CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2217|Reply: 21

[Tempatan] Iklan Hari Kebangsaan MBSB Bank Buat Ramai Sebak, Semangat Perpaduan Antara Kaum Masih Teguh

  [Copy link]
Post time 19-8-2022 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 19-8-2022 12:13 AM



Menerusi iklan yang berkonsepkan eksperimen sosial itu, pelbagai kaum dilihat membantu warga emas terbabit menolak keretanya yang sedang rosak

Setiap kali menjelang Hari Kebangsaan, pasti akan ada segilintir rakyat Malaysia yang tidak sabar menunggu iklan komersial daripada syarikat-syarikat ternama yang ada di negara ini.

Apa yang diharapkan, pastinya mesej yang cuba disampaikan kepada segenap lapisan masyarakat dapat difahami dan dirasai.

Pelbagai kaedah dan idea kreatif yang digunakan oleh syarikat-syarikat ini agar semangat patriotisme, perpaduan dan keharmonian dapat kekal dipupuk.

Iklan Hari Kebangsaan berkonsep eksperimen sosial

Begitulah yang dilakukan oleh MBSB Bank apabila menghasikan iklan Hari Kebangsaan berkonsepkan eksperimen sosial bagi menilai tahap perpaduan di negara ini.

Iklan terbabit yang dimuat naik di laman YouTube selain dikongsi di platfrom media sosial yang lainnnya berjaya meraih perhatian para penonton apabila semangat perpaduan antara kaum jelas kelihatan menerusi video terbabit.

Menerusi video, warga emas terbabit memasang bendera Jalur Gemilang dikeretanya, namun tanpa diduga ketika sedang memandu kereta terbabit rosak di tengah jalan.

Kejadian tak diduga itu membuatkan warga emas berkenaan terpaksa menolak keretanya sendirian sebelum dia secara tiba-tiba dihampiri oleh orang di sekeliling yang pantas membantunya.

Pelbagai kaum menghulurkan tangan beri bantuan

Apa yang menyentuh hati apabila terlihat jelas individu-individu yang menolongnya terdiri dari pelbagai latarbelakang dan agama antaranya kaum Melayu, Cina dan India.

Jelas bahawa semangat perpaduan di negara ini masih kekal teguh walaupun terkadang kita dikejutkan dengan pelbagai berita mengenai isu perkauman.

Rakyat Malaysia turut kongsi pengalaman mereka

Iklan tersebut sekaligus telah membuka ruang buat rakyat Malaysia berkongsi pengalaman mereka yang tersendiri apabila dibantu atau membantu kaum lain disaat kesusahan.

Melihat di ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial yang menonton iklan terbabit berasa sebak serta bangga dengan semangat perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Sumber MBSB Bank


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2022 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus iklan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 01:10 AM | Show all posts
Tapi realitinya adakahkita ni betul2 saling hidup hormat menghormati diantara kaum? iklan syahdu siapa pun blh buat.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 12:24 PM | Show all posts
Syabas dn terima kasih kpd MBSB Bank kerana menaja sebuah iklan bertemakan perpaduan.
Alangkah baik dn bahagianya rakyat M'sia jika harapan sedemikian dpt diwujudkan sbg sebuah realiiti.
Memang tak mudah untuk menyatupadukan rakyat yg berbilang kaum jika ada sentimen perkauman sering dihembus oleh orang2 yg iri dgn perdamaian dn persahabatan.
Mudahan2 kedepan nanti, rakyat M'sia benar2 dpt membuat pilihan untuk membentuk M'sia sebuah negara yg mensejahterakan rakyatnya yg berbilang kaum. Apapun kaum yg ada di M'sia ini, kita adalah bersama untuk mensejahterakan negara kita. Pesalah, tak kira siapa pun dia, wajib dihukum.
Marilah rakyat sekalian, PRU sekali ini kita terapkan semangat perpaduan untuk memilih pemimpin yg boleh bekerja, mewakili semua kaum sambil tidak mengetepikan hukum/aturan, adat dn agama.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 01:02 PM | Show all posts
Sayangnya bukan semua macam tu masih ada juga yang ambil sikap tak peduli
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti pembikin iklan ni terinspirasi lepas tengok video ada sorang perempuan tolong tolak kereta wira aeroback sorang pakcik yg rosak kat toll booth tu kan
Cool je cikki tu tanpa ragu2 terus keluar kereta & tolong tolak dengan penuh bersemangat
Kudos to the lady & all people in this ads who helped
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2022 06:54 PM | Show all posts
bagus iklan ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 19-8-2022 07:03 PM

realitinya..memasing  dah tau...'hidup ini tak seindah iklan'.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2022 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
MarryPottet replied at 19-8-2022 03:18 PM
Mesti pembikin iklan ni terinspirasi lepas tengok video ada sorang perempuan tolong tolak kereta wir ...

Mana nak tgk video ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
kerunai replied at 19-8-2022 06:54 PM
bagus iklan ni

Setuju..bagus..cumanya props Tu dibayar tak? Jimat betul kos kalau tak bayar..at least
.lepas diaorg tolak, producer bayarlar saguhati Dan minta permission utk tayang kat media mainstream
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2022 01:02 AM | Show all posts
mat rempit pun tolak tapi...................
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2022 08:59 AM | Show all posts
Agak malang, waktu iklan rokok masih dibenarkan dahulu tak pernah sekalipun mana-mana jenama rokok terkenal membuat ucapan Hari Merdeka menerusi iklannya, tapi apabila menjelangnya Hari Raya, Tahun Baru Cina dan Deepavali boleh pula syarikat rokok mengiklankan ucapan masing-masing..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2022 02:29 PM | Show all posts
semua benda nak nilaikan dari perspektif kaum. So malaysian.

btw, berapa orang yang tolong tolak tu B40?

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2022 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Nazri Teksi tak tengok iklan cenggini kot.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2022 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang memecah belahkan rakyat adalah parti politics, terutamanya yang berteraskan perkauman
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2022 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni agenda je ni korang jangan lalai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2022 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
xy_daen replied at 20-8-2022 03:59 PM
Yang memecah belahkan rakyat adalah parti politics, terutamanya yang berteraskan perkauman

Indeed....
Rasanye dimana2 rakyat Masih hormat budaya masing2..
Kalau ada pun segelintir sgt...
Yg diprovok Dan memprovok .
Politik yg bull$h*t sgt .
Suka petik perkauman
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2022 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
In real life kereta rosak tepi jalan pasang lampu emergency sj. Kereta lain mnnya kisah dan masing2 teruskan perjalanan
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2022 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pu3_rania at 20-8-2022 11:54 PM

Terharu tengok iklan ni
Antara yang terkesan ialah pada minit 1:43 yang mana satu-satunya wanita iaitu berbangsa cina turut hanya berdua bersama dengan seorang pemuda India menolak kereta selain dari tu seperti selalunya adik2 food rider sanggup menghulurkan bantuan kepada insan lain yang di dalam kesusahan
Terharu juga rakyat Malaysia yangtak kira kaum bersama berganding bahu menghulurkan bantuan
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2022 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
MarryPottet replied at 19-8-2022 03:18 PM
Mesti pembikin iklan ni terinspirasi lepas tengok video ada sorang perempuan tolong tolak kereta wir ...

Aku dah tengok video tu
Tabik lah kat perempuan tu
Tanpa berlengah terus dia keluar dari kereta meluru berlari dengan berkasut tumit tinggi menolak laju kereta pakcik tu dengan kudrat gagah nya dia
Aku memang suka sangat dengan perempuan yang bersemangat waja dan berhati tulus macam perempuan ni
Nak dapat perempuan macam ni belum tentu ada di kalangan seratus orang perempuan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.394491 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list