CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3595|Reply: 29

[Dunia] Ikea Shanghai diarah ‘dikurung’, pengunjung lari bertempiaran

  [Copy link]
Post time 17-8-2022 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
BEIJING – Pengunjung sebuah pusat beli-belah Ikea di Shanghai bertempiaran lari  keluar pada   Sabtu lalu selepas pihak berkuasa mengeluarkan arahan perintah berkurung terhadap bangunan berkenaan, lapor stesen penyiaran CNN.

Perintah itu dikeluarkan berikutan  seorang kontak rapat pesakit Covid-19 didapati berada di premis itu.

Berdasarkan beberapa rakaman  video yang dikongsikan di media sosial, orang ramai dilihat menjerit dan saling menolak antara satu sama lain ketika cuba melarikan diri dari bangunan tersebut sebelum pintu-pintunya ditutup.

Timbalan Pengarah Suruhanjaya Kesihatan Shanghai, Zhao Dandan berkata, pusat beli-belah itu dan kawasan sekitarnya ditutup dan dikawal ketat selama dua hari bagi mengekang jangkitan koronavirus.

Situasi itu  bermaksud  mereka yang berada di dalam perimeter berkenaan perlu menjalani prosedur kuarantin selama dua hari di sebuah kemudahan kerajaan dan melakukan pemantauan kesihatan selama lima hari.

Pusat beli-belah Ikea di daerah Xuhui itu ditutup sementara pada Ahad dan Isnin lalu sebagai mematuhi terhadap garis panduan pencegahan epidemik daripada pihak berkuasa.

Ia bagaimanapun telah dibuka semula semalam (Selasa), kata jabatan komunikasi Ikea China kepada CNN.

Pihak berkuasa bandar raya Shanghai melaporkan enam kes Covid-19 jangkitan tempatan kelmarin   dengan lima kes didapati  tidak bergejala.

Shanghai yang merupakan hab kewangan China dan mempunyai kira-kira 25 juta penduduk, dikenakan perintah berkurung selama dua bulan pada awal tahun ini.

Langkah itu mencetuskan kemarahan penduduk yang berdepan  kesukaran untuk mendapatkan barangan keperluan harian termasuk makanan dan ubat. – Agensi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2022 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
  gila betoi la negera leluhur ni. Buat malu kat cina jinjang je
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 09:16 AM | Show all posts
depa tak move on lagi ke ngan covid ni..tengok malaysia dah relax2 je buat perhimpunan sana sini...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Kasihan kepada pengunjung yang tak tahu apa2 tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Apsal cartoonish sgt diaorg ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
asudau replied at 17-8-2022 09:16 AM
depa tak move on lagi ke ngan covid ni..tengok malaysia dah relax2 je buat perhimpunan sana sini...: ...

sebab nk pru 15 kot tu yg semua SOP di relax kan agar politikus dan macai nk berkempen berarak ke hulu ke hilir utk pancing undi tak dikecam orgramai sebagai melanggar sop..

sok sok ni lepas pru 15 aku rasa mcm2 SOP tak masuk akal akan di buat ler demi nak kawal manusia oleh pemerintah yg kemaruk kuasa tuh  nanti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2022 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
teruk beno negara China handle kes cobid ye
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
asudau replied at 17-8-2022 09:16 AM
depa tak move on lagi ke ngan covid ni..tengok malaysia dah relax2 je buat perhimpunan sana sini...: ...

Pelik kannn.....

Sorang yg kena covid,dikurung beratus org....
Msia kes 5000 relax je.....hidup le dgn covid....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2022 10:02 AM | Show all posts
bayangkan kalau dorang kena kurung dalam tu..
entah apa rupa la ikea jadinya..
mesti ada yang cop nak katil bilik mana
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 10:20 AM | Show all posts
Hantar set2 Wumao tue gi Ikea Shanghai bior deme kena kurung dalam jamban sesama leluhur kebangga deme. Hiih
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku ada baca news feed ni kat FB.. pastu ada baca kat komen netizen bengang dgn headlines berita tu... dia ckp "tajuk tu cakap laa terang2 IKEA SHANGHAI.. tumbuk kang...  "

Headline tu mmg hanattt la..  clickbait sgt
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 10:45 AM | Show all posts
apo la kalut semacam, boleh pulak nak kurung orang dalam mall. ko register je la sapa yg ada tu, suruh balik umah kuarantin
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha dgn hantu pun tak takut camni
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 11:40 AM | Show all posts
Punya lah seriau dah kena kurung sampai bertempiaran lari.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 11:49 AM | Show all posts
Kesian mereka masih kena hadap benda macam tu lagi sedangkan banyak negara lain dah mula hidup macam biasa tampa apa2 larangan dan diskriminasi dah.  Jenis asyik nak kena spood feed apa tau.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 11:52 AM | Show all posts
jalfa replied at 17-8-2022 01:01 AM
gila betoi la negera leluhur ni. Buat malu kat cina jinjang je

bila la dia nak serang taiwan tu.
tu hari sembang perang siap main tembak tembak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2022 12:11 PM | Show all posts
China layan cina mcm binatang
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Sat2 tu jugak dia nak tutup siap dgn segala pengunjung sekali .
Aku rasa CCP nak koyakkan mental penduduk dia lah..so diorang bunuh diri ramai2..yang tak nak bunuh diri mati kebuluran.  Maklumlah ekonomi diorang diambang kehancuran katanya
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
okla tu dorang lari selamatkan dri dari dihantar ke penjara.. dorg lg tau apa yg berlaku

klu jadi kat sini mesti ramai jd robot taat pada tolol amri.

dah hilang dah pencinta2 china? china bagus strict dah xde kobodo sbb raykat berdisiplin dan buat lockdiwn abah ngko
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by AbukRokok at 17-8-2022 12:30 PM
reyust replied at 17-8-2022 12:11 PM
China layan cina mcm binatang


kurang2 raykat dia cuba selamatkn diri
klu kt sni pcayalah. dorg letak sorg ostak sblm ttup pintu sambil bagi dalil2... maka terpesonalah masing2 tunduk android menuju ke penjara

siapa cuba selamatkn diri akan diadu domba direport.. i down u must down with me
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:14 AM GMT+8 , Processed in 0.118308 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list