CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 757|Reply: 4

[Tempatan] Perlawanan akhir Piala FA JDT lawan Terengganu FC Serentak Dengan Konsert Dewa 19, Bukit Jalil Dijangka Sesak Teruk Pada 10 September

  [Copy link]
Post time 17-8-2022 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 18-8-2022 12:00 AM



Malaysian Football League (MFL) semalam mengumumkan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) telah dipilih sebagai venue perlawanan akhir Piala FA 2022 di antara Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 10 September ini jam 9.00 malam.

Penggunaan SNBJ mendapat kelulusan daripada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) hari ini selepas MFL serta pihak pengurusan TFC dan JDT telah membuat pemeriksaan teliti mengenai keadaan padang stadium itu bagi final edisi ke-32 Piala FA.

Bagaimanapun, timbul kebimbangan dalam kalangan penyokong untuk hadir ke kawasan tersebut kerana terdapat konsert kumpulan band popular dari Indonesia, Dewa 19 yang turut berlangsung serentak bersebelahan SNBJ iaitu di Axiata Arena.

Lebih 50,000 penyokong JDT dan Terengganu akan membanjiri SNBJ ditambah pula dengan kehadiran 10,000 peminat setia Dewa 19 yang pasti memerlukan kawalan keselamatan lebih ketat.

Situasi ini juga dijangka akan menyebabkan kesesakan teruk di kawasan sekitar Bukit Jalil kerana ia melibatkan perhimpunan puluhan ribu manusia yang mahu menyaksikan konsert tersebut dan juga perlawanan akhir Piala FA.

Malah, para penyokong JDT dan Terengganu yang tiba dari jauh terpaksa memikirkan alternatif lain untuk hadir di Stadium memandangkan kawasan tempat letak kereta mungkin akan penuh serta berdepan kenaikan harga ‘parking’ yang melampau.

Pengangkutan LRT menjadi pilihan terbaik bagi mengelakkan kesesakan luar biasa dan pihak MFL perlu memohon kepada Rapid KL lebih awal untuk melanjutkan tempoh operasi Stesen LRT Bukit Jalil sehingga jam 2 pagi pada tarikh tersebut.

Selain itu, para penyokong dinasihatkan membeli token perjalanan balik lebih awal sebelum masuk ke stadium, atau pun menggunakan kad Touch ‘n Go untuk memudahkan urusan.

Mengenai penjualan tiket final Piala FA 2022, MFL akan mengadakan perbincangan bersama pihak pengurusan TFC dan JDT terlebih dahulu sebelum hebahan dilakukan dalam waktu terdekat ini

Sumber twitter AFIQSHARI

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2022 12:32 AM | Show all posts
Tambahan 10k ja yang nak tengok konsert on top of 50k tengok bola

That place has seen more in the past. No issue lah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Jgn bertakung padang lg sudah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 08:46 AM | Show all posts
Hak masing-masing tapi lebih baik gi tgk bola daripada gi konsert artis dari seberang.. Bola perlawanan akhir Piala FA kemungkinan besar ada siaran langsung tapi konsert Dewa 19 tak ada siaran langsung..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 09:00 AM | Show all posts








inilah masanya... parking dekat IOI sana, Giant Market


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.050267 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list