CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2913|Reply: 40

[Tempatan] Denda RM250 jika Tidak Kibar Jalur Gemilang.Netizen berbelah bagi

  [Copy link]
Post time 19-8-2022 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 19-8-2022 12:40 AM

Menghitung hari, semakin hampir kita akan menyambut Hari Kemerdekaan tidak lama lagi. Sedia maklum, kesedaran mengibarkan Jalur Gemilang seharusnya ada dalam diri seluruh rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi untuk menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Memetik laporan Harian Metro, kompaun RM 250 akan dikenakan kepada premis-premis perniagaan yang tidak mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang sambutan Hari Kemerdekaan akan datang.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin menyatakan bahawa denda tersebut bakal dilaksanakan bagi tujuan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan dan nilai kemerdekaan dan sekali gus menyemarakkan hari penting buat negara Malaysia itu.

“Petang ini kita akan mula edarkan 6,000 notis pemasangan bendera di premis-premis perniagaan di Ipoh.

“Selain itu, kita juga telah memasang lebih 5,000 Jalur Gemilang di jalan-jalan utama dan sekitar bandar raya Ipoh

Kompaun sebanyak RM250 akan diberikan kepada premis yang tidak mematuhi arahan memasang Jalur Gemilang,” jelas beliau semasa ditemu ramah dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Majlis Bandaraya Ipoh 2022.

Menurut Rumaizi, pihaknya juga akan mengambil langkah dengan menasihatkan pemilik premis yang tidak memasang Jalur Gemilang terlebih dahulu.

“Pendekatan itu tertakluk di bawah Seksyen 107(2) Akta Kerajaan Tempatan kerana melanggar syarat lesen seperti mana syarat-syarat am yang tertera di belakang setiap lesen premis perniagaan.

“Kalau (premis perniagaan) tak pasang (Jalur Gemilang), memang boleh dikompaun tetapi biasanya kita nasihat saja dan jarang kompaun. Masih ada toleransi di situ,” tambah beliau.

Beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya mengesyorkan semua penduduk haruslah mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang bulan ini demi menyambut Hari Kemerdekaan yang akan menjelang nanti.

Sumber Harian Metro


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2022 12:43 AM | Show all posts
Pulak dah, mcm ni ke caranya negara kita ni, pelik betul kedengarannya tak kibar bendera kena denda. Melampauu sgt lah bangsattt2 bodoh ni buat sesuka hatiii
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedih betul rakyat malaysia ni. Kena paksa dulu baru nak kibar. Jari diri semangat kebangsaan semua dah makin luntur
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 03:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 19-8-2022 12:43 AM
Pulak dah, mcm ni ke caranya negara kita ni, pelik betul kedengarannya tak kibar bendera kena denda. ...

Aku tak risaukheun org kibar bendera...aku lebih sedih sebaik selesai sambutan  hari kemerdekaan..bertaburan bendera bendera ditengah jalan/jalanraya  dipijak/digilis oleh manusia dan kenderaan..terutama lepas konsert diambang merdeka didataran..
Bersama sama kondom kondom yang terpakai....
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 03:43 AM From the mobile phone | Show all posts
cheezel replied at 19-8-2022 01:03 AM
Sedih betul rakyat malaysia ni. Kena paksa dulu baru nak kibar. Jari diri semangat kebangsaan semua  ...

Ko measure jati diri ko, patriotrisme ko pada negara dgn kibar bendera?

Please dont talk cock sing song....



Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 03:44 AM From the mobile phone | Show all posts
I will take you to court if you dare...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2022 03:48 AM | Show all posts
stingergrumpy replied at 19-8-2022 03:40 AM
Aku tak risaukheun org kibar bendera...aku lebih sedih sebaik selesai sambutan  hari kemerdekaan.. ...

Negara islam ke ni? Kalau oktoberfest bukan main kecoh ujung sendiri berkumpul siap tinggal sisa kondom yuckssss
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 03:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 19-8-2022 03:48 AM
Negara islam ke ni? Kalau oktoberfest bukan main kecoh ujung sendiri berkumpul siap tinggal sisa k ...

Di BERN ada dataran merdeka like our very own kewww?

Tahun ini aku akan get my bibik to go dataran merdeka(kalau ada konsert atau sambutan) sekodeng and will update ko lagi....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2022 05:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Itu ke datok nya ? From the face u can tell his brain level mcm mana
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 06:52 AM | Show all posts
stingergrumpy replied at 19-8-2022 03:53 AM
Di BERN ada dataran merdeka like our very own kewww?

Tahun ini aku akan get my bibik to go datara ...

Dekat Bern tu mana ada ala2 dataran merdeka tmpt ummah berkumpol meraikan sampai kondom2 terpakaii bergimpangan dgn sampah sarap lainn. Ko hantar maid ko pesan siap2 kalo nak main cari lah hotellll jgn jd mcm binatang mana2 tmpt open depan2 org ramai pun jadiii
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 07:06 AM | Show all posts
alangkan lagu negaraku dan rukun negara pun
ramai x ingat
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 19-8-2022 06:52 AM
Dekat Bern tu mana ada ala2 dataran merdeka tmpt ummah berkumpol meraikan sampai kondom2 terpakaii ...

Dia spesis tinot7, yg teda napsu kt jejantz....

Wakahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
gekkou replied at 19-8-2022 07:06 AM
alangkan lagu negaraku dan rukun negara pun
ramai x ingat

Tak ingat bukan bererti tidak sayangkheun negara....dan sayang pada negara bukan hari hari atau tiap tahun kena bermuka muka kibar bendera....tapi nilai diri kita iteww sendiri....jgn hidup asyik mengharapkheun sabsidi, jgn berdarah dagingkhen sikap mementingkheun diri sendiri....cekek rasuah...ini semua antara ciri ciri yg menunjukkheun kita syg pada negara kita ...dan tak mahu negara kita hancur dek mentaliti kita sebagai rakyat dalam negara yg sedang membangun....


Ikrar aku sempena hari kemerdekhen kita yg bakal menjelang...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 07:32 AM | Show all posts
sampai tahap gini terpaksa nak educate peniaga up bendera kat premis...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Utk peniaga yg ada lesen kat majlis je..yg nurtizen terlebih rengsa kenapa
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 08:33 AM | Show all posts
mau ke cine cine bukit ni ngikut... nak lak puak2 Dapig tuh... moyan semendang... tgk le nnti...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2022 09:04 AM | Show all posts
stingergrumpy replied at 19-8-2022 07:21 AM
Tak ingat bukan bererti tidak sayangkheun negara....dan sayang pada negara bukan hari hari atau ti ...

Ada afdalnya kita boleh hargai ibu bapa, guru, wanita dan lelaki setiap hari, setiap masa tanpa perlu menunggu hari khusus untuk meraikan satu-satu kalangan..

Jom sokong page dan group FB Komuniti 365 Hari Setahun Malaysia! Sokong jangan tak sokong..


Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 09:12 AM | Show all posts
dah macam negara komunis paksa2 kibar bendera
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 10:08 AM | Show all posts
amende la...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
stingergrumpy replied at 19-8-2022 03:43 AM
Ko measure jati diri ko, patriotrisme ko pada negara dgn kibar bendera?

Please dont talk cock sin ...

2.6b tersenyum hamis..kibar2 jugak,songlap jangan dilupa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.083096 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list