CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mojarean_X

[Tempatan] Harapan untuk perbicaraan adil sudah dihujung tanduk – Najib. #post156 Najib sumpah laknat lagi

  [Copy link]
Post time 21-8-2022 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 20-8-2022 09:04 PM
@rashiman @kemaruk

Agak2 ramai ke berMaghrib di Masjid Kg Baru nanti?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2022 03:33 PM | Show all posts
pilem Matinya Seorang Patriot

rephrase

Terpenjaranya Seorang Penyamun
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2022 03:34 PM | Show all posts
Bijan x nak wat sumpah laknat ke?

at least bole bawak sumpah pi court utk rayuan next week
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2022 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 19-8-2022 09:38 PM
Harap rakyat Malaysia ialah semoga merdeka tahun ini lebih bermakna. Harap2 Najib Betol2 dibuktikan  ...

Kira mcm adiah sempena kemerdekaan negara yg ke65 laaa nieee...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2022 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoii malunya..satu dunia tahu



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2022 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
pengecatbintang replied at 21-8-2022 03:34 PM
Bijan x nak wat sumpah laknat ke?

at least bole bawak sumpah pi court utk rayuan next week


Malam ni beliau di masjid kg baru. Adakah something menarik bakal berlaku?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2022 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Berserah atau Menyerah????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2022 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
kaseh80 replied at 21-8-2022 07:52 PM
Berserah atau Menyerah????


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2022 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 21-8-2022 02:18 PM

Dejavu sungguh pic ni.. Dlu ada sorang adun dah arwah gak ada issue pasal salah guna kuasa.. Masa wat sidang media kat rumah, camera amik shot tgh amik wudhu gak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2022 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesan buruk terhadap Malaysia jika Najib tidak dapat perbicaraan adil – Penganalisis


Najib Razak keluar selepas Mahkamah Persekutuan berhenti rehat pada prosiding pendengaran rayuan terakhir Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara ke atasnya bagi kesalahan penyewengan RM42 juta milik dana SRC International Sdn Bhd di Istana Kehakiman,

KUALA LUMPUR – Malaysia bakal mengalami kesan buruk sekiranya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak diberi peluang untuk mendapatkan perbicaraan yang adil dalam rayuan akhir kes SRC International.

Penganalisis politik, Anand Murgun berkata, situasi yang sama sebelum itu pernah berlaku selepas pentadbiran Najib digantikan dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).Beliau mengimbau kembali sembilan tahun pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah Najib yang menyaksikan negara ini mengalami reformasi yang paling progresif sejak merdeka.

“Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) merupakan kemuncak reformasi yang dilakukannya. Malaysia turut menstruktur semula asas fiskalnya dengan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Negara ini menyaksikan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang stabil dan berterusan serta menyaksikan kenaikan indeks Bursa Malaysia untuk tempoh yang paling lama hasil pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburang langsung domestik (DDI) yang kukuh,” katanya seperti dipetik dari ruangan pendapat portal Firstpost, semalam.

Anand menambah, selain itu, Malaysia telah membina hubungan dua hala yang lebih kukuh dengan negara-negara serantau dan global termasuk Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), China, Singapura dan India.Menurut beliau, era baharu dalam hubungan luar itu memberi peluang kepada Malaysia untuk menarik lebih banyak pelaburan dan melaksanakan projek-projek perintis seperti laluan kereta api laju rentas sempadan menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura.

“Selain itu, Najib telah mengetuai proses transformasi negara bagi meraikan kepelbagaiannya dan memanfaatkannya sebagai kuasa pemangkin.

“Seruan 1Malaysia yang dilaungkan Najib diwujudkan untuk menjadikan Malaysia sebuah masyarakat yang inklusif dan meninggalkan politik lama yang diamalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang memanipulasi bangsa, agama dan etnik terhadap rakyat,” katanya.

Anand berkata, platform 1Malaysia bertujuan memperkasakan semula komuniti yang terpinggir dari segi ekonomi dan sosial, khususnya kaum India yang didakwa berdepan situasi itu akibat doktrin yang dilaksanakan oleh Dr. Mahathir.Katanya, Najib merupakan Perdana Menteri yang pertama secara aktif merangka dan mempopularkan pelan tindakan yang mentransformasi kaum tersebut dari segi sosial serta memastikan mereka beroleh pendapatan yang lebih tinggi dan mampan.

“Reformasi-reformasi ini ditentang dan diperlekehkan oleh Dr. Mahathir yang seterusnya menyertai Pakatan Harapan (PH). Beliau menggunakan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International yang dirintis oleh Najib serta pelbagai reformasi termasuk pelaksanaan GST sebagai seruan kempen menjatuhkan Najib dan UMNO,” jelasnya.

Anand berkata, era politik dendam dan tidak menentu bermula sebaik sahaja Dr. Mahathir sekali lagi menjadi Perdana Menteri pada Mei 2018.

Beliau mendakwa, Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang berusia 97 tahun itu merancang untuk merombak lantikan jawatan tertinggi dalam institusi-institusi penting termasuk Jabatan Peguam Negara (AGC), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan badan kehakiman.

“Beliau kemudian secara sistematik membatalkan reformasi yang diperkenalkan Najib dan kesannya ditanggung oleh rakyat. Ia termasuk GST dan projek-projek penting bersama negara-negara asing tertentu.

“Beliau turut membuat kenyataan yang keterlaluan termasuk kritikan terhadap kerajaan India di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 2019.

“Beliau juga meremehkan proses keterangkuman sosial. Secara terperinci, beliau menggantung pelan tindakan Najib untuk kaum India,” katanya.

Walau bagaimanapun, Anand memberitahu, langkah drakonian Dr. Mahathir tidak membantunya bertahan sebagai Perdana Menteri ketujuh ekoran perpecahan dan pertelingkahan yang berlaku dalam PH.

Menurut beliau, situasi itu telah menyebabkan dua kerajaan dibentuk dalam masa kurang daripada dua tahun sehingga mengakibatkan Malaysia berdepan situasi politik tidak menentu.

“Namun, ekoran langkah yang diambil semasa menjadi Perdana Menteri buat kali kedua, institusi-institusi penting seperti AGC dan badan kehakiman masih lagi dalam genggaman Dr. Mahathir.

“Ini dapat dilihat dilihat dalam tindakan badan kehakiman. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali yang dianggap ‘junior’ tidak mempunyai pengalaman mengendalikan kes jenayah dilantik untuk menghakimi kes SRC International. Ia berlaku selepas beberapa hakim terkemuka mengundur diri atas kemungkinan berlaku konflik kepentingan.

“Malah, beberapa hakim tidak dibenarkan menghakimi kes tersebut kerana adik-beradik dan saudara mereka menyokong UMNO, sekali gus mencetuskan kemungkinan terdapat konflik kepentingan,” jelasnya.

Anand berkata, agak mengejutkan apabila baru-baru ini didedahkan bahawa Mohd. Nazlan terlibat dalam transaksi kes yang dihakiminya.

Beliau memberitahu, sebelum dilantik sebagai hakim, Mohd. Nazlan bertugas sebagai peguam di bank yang mencadangkan penubuhan SRC International.

“Beliau terlibat secara peribadi dan hadir dalam pelbagai mesyuarat mengenai perkara ini di bank tersebut. Beliau seterusnya terlibat dalam pengeluaran bon SRC International semasa bersama bank berkenaan,” dakwanya.

Anand turut membangkitkan tentang dokumen yang didakwa dari SPRM dan didedahkan dalam media sosial oleh seorang penulis blog terkemuka yang mendakwa siasatan rasmi sedang dijalankan serta terdapat kemungkinan Mohd. Nazlan melakukan kesalahan di bahawa Kanun Keseksaan.

Selain itu, katanya, timbul desas-desus dalam media sosial baru-baru ini yang mendakwa suami Ketua Hakim Negara merupakan ahli Bersatu dan tangkap layarhantaran individu tersebut yang menghentam Najib dan proses reformasinya tular dalam media sosial.

Sejak kes SRC International mula dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 4 Julai 2018, bekas Perdana Menteri, Najib Razak dilihat berdepan cabaran yang amat getir untuk membersihkan namanya daripada tiga tuduhan pecah amanah jenayah dan satu tuduhan salah guna kuasa berkaitan penyelewengan dana RM42 juta milik bekas anak syarikat 1MDB itu.

Setelah dirujuk ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 8 Ogos 2018 dan ditambah tiga lagi tuduhan pengubahan wang haram, kes itu mula memasuki perbicaraan pada 3 April 2019 selepas Mohd. Nazlan menolak permohonan Ahli Parlimen Pekan itu untuk mengisytiharkan tujuh pertuduhan terhadapnya sebagai rosak atau mempunyai kelemahan.

Proses berbicaraan yang bermula pada 3 Disember 2019 berakhir pada 11 Mac 2020 selepas 19 saksi memberi keterangan di mahkamah. Seterusnya, pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Najib bersalah atas semua tujuh pertuduhan.

Beliau dikenakan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta namun pada 19 Oktober 2020, Najib memfailkan rayuan yang dijadualkan berlangsung di Mahkamah Rayuan pada 5 April 2021.

Selepas prosiding rayuan selama 15 hari, pada 8 Disember 2021, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Mydin Meera sebulat suara mengekalkan sabitan serta hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Najib kemudian memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada hari yang sama. Pada 25 April lalu, bekas Presiden UMNO itu memfailkan petisyen rayuan memetik 94 perkara yang didakwanya sebagai kesilapan undang-undang dan fakta yang dibuat Mahkamah Rayuan dalam penghakimannya.

Mahkamah Persekutuan seterusnya menetapkan pendengaran untuk rayuan kes SRC International mulai 15 Ogos lalu hingga 26 Ogos ini.

Peguam diraja dari United Kingdom (UK), Jonathan James Laidlaw mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Mei lalu untuk mewakili Najib dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan. Walau bagaimanapun, pada 21 Julai lalu, permohonan peguam diraja UK itu ditolak.

Pada 10 Jun lalu, Najib memfailkan usul bagi mengemukakan bukti baharu untuk menunjukkan mengapa Mohd. Nazlan patut menarik diri atas konflik kepentingan serius yang melanggar haknya untuk mendapatkan perbicaraan yang adil. Beliau memohon supaya kes itu dibicarakan semula di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang lain.

Kemudian, pada 25 Julai lalu, Najib melantik firma guaman Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners sebagai peguam caranya untuk menggantikan Shafee & Co.

Pada 26 Julai lalu, peguam cara Najib yang baharu mengemukakan permohonan bertulis kepada Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan penangguhan rayuan yang dijadualkan bermula dalam masa tiga minggu dari tarikh tersebut. Namun, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan itu dalam jawapan bertulis dan ketika pengurusan kes tiga hari kemudian.

Pasukan Najib mengemukakan pada 15 Ogos lalu mengemukakan keterangan tambahan sebagai bukti baharu termasuk konflik kepentingan dan berat sebelah membabitkan Mohd. Nazlan yang tidak tidak disediakan kepada pihak pembelaan semasa perbicaraan.

Malangnya, pada 16 Ogos lalu, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara menolak permohonan Najib memasukkan bukti tambahan serta cubaan menangguhkan prosiding akhir rayuan berkaitan penyelewengan dana SRC International.

Dalam sidang media di lobi mahkamah pada hari yang sama, pasukan pembelaan Najib menyatakan bahawa mereka kecewa dengan keputusan yang dibacakan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Turut menyertai Tengku Maimun dalam panel lima hakim kes rayuan akhir SRC International ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan tiga hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohd. Zabidin Mohd. Diah.

Pada 18 Ogos, permohonan kedua Najib untuk menangguhkan rayuan tetap ditolak lima panel hakim. Sebelum itu, peguam utama Najib memohon supaya permintaan untuk menangguhkan kes itu dipertimbangkan.

Lebih mengejutkan, peguam utama Najib kemudian mengumumkan beliau menarik diri dari terus mewakili Najib atas alasan tidak bersedia bagi mewakili kes yang besar. Namun, mahkamah menolak permohonan itu atas alasan Najib tidak mempunyai peguam mewakilinya semasa prosiding akhir jika beliau menarik diri. Perkembangan terbaharu itu mencetuskan persoalan sama ada Najib sendiri yang akan membela dirinya tanpa diwakili peguam.

Sejak 16 Ogos , pemimpin-pemimpin kanan UMNO menyuarakan kebimbangan tentang kemungkinan Najib tidak diberi ruang sewajarnya untuk membuktikan beliau tidak bersalah. Mereka menegaskan, UMNO memandang berat pendedahan berkaitan Mohd. Nazlan atas tuduhan penglibatan beliau dalam penubuhan SRC International walhal beliau juga merupakan hakim yang menjatuhkan hukuman ke atas Najib.

Selain itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan baru-baru ini berkata, UMNO menuntut SPRM mengeluarkan kenyataan berkaitan satu dokumen yang telah tular dan didakwa kertas siasatan melibatkan Mohd. Nazlan. Beliau meminta SPRM tampil untuk mengesah atau menafikan laporan tersebut yang menyatakan bahawa hakim tersebut telah melakukan kesalahan.

Selain itu, bekas Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Hamidah Osman membuat laporan polis kelmarin berkaitan dakwaan melibatkan suami Tengku Maimun.

Beliau meminta polis menyiasat perkara tular di media sosial yang mendakwa suami Tengku Maimun merupakan pembenci Najib. Jika dakwaan itu benar, Hamidah berpandangan, Tengku Maimun perlu digugurkan atau menarik diri daripada mengetuai panel lima hakim dalam kes Najib.

Ketidakstabilan politik yang dialami Malaysia ketika ini telah menyebabkan pengaliran keluar pelaburan langsung asing dan domestik. Walaupun harga komoditi seperti sawit dan minyak melonjak naik, Malaysia masih terperangkap dalam situasi kemerosotan ekonomi yang serius.

Iklim politik yang tidak menentu ketika ini tidak boleh dibiarkan berpanjangan, lebih-lebih lagi dalam keadaan yang semakin tegang di peringkat global dan serantau. Dr. Mahathir turut didakwa mempunyai peranan dalam kebuntuan politik dan kemungkinan berlaku ketidakstabilan pada masa hadapan.

Anand berpandangan, semua situasi itu berlaku ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) semakin hampir.

“Walaupun berdepan kekangan dari segi undang-undang, Najib telah muncul sebagai tokoh berpengaruh yang menarik lebih ramai pengikut dalam kalangan pengundi luar bandar dan pinggir bandar.

“UMNO dijangka kembali semula memerintah negara dengan kemenangan besar, berdasarkan beberapa pilihan raya kecil (PRK) dan PRN yang dimenangi hasil keupayaan peribadinya menarik sokongan ramai,” jelasnya.

Pada masa yang sama, beliau mendakwa, Dr. Mahathir dan sekutu-sekutunya percaya bahawa hukuman penjara terhadap Najib memberi kelebihan politik yang sangat mereka perlukan.

“Prinsip keadilan untuk semua yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan menjadi persoalan. Sangat membimbangkan apabila Najib tidak menerima perbicaraan yang adil.

“Ia bukan sahaja memberi kesan buruk terhadap masa depan seorang individu, malah terhadap masa depan seluruh negara,” katanya. – MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2022 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
shida81 replied at 20-8-2022 09:00 AM
Ke da mati budak gemok tu... Kaboooommmmm

tak rasa dak debab tu mati lagi.. dia byk duit kan, bleh buat fake passport fake id kot, apa susah.. he above the law kann..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2022 10:29 PM | Show all posts
sicvitaest replied at 20-8-2022 01:06 PM
I ade check he posted on fb that he was happy Najib jatuh tu pun on 11.5.2018. Kan tu 2 hari lepas ...

pada tahun 2018, Hakim Maimun n shuben pon x tau bhw dia akan jadik salah sorang hakim yg akan dengor kes rayuan Bijan
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2022 10:37 PM | Show all posts
pengecatbintang replied at 21-8-2022 10:29 PM
pada tahun 2018, Hakim Maimun n shuben pon x tau bhw dia akan jadik salah sorang hakim yg akan den ...


Apa maksud Lokman Adam mengenai facebook suami Ketua Hakim Negara..

Tak perlu bersusah payah delete kerana ia telah disave dan di archivekan siarannya di dalam mesin masa Internet. Screen shot dan screen recording juga done dan disimpan dalam cloud.



maklumat facebook yg terbaru atau yang tahun 2018



Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2022 10:38 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 21-8-2022 06:42 AM

Suami kepada ketua hakim negara boleh buat rakaman video dalam mahkamah sewaktu kes najib sedang dibacarakan?

Ini mahkamah apa?



Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2022 10:40 PM | Show all posts
rashiman replied at 21-8-2022 10:37 PM
Apa maksud Lokman Adam mengenai facebook suami Ketua Hakim Negara..

5 hakim SEBULAT SUARA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2022 11:05 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.266916 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list