CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9641|Reply: 154

[Tempatan] Harapan untuk perbicaraan adil sudah dihujung tanduk – Najib. #post156 Najib sumpah laknat lagi

  [Copy link]
Post time 18-8-2022 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by mojarean_X at 21-8-2022 10:43 PM

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bercakap pada sidang media selepas menghadiri prosiding kes rayuan akhirnya berkaitan sabitan dan hukuman penjara penyewelengan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 18 OGOS 2022.


PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Razak menegaskan hak beliau untuk mendapatkan perbicaraan yang adil dan saksama sudah terjejas selepas Mahkamah Persekutuan tidak membenarkan peguamnya, Hisyam Teh Poh Teik menarik diri daripada rayuan kes SRC International.

“Saya ingin membuat bantahan sekeras-kerasnya berhubung prosiding rayuan hari ini, yang mana hak saya untuk hidup, kebebasan, dan perbicaraan adil berada di hujung tanduk.Saya tidak malu untuk mengatakan, saya terdesak, seperti mana-mana pihak yang berada dalam keadaan saya. Saya kini berada dalam situasi yang mana hak saya untuk mendapatkan nasihat dan perbicaraan yang adil adalah ilusi kerana saya membuat keputusan yang saya fikir terbaik untuk kepentingan saya pada masa itu,” katanya dalama kenyataan di sini.

Terdahulu, Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, yang mengetuai panel lima hakim, berkata mahkamah sebulat suara berpendapat Hisyam “gagal mendedahkan alasan kukuh” untuk mewajarkan permohonan menarik diri.

Najib turut menolak tuduhan kononnya cuba melengah-lengahkan proses mahkamah, sebaliknya setiap permohonan yang dibuat kepada mahkamah bagi membolehkannya mendapat perbicaraan adil dan saksama.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau terpaksa melantik barisan peguam diketuai oleh Hisyam Teh Poh Teik pada saat-saat akhir selepas permohonannya untuk mendapatkan khidmat Queens Counsel (QC), Jonathan Laidlaw dalam rayuan akhirnya di Mahkamah Persekutuan ditolak oleh Mahkamah Tinggi.


Jelas Najib,  perkara itu antara sebab mengapa beliau terpaksa membawa masuk khidmat peguam baharu memandangkan hanya mereka sahaja dapat tampil dengan idea baharu dan hujahan kuat pada prosiding rayuan akhirnya.

“Mana-mana peguam baharu, mereka memerlukan masa. Tindakan saya membawa masuk Jonathan adalah selepas penemuan tentang hakim Datuk Mohd Nazlan malangnya permohonan itu ditolak. Dari awal lagi, Tuan Haji Hisyam sudah memberitahu pasukannya memerlukan masa, peguam baharu perlu masa.

“Saya membuat keputusan ini juga kerana ini kehidupan saya. Saya mencuba tanpa sebarang kekurangan kerana ini tentang hidup saya. Namun permohonan yang telah dibuat beberapa kali oleh peguam baharu saya juga telah ditolak,” ujarnya.

Menurut Najib, beliau kini seolah-olah tiada peguam di mahkamah hari ini kerana peguam yang baharu dilantik tidak mampu melakukan tugas terbaik tanpa diberikan masa kerana ini merupakan sebuah kes berprofil tinggi cukup kompleks.


Hanya pihak pendakwaan mengemukakan kes.

Najib menambah, keadaan  yang mana tertuduh tiada peguam untuk mewakili kesnya sama sekali tidak pernah berlaku dalam kes berprofil tinggi seperti kes beliau.

“Perkara ini amat berat. Saya berharap mahkamah pertimbangkan hal ini dan mengambil langkah-langkah untuk membetulkan keadaan,” tegasnya.

Namun, beliau percaya, kesnya masih mempunyai kekuatan dan percaya Hisyam dan pasukannya akan melakukan tugas yang hebat sekiranya diberikan waktu yang munasabah.

“Saya masih berharap, berdoa untuk mendapat perbicaraan yang adil dan mampu menang dalam perjuangan ini,” ujarnya. -MalaysiaGazette

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2022 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa susahnya? Panggil je balik Shafee Abdullah. Sebelum ni pun dia kata Shafee kekal sbg solicitor dan Teh Poh Teik tu counsel. Written submissions biasanya kena difailkan awal lagi dan itu pun Shafee yg sediakan. Kalau dia tak nak Shafee as leading counsel Shafee boleh assist Teh Poh Teik. Alasan je nak mintak simpati
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Spin selagik boleh
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape tak suruh  admin2 bangsat fb kau je jadi lawyers . Dorg kan terpaling serba tau
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 09:43 PM | Show all posts
akhirnya najib masuk penjara sebab bunuh kevin morais

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 10:06 PM | Show all posts
anak dia yana tu bising cybertropehhh apak dia dah senyap yek?apak ko tu dah makin dekat ke dalam dikk.kapal dah nak  tenggelam ....cabut laaaa org .....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2022 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Begitu la najib......suma org salah dia sorang je betul
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa hak pok jib utk mendapatkan khidmat Queens Counsel (QC), Jonathan Laidlaw dalam rayuan akhirnya di Mahkamah Persekutuan ditolak oleh Mahkamah Tinggi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2022 10:47 PM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 18-8-2022 10:52 PM

motip Bijan lantik barisan peguam baru sbb nak mahkamah bagi lagi 3 ke 4 bulan untuk kes rayuannya..
alasan - peguam baru perlu masa..

3 ke 4 bulan sbb PRU15 Oktober ni..

kalo Bee End menang, dia akan lobi supaya kes nya ditarik balik
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 10:49 PM | Show all posts
MissYouSayang replied at 18-8-2022 08:43 PM
Nape tak suruh  admin2 bangsat fb kau je jadi lawyers . Dorg kan terpaling serba tau

kalo depa yg wakili Bijan...
awal2 lagi Bijan da disabitkan salah

loyar buruks
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 10:50 PM | Show all posts
rashiman replied at 18-8-2022 10:44 PM
Kenapa hak pok jib utk mendapatkan khidmat Queens Counsel (QC), Jonathan Laidlaw dalam rayuan akhir ...

sbb bijan above the law
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang gatei ujong punei pegi tukor loyer tu kenape??
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 18-8-2022 10:44 PM
Kenapa hak pok jib utk mendapatkan khidmat Queens Counsel (QC), Jonathan Laidlaw dalam rayuan akhir ...

Sebab syarat jadi peguam kat dalam mahkamah Mesia ni ialah FAHAM cakap melayu.  Omputih tu tak faham so tak layak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 10:58 PM | Show all posts
rashiman replied at 18-8-2022 10:44 PM
Kenapa hak pok jib utk mendapatkan khidmat Queens Counsel (QC), Jonathan Laidlaw dalam rayuan akhir ...

ini yang ramai tak tahu

najib awal2 dah mintak tukar peguam, tapi ditolak

pastu acik2 dalam ni macam biasalah termakan hasutan kunun2 najib yang sengaja tukar last minit
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
pengecatbintang replied at 18-8-2022 10:47 PM
motip Bijan lantik barisan peguam baru sbb nak mahkamah bagi lagi 3 ke 4 bulan untuk kes rayuannya.. ...

Memanglah peguam baru perlu dilantik dan memerlukan masa sebab sudah suntuk masa setelah mahkamah menolak permohonan peguam dari luar  Jonathan Laidlaw .
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Helehh. Selama ni ko bebas keluar masuk duit jota2 dalam akaun taknak fikir kemudian hari kenapa. Stop play victim acah2 mangsa dihujung masa pokjib.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2022 11:21 PM | Show all posts
rashiman replied at 18-8-2022 11:12 PM
Memanglah peguam baru perlu dilantik dan memerlukan masa sebab sudah suntuk masa setelah mahkamah  ...

itu lah motif sebenar...

buying time
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
pengecatbintang replied at 18-8-2022 11:21 PM
itu lah motif sebenar...

buying time

Tapi kalau mahkamah tak menolak permohonan pok jib yg mahu khidmat peguam luar, tiada sebab utk dia mohon tangguh.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 11:42 PM | Show all posts
dulu masa tibai duit...
tanak pikio...
ingat asyik duduk kat ateh je...
la ni....
nasi dah jdi bubo....


lepaih ni.....kalau sabun jatuh jgn kutip ye
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau macam nie, susahlah bagi pok jib nak beladiri dan  harapan utk menang, mohon peguam ditolak, mohon masuk bukti baru tidak diterima. Macam dah boleh agak keputusannya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.119395 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list