CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 548|Reply: 0

Hamilton peroleh semangat baharu

[Copy link]
Post time 20-8-2022 10:59 AM | Show all posts |Read mode

LEWIS Hamilton. FOTO AFP

London: Lewis Hamilton memperoleh semangat baharu selepas kembali daripada percutian di Afrika untuk menyambung semula kempen perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini.

Pemandu Mercedes itu menghabiskan cuti musim panas F1 dengan mengembara ke Afrika dan percaya dia akan kembali ke Grand Prix Belgium pada 26 hingga 28 Ogos ini dengan lebih bersemangat.

"Dua minggu yang lalu adalah antara hari terbaik sepanjang hidup saya.

"Saya bukan lelaki yang sama seperti sebelumnya. Segala keindahan, cinta, dan kedamaian yang dialami membuatkan saya berasa berubah sepenuhnya.


"Tiada kata-kata dapat menggambarkan perasaan saya sekarang. Saya dapat mendalami asal usul dan sejarah keluarga saya.

"Terima kasih Namibia, Rwanda, Kenya dan Tanzania. Kehadiran kami dialu-alukan ke setiap tempat yang kami lawati.

"Kami dilayan seperti sebuah keluarga. Kepada saudara saya yang menyertai saya dalam perjalanan ini, terima kasih," katanya di Instagram.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... leh-semangat-baharu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.053709 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list