 98
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281056 Replies : 9523
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21515 Replies : 165
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54933 Replies : 2750
Gambar Hantu Zaman Kodak
tumpanglalu74Gambar Hantu Zaman Kodak
Views : 10082 Replies : 1
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 101294 Replies : 1536

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.056505 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list