CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4260|Reply: 76

[Jenayah] Orang Ramai Berang Lihat Motosikal Rempuh Pelajar Sekolah Melintas di hadapan sekolah [Amaran Video Ngeri]

  [Copy link]
Post time 17-8-2022 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 17-8-2022 11:47 PM

https://vt.tiktok.com/ZSRBREKqo/

Baru sahaja pelajar itu hendak melintas, sebuah motosikal telah datang dan merempuh pelajar tersebut

Sejak pagi tadi, tular di TikTok satu rakaman dashcam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan seorang pelajar sekolah di Senggarang, Batu Pahat, Johor.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Ct Nazela, kelihatan pelajar tersebut berada di tepi lampu isyarat di hadapan sekolahnya sambil menunggu lampu tersebut bertukar warna untuk melintas.

Mangsa hanya melintas selepas lampu pejalan kaki bertukar hijau

Malah dia turut dilihat menekan butang lampu isyarat untuk pejalan kaki kerana masih terdapat kereta yang lalu lalang di jalan raya tersebut.

Tidak lama kemudiannya, lampu pejalan kaki bertukar hijau dan seorang pengawal yang mengawal pergerakan lalu lintas di seberangnnya turut melambai-lambai ke arah pelajar itu menandakan jalan sudah selamat untuk dilintasi.

Motosikal langgar pelajar baru hendak melintas
Namun, siapa menyangka sebaik sahaja dia melangkah untuk melintas, muncul sebuah motosikal merempuh pelajar berkenaan serta mengheretnya.

Selain itu, turut kelihatan beberapa barangan bertebaran di atas jalan.

Meskipun belum ada maklumat rasmi tentang keadaan pelajar berkenaan, CT Nazeela di ruangan komen memaklumkan dari maklumat yang dia perolehi, kanak-kanak itu itu mengalami retak di bahagian kepala serta sedang menunggu keputusan doktor.

Semakan kami turut mendapati belum ada sebarang kenyataan dari pihak berkuasa berhubung insiden itu.

Beri pelbagai reaksi pada orang ramai yang terkejut serta marah dengan insiden tersebut
Perkongsian video itu membangkitkan kemarahan orang ramai di mana rata-rata merasakan mana-mana kenderaan tidak sepatutnya bergerak laju ketika berada di kawasan sekolah.

Sumber Ct Nazela tiktok




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2022 02:17 AM | Show all posts
Ayoyo dah besar dah, takkan tak Pandang kiri kanan.. Sakit ya amat terasa..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 02:57 AM From the mobile phone | Show all posts
malaysia ni memang gila..lampu pejalan kaki dah hijau, die lag pecut..bayangkan depan hospital pon mcm tu, kalau ade org sakit, berjalan pon slow, memang naya..saman je sampai tinggal spender, kurang ajar sgt
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
faraway1 replied at 18-8-2022 02:17 AM
Ayoyo dah besar dah, takkan tak Pandang kiri kanan.. Sakit ya amat terasa..

Ikutkan tu dah laluan murid sebab traffic tuk pejalan kaki dah hijau. Guard yg jaga traffic tu pun dah bagi signal boleh jalan. Sebab tu budak tu tak pandang Kiri kanan .
Yg salah bawak moto tu sebab langgar lampu merah and laju dikawasan sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
felinecat replied at 18-8-2022 02:57 AM
malaysia ni memang gila..lampu pejalan kaki dah hijau, die lag pecut..bayangkan depan hospital pon m ...

Betul tu ,pernah depan mata ai budak sekolah nyaris kena langgar mujur dia sempat break kaki dia. Banggang sangat moto tu pergi jalan jugak walaupun kereta semua dah stop. Dah la memang waktu budak balik sekolah
Ai kalau kat traffic laluan budak sekolah klau dah hijau pun pandang lagi Kiri kanan takut tetiba muncul budak sekolah lari lintas jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Selalunya begitu.lah kat mana mana pung kat mesia neh..
Lintasan zebra hanya hiasan..
Kalau kat traffic light yang ada lintasan zebra neh...moto2 akan dok kat belang2 tu...pastu pejalan kaki nak lalu mana? Celah2 moto.la....

Kesian.budak.ni...nak gi skola..dah kena.langgar moto bodo neh..
Iols harap penunggang moto tu tanggung la perubatan budak ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2022 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa nk salahkan budak tu....masyarakat kita ni betul2 otak tertinggal...tu kawasan sekolah..automatic yang memandu kenderaan patut perlahankan kenderaan dan berhati2 masa pandu kenderaan masing2...

Tapi kawasan sekolah la bg manusia2 otak tertinggal ni press lagi minyak...bawak laju...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawasan skolah bukan speed dlm 60 je ke?
Nampak laju nau moto nyaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2022 07:21 AM | Show all posts
Edited by faraway1 at 17-8-2022 06:24 PM
asfaz replied at 17-8-2022 06:00 PM
Ikutkan tu dah laluan murid sebab traffic tuk pejalan kaki dah hijau. Guard yg jaga traffic tu pun ...

Tak nampak pula semua apa you tulis ni.. Tu fikir camtu

Tapi kena ajar juga Pandang kiri kanan cam me pesan kat my daughter, jangan harap orang lain fikir pasal nyawa dia, dia bertanggungjawab sendiri..

Sekolah sini lagilah 30 km aje depan sekolah so memang slow even me pastikan diri sendiri laju memandu 30 atau kurang aje depan sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 07:52 AM | Show all posts
sekolah memandu tak ajar ke basic knowledge pasal ni? yang bawa kenderaan ni tak ada simpati ke tengok anak2 sebaya anak kita nak lintas jalan depan sekolah?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 08:07 AM | Show all posts
depan sekolah kena letak 3-4 bumper yang tinggi sikit, supaya orang-orang yang suka memecut laju kena slow lalu bumper ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 08:26 AM | Show all posts
mcm mana keadaan budak tu ... ??
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 08:29 AM | Show all posts
venom1 replied at 18-8-2022 07:52 AM
sekolah memandu tak ajar ke basic knowledge pasal ni? yang bawa kenderaan ni tak ada simpati ke teng ...

patut nya sebelum masuk sekolah memandu , sekolah menengah cikgu kena ajar perkara ni


aku bersyukur punya ustaz yg ajar aku semua ni,

dia cakap esok2 kalo korang ada lesen, memandu, kawasan sekolah hati2 la sikit, budak2 skolah tak fikir banyak.. korang yg dah pandai ni hati2 la,

selain kawsan sekolah, kawsan hospital pn bgi la laluan , mgkn ada orang dlm kecemasan,

waktu perayaan ambil extra precaution,  sebab ramai orang menggunakan jalan...


Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 08:30 AM | Show all posts
Biasalah third world mentality.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
faraway1 replied at 18-8-2022 02:17 AM
Ayoyo dah besar dah, takkan tak Pandang kiri kanan.. Sakit ya amat terasa..

Jangan la blame mangsa. Awak dah baca artikel tu keseluruhan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Sepatutnya kita ade empati dekat budak sekolah tu. Kita patut didik dan denda penungganh motorsikal rather than blame budak. Semoga adik cepat sembuh. Semoga penunnggang dikenakan penjara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2022 08:46 AM | Show all posts
dekat fb salahkan keta n budak
xde langsung salah motor sial tu
babi
motor mmg sentiasa betul ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang bawa moto mmg sejenis tak leh nk tgk kiri kanan eh bila kat jalan raya..selalu iols perasan mcm tu..
Kalau nk belok..belok aja..takde nk tgk kereta ke
Kita lak kena hati2 dgn motor..

Paling seram kalau nampak rider foodpanda/grabfood
Mata melilau tgk hp
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 08:49 AM | Show all posts
Harap ada keadilan buat bdk sekolah tu...
yg bengong xde lesen ke pemandu motor tu...ce check
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
kesian kat bdk tu. ape jadi ye, ok ke tak dia? iols tak tgk video baca summary je, takuttt.
dah nape plak nak salahkan bdk tu? sah2 lampu dah hijau dan guard pun lambai2 kat dia suh lintas (based on summary) yg celakanya moto tu la. bagusnya biar yg bwk moto tu meninggal.
sek rendah anak i dulu pun mcm tu, guard ada di dua2 belah jalan tggu bdk, cikgu lagi jaga jalan tp moto ni mmg hanat ye, mcm tak nmpk lampu tu merah tuk depa. lagi satu kat kwsn sek kan mmg kene slowdown 30km je. bodoh piang. last resort sek minta buat bonggol dua ketul both, baru la lega sikit.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.081182 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list