CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 992|Reply: 7

[Politik] MIC mahu bertanding di kerusi-kerusi parlimen UMNO. Kata buat apa buang masa dan duit kalau tidak boleh menang

  [Copy link]
Post time 18-8-2022 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by mojarean_X at 18-8-2022 01:52 PM

Presiden MIC SA Vigneswaran menghadiri Persidangan Perwakilan MIC Negeri Melaka lewat malam tadi. (Gambar Facebook)

MELAKA: MIC bercadang untuk bertanding di 12 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan perkara itu telah diserahkan kepada kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) untuk dipertimbangkan.

Presidennya, SA Vigneswaran berkata, cadangan berkenaan melibatkan bukan hanya kerusi tradisi MIC tetapi juga kawasan yang mempunyai peratusan tinggi untuk parti itu menang.

Kami ingin peluang bertanding … bermakna ada juga kesempatan untuk (meraih) kemenangan. Pasal apa kita nak buang duit, buang masa semua kalau kita tidak boleh bertanding, tidak boleh menang.

“Takkan kita hanya bertempur di Parlimen kita (kerusi tradisi MIC) sahaja … bagaimana dengan Parlimen-Parlimen Umno? Dalam urusan keluarga BN, saya pasti mereka akan mempertimbangkan hal ini,” katanya kepada pemberita pada Persidangan Perwakilan MIC Negeri Melaka lewat malam tadi.

Turut hadir, Timbalan Presiden MIC M Saravanan dan Pengerusi MIC Melaka VP Shanmugam.

Vigneswaran berkata, sebagai contoh, MIC sebelum ini menyerahkan Cameron Highlands, iaitu kerusi Parlimen tradisinya kepada Umno pada pilihan raya kecil 2019 untuk memastikan kemenangan BN.

Dalam pada itu, beliau berkata, MIC masih membincangkan kerusi DUN yang ingin ditandingi MIC dan senarai kerusi itu akan diserahkan kepada kepimpinan BN dalam masa terdekat.

Mengulas mengenai persediaan MIC bagi menghadapi PRU15, Vigneswaran berkata, jentera parti itu di peringkat cawangan dan negeri akan bergerak lebih agresif bagi memastikan kemenangan BN.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2022 03:19 PM | Show all posts
aper nk risau...duit hangus gitu janji kacau undi....sponsor byk kan...errr yayasan ader
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
butul tu anney..jangan kasi umno pijak lu punya kapala..kasi lawan
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 03:31 PM | Show all posts
Lu orang tau kata orang saja komen nee enna puthipaninggalar
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 04:08 PM | Show all posts
MIC sekarang nie mcm bewak hidup dlm BN, nak kerusi2 yg menang je....mitra tu abes duit kena sakau ngan puak nie
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 04:27 PM | Show all posts
MIC not relevan dah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2022 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Saoalah lah nak letak calon yg gerenti kalah
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Duit ditabur pun asal duit rakyat jugak kan? Aperderhal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.567653 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list