CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4160|Reply: 48

[Tempatan] Gus nyaris mati rawat orang ternama Malaysia disantau lebih 10 bomoh Siam

  [Copy link]
Post time 18-8-2022 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Disantau dan hampir menemui ajal hanya kerana merawat seorang pesakit orang kenamaan dari Malaysia satu pengalaman tidak dapat dilupakan pengamal spiritual terkenal di Indonesia, Gus Nur Syamsun.

Beliau yang mewakili pusat perubatan Padepoan Cakra Lodaya Nusantara itu sebelum ini dikenali aktif untuk membanteras dukun santet dan mereka yang mengamalkan ilmu hitam di negaranya.Bagaimanapun beliau merahsiakan identiti orang kenamaan yang mendapatkan perkhidmatannya empat tahun lalu.Mengimbas kembali detik itu, Nur Syamsun telah dipanggil untuk melawan ilmu santet terhadap seseorang ternama dari Malaysia yang sudah berkahwin namun curang dengan seorang wanita lain.

“Hubungan mereka tidak berkekalan apabila perbuatan mereka diketahui isterinya yang kemudian meminta bantuan dari 10 bomoh Siam untuk menyantau suaminya.

“Dia (orang kenamaan) itu tak boleh tidur selama hampir satu tahun, celik terus. Bawa berubat dengan kiai dan ustaz pun tak sembuh juga,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.Gus datang ke negara ini atas baru-baru ini bagi menemui rakan baiknya, Datuk Tengku Asmawi Tuan Umar yang juga seorang pengamal ilmu spiritual dan merawat pesakit diserang ilmu hitam.

Penasihat Keagamaan dan Modal Insan Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN), Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar dan pengamal spritual Indonesia, Gus Nur (kanan) dalam Program Borak MG di Pejabat Malaysia Gazette, Kuala Lumpur.


Beliau kemudian diundang untuk melihat keadaan pesakit itu terus menyerah dan tidak berani mengambil risiko yang boleh membahayakan nyawa pada awalnya.

“Saya baru lihat, belum mengubatinya, belum doa, belum baca bismillah pun. Ini risiko, saya masih ada anak kecil, boleh konyol (mati) saya ni. Saya nak hidup lagi,” imbasnya.

Bagaimanapun beliau dipujuk oleh abang pesakit berkali-kali.Gus, tolong Gus. Bantu adik saya, jangan biarkan dukun santet itu kalahkan dia. Gus kan sudah berserah sama Allah, kata abang pesakit merayu saya.

“Sejurus saya bersetuju untuk membantu, saya mula baca bismillah, saya muntah darah, perut panas. Tiba-tiba keluar darah dari mata, mulut, telinga, hidung saya. Kemaluan saya pun keluar darah,” katanya.

Kekuatan 10 dukun Siam itu membuatkan Gus hampir pengsan dan tidak mengenali orang-orang di sekelilingnya pada waktu itu.

Bahkan namanya sendiri pun terlupa ketika itu.

“Mulut sudah tak boleh bercakap, saya cuma boleh berdoa dalam hati. Ya Allah, jika engkau mengizinkan saya hidup di muka bumi ini untuk kebaikan dengan cara yang baik dan tujuan yang baik, jika engkau memberikan aku peluang kehidupan untuk memberi manfaat untuk orang lain maka berikanlah kekuatan kepada ku untuk melawan kemungkaran.

“Jika sebaliknya Engkau menakdirkan saya untuk menjadi orang yang jahat, matikanlah aku” doanya.

Beliau dengan keadaan tidak sedar kemudiannya memetik daun dari sebuah pokok bunga dan kemudian memakannya secara tanpa sedar dan kemudian mengalami keracunan.

Beliau memuntahkan kembali daun itu dan santau yang menyerangnya hilang.

“Aneh, saya makan tanpa niat. Refleks automatik. Racun bisa mengubati santau,” katanya.

Selepas terjaga, beliau hanya duduk memejamkan mata menghadap ke depan rumah dan berdoa selama hampir dua jam.

“Atap genting rumah tiba-tiba terjatuh dan kedengaran seperti bunyi ledakan bom. Saya cuma terus berdoa dan akhirnya kami (Gus dan pesakitnya) sihat sampai sekarang” katanya lagi.Sebelum itu, Gus pernah mengiklankan di laman YouTube untuk berlawan dengan dukun-dukun salah di Indonesia.

“Bagi siapa yang berjaya menyantet saya, saya nak kasi wang 500 juta rupiah (RM15,000). Dengan syarat, lakukan di hadapan mata saya dan ditayangkan di televisyen,” katanya.

Gus berkata, beliau hanya ingin membantu masyarakat mengabdikan diri ke jalan Allah sambil menyebarkan syiar Islam serta amar makruf nahi mungkar.

“Kita di akhir zaman, sudah banyak kacau balau. Saya merasakan kita harus meneruskan perjuangan para ulama dan wali dahulu,” tambahnya yang mendakwa dirinya kaitan dengan keturunan Sunan Kalijaga.

Dalam pada itu, beliau berkata, sepanjang pengalamannya, ilmu santau paling bahaya adalah dari Brazil. – MalaysiaGazette

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2022 12:24 AM | Show all posts
pakai smutar, pakai selempang.. antara ciri2 penunggang
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Bak sini nombor bomoh siam tu, saja nak simpan...

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 04:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahaha korang percaya ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 05:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Ambik kaw. Podepon Cakra Lodayaaaaa katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 05:29 AM From the mobile phone | Show all posts
"Dengan kuasa podepoenckaralodaya, gue akan menghukum mu!"

Gusnur Samson
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2022 06:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Kan elok kalau kat malaysia ni pun ada org mcm pesulap merah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 06:41 AM From the mobile phone | Show all posts
aku lebih nak tahu sape kenamaan yang curang tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2022 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
uori replied at 19-8-2022 06:41 AM
aku lebih nak tahu sape kenamaan yang curang tu

Ramai yang curang tak kira kenamaan atau marhaen  entah2 berderet vvip2 dah siap2 nak mintak tolong dengan Gus nie

Jom tanya Fruska kalau dia ada info sapo yang terkena nie
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Dari santau org smpai mati
Nape tak santau diri sendiri jadi bilionair  ke apa..buduh sungguh si penyantau ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 08:42 AM | Show all posts
kenapa backdrop ada nm hattan dgn ritrud



Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 08:45 AM | Show all posts
supernaturalee replied at 19-8-2022 12:42 AM
kenapa backdrop ada nm hattan dgn ritrud

hahahaha.. iols scroll balik ke atas nak tgk.. igt kot ada gambor depa kat dinding tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak syak setting scene masa wartawan ni interbiu si Gus Nur dan Tg Asmawi ni ala2 mcm scene setting dlm program Akademi
Bomoh yg dulu ada tayang kat astro warna..nabil jd host. Lawak gak sbb ms tu arwah adibah noor jd pembantu bomoh beserta bomoh2 lain zizan,johan,sharifah amani
Gaya dressing mmg bomoh sgt wardrobe set diorg
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 08:48 AM | Show all posts
haih penggalakkan apo kah ini... industri santau  a.k.a santet kah ini?

ehh industri pengobatan tradisional ini kannn mendonia la indon
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Lately, banyak sgt manusia pelik yg keluar,

Yg aku jumpa pon ramai...

Tp menjauhkan diri je dr bgaul, hi hi bye bye je... Seram plak pk
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 09:08 AM | Show all posts
Edited by salimrock at 19-8-2022 09:12 AM
supernaturalee replied at 19-8-2022 08:42 AM
kenapa backdrop ada nm hattan dgn ritrud

a ah... mgkn diorang berada di press conference  , pejabat malaysia gazette...


err mari kita siasat syarikat malaysia gazette ni, adakah syarikat penerbitan main stream atau pn spt  sykt penerbitan majalah2 tabloid tahun 90 an dn awal 2000.

igt tak akbar/ majalah tabloid, warta perdana, cerita hantu, bomoh, sex , artis2  tak lari dr topik akhbar tersebut .

bila baca cerita ni terigt majalh2 tabloid...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2022 09:22 AM | Show all posts
Padoepon luntur tumbel pesugihan babhi ngephet
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 09:26 AM | Show all posts
baru2 ni aku baru selesai menjalani rawatan islam benda ni aku sdri tak sangka
smpi satu masa hati tergerak jumpa ustad pastu berubat
time tu benda tu dah naik satu badan tangan naik dah tanda2
cun2 timing dia.
subhanallah. tapi jgn jumpa bomoh gini

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2022 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 19-8-2022 09:26 AM
baru2 ni aku baru selesai menjalani rawatan islam benda ni aku sdri tak sangka
smpi satu masa hati  ...

G rawatan islam kt mana? Bole share x?
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 09:36 AM | Show all posts
mojarean_X replied at 19-8-2022 09:35 AM
G rawatan islam kt mana? Bole share x?

kat puchong
kalua nk contact no. dia bole pm
insyaallah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.733724 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list