View: 2099|Reply: 17
|
[Tempatan]
Berita malam kagum:Budak 8 tahun bangga jual anak ayam,mampu meraih hasil sehingga RM10,000 sebulan
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 18-8-2022 08:26 PM
BESUT: Biarpun baru berusia lapan tahun, namun siapa sangka, Ahmad Faiq Adrian Mohamad Firdaus, mampu meraih hasil sehingga RM10,000 sebulan daripada jualan anak ayam kampung putih (Hyline White).
Ahmad Faiq berkata, dia bermula dengan menternak ayam sebagai hobi sebelum mengambil inisiatif menjual anak ayam melalui Facebook dan tidak menjangka mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
"Saya mendapat dorongan dan bimbingan daripada bapa, Mohamad Firdaus Ismail, 40, dan ibu, Normah Ahmad, 36.
"Bapa membeli anak ayam daripada pembekal iaitu bapa saudara, Mustapa Omar, secara pukal sebelum saya menjualnya melalui promosi media sosial.
"Paling tinggi saya pernah menjual anak ayam sebanyak 3,200 ekor sehari dengan harga RM10 untuk empat ekor anak ayam," katanya.
Tambahnya, dia berasa seronok menjalankan perniagaan menjual anak ayam itu.
"Rata-rata pelanggan membeli anak ayam dengan kuantiti yang banyak untuk diternak secara komersial dan sebahagiannya membeli untuk diternak di kawasan rumah.
"Istimewa anak ayam kampung putih yang dijual itu kerana ia cepat membesar dan boleh dijual," katanya dari Kampung Lak Lok Dalam, Besut.
Sementara itu, Mohamad Firdaus berkata, dia mendorong anaknya itu kerana menyedari minat anaknya dalam bidang penternakan dan perniagaan.
"Sebelum ini, Ahmad Faiq gemar mengikuti bapa saudaranya menjual ayam pelbagai jenis di Pasar Tani dan Ekspo Pertanian.
"Oleh itu dan isteri sepakat mengeluarkan modal untuk membeli anak ayam untuk dijual Ahmad Faiq," katanya.
Menurutnya, dia tidak menjangka jualan anaknya itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan dan orang ramai.
"Melihat kejayaan Ahmad Faiq berniaga, saya dan isteri akan terus mendorongnya berniaga dan berharap perniagaan jualan anak ayam yang dijalankan terus berkembang," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/...ualan-anak-ayam
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Bagusnya pak mustapa omar sapot anak buah niaga... |
|
|
|
|
|
|
|
Mana adik dapat sumber anak ayam ni....apa pun terbaik sebab kecik2 pandai berniaga...bijak |
|
|
|
|
|
|
|
dolu kecik2 beli anak ayam kaler2 kat pasar malam
dah besar sket hilang kaler hilang comel |
|
|
|
|
|
|
|
B40 tak kan setakat baca je. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu ade ayam kaler2.. pink kuning hijau.. igt kan mmg mcm tu sampai ke besar.. rupanya x.. kene scam hahhahah |
|
|
|
|
|
|
|
teruskan ternak ayam je dek, jangan belajar2 ternak kucing pulak ye nnt besar. |
|
|
|
|
|
|
|
Bula depan beli kete Mustang ye dik... |
|
|
|
|
|
|
|
Benda yang tersirat adalah orang yg berjaya akan dapat bantuan dari ibu bapa sama ada dari segi modal atau pengaruh. |
|
|
|
|
|
|
|
alahai comeynya chicks tuh.. tahniah adikk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Upload laa sekali... resit LHDN.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau jual melalui fb macamana delivery method |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 19-8-2022 05:02 PM
Benda yang tersirat adalah orang yg berjaya akan dapat bantuan dari ibu bapa sama ada dari segi moda ...
Haruslah. Ingat budak2 yang berjaya dalam pertandingan di sekolah sampai ke peringkat antarabangsa itu, memang menang 100% atas usaha dan idea sundri ka? Unless pertandingan sukan yang melibatkan stamina atau minda seperti olahraga atau catur - ha, tu memang 100% keupayaan sendiri dengan bantuan training dari jurulatih. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul. Sah2 makpak yang buatkan.. adik dpt nama.Boleh viral |
|
|
|
|
|
|
|
Mael 2 singgit sejak tadika lg dah jd usahawan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|