CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5988|Reply: 118

[Tempatan] Bahasa Cina sangat susah untuk dipelajari.Ada pelajar Melayu tertinggal pelajaran di SJKC disebabkan tidak kuasai bahasa Cina

  [Copy link]
Post time 17-8-2022 04:13 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 17-8-2022 04:15 AM

Sejak kebelakangan ini, lebih ramai ibu bapa memilih untuk menghantar anak mereka bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaaan Cina (SJKC). Selain menguasai bahasa Melayu dan Inggeris, pelajar Bumiputera juga dilihat semakin berminat untuk menguasai bahasa Cina.

Namun, sebagai pelajar Melayu yang tiada asas dalam mandarin, anak-anak perlu diperhatikan kemampuan mereka mempelajari bahasa Cina yang kebiasaannya dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah SJKC.

Seperti perkongsian seorang pengguna Facebook, Danial Arif, dia memberitahu hakikat sebenar bahawa bahasa Cina sangat susah untuk dipelajari kerana bahasa Cina itu sendiri susah.

Dia yang mempunyai pengalaman bersekolah di sekolah Cina sejak umur 5 tahun, memberitahu memang ada kes di mana pelajar Melayu ketinggalan dalam pelajaran kerana tidak menguasai bahasa Cina dengan baik.

Dia juga berkongsikan belajar di SJKC tidak semudah apa yang disangka kerana lambakan kerja sekolah tidak akan sama dengan mereka yang bersekolah di sekolah kebangsaan.

“Saya kongsi ini, tujuannya hanya nak kongsi pengalaman. Kalau anda ada anak yang sedang belajar di SJKC, post ini untuk anda. Kalau anda bercadang nak hantar anak belajar di SJKC, post ini juga untuk anda.

“Sekolah Cina ni susah. Sebab bahasa Cina tu sendiri susah. Tapi, saya berjaya kuasai bahasa Cina (percakapan) sebelum masuk darjah 1.

“Saya sendiri tengok ada anak-anak Melayu yang tertinggal dalam pelajaran masa di SJKC. Punca? Sebab tak dapat kuasai mandarin.

“Kenapa tak dapat memahami bahasa ini? Sebab tak ade ‘foundation’, mereka tak mula dari tadika. Tadika Melayu, tapi darjah 1 tiba-tiba masuk SJKC.

“Kalau nak hantar anak masuk ke SJKC, sila hantar mereka ke tadika Cina, mula dari umur 5 tahun,” katanya.

Kalau tak kuasai pembacaan, boleh gagal sebab buku teks dan kertas ujian dalam bahasa Cina

Selain menguasai percakapan, Danial menjelaskan bahawa cabaran kedua adalah membaca kerana tulisan Cina adalah rumit. Ditambah pula mereka tidak menggunakan abjad “ABCD”.

Biarpun dia sudah bersekolah di sekolah CIna sejak tadika lagi, namun dia hanya mampu skor C untuk subjek bahasa Cina (Pemahaman) disebabkan bahasa Cina yang rumit.

Sehingga hari ini dia masih tidak boleh membaca sepenuhnya bahasa mandarin tetapi boleh bercakap dengan lancar.

Dia juga mendedahkan hakikat sebenar di mana jika pelajar tidak boleh memahami tulisan Cina, ia akan membawa kepada masalah yang lebih besar kerana mata pelajaran yang diajar di sekolah-sekolah SJKC akan menggunakan bahasa Cina, termasuk buku teks dan kertas ujian.

“Tak pandai baca ni masalah besar sebenarnya. Sebab semua subjek lain (matematik & sains) buku teks dan kertas ujian ditulis dalam bahasa cina.

“Mudah cerita, pandai macam mana pun sains dan mathematic, tapi tak pandai baca

memang boleh ke laut lah. Sekolah Cina ni kerja sekolah dia bertimbun. Pengalaman saya, saya pernah tidur pukul 12 malam untuk siapkan kerja sekolah.

“Bayangkan struggle kerja sekolah banyak, lepas tu banyak perkataan yang saya tak pandai baca? Sesi pembelajaran sekolah Cina ni biasanya 3 sesi. Maksudnya akan ada 2 kali rehat, balik jam 2.30 macam tu.

“Maksudnya? Anda kena ada inisiatif untuk ajar anak anda bab agama. Kalau nak expect, petang-petang boleh pergi sekolah agama, susah sikit,” katanya lagi.

Dia juga menyarakan ibu bapa berbincang dengan anak-anak sama ada mereka mampu atau tidak untuk belajar di SJKC kerana jika tidak mampu sebaiknya keluarkan dari sekolah itu dan bersekolah di sekolah kebangsaan.


https://malaysiadateline.com/lelaki-melayu-kongsi-kepayahan-belajar-di-sjkc-boleh-gagal-jika-tak-pandai-baca-sebab-buku-teks-dalam-bahasa-cina/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2022 04:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Lemahhh


Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 05:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Sama la mcm masuk tahfiz. Ingat cukup ke pergi sekolah agama masa sekolah rendah dan hantar anak masa tingkatan 1. Persediaan dari umor 3 tahun kalau boleh.
Nak harapkan sekolah buat semua memang tak la jadinya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 06:21 AM | Show all posts
Lancaw..
Kulomm jangan tak kulommm...
Belajolaaa bahasa Cina nun...
Cerah maso depannya
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 06:28 AM | Show all posts
Buang je sjkc sjkt ni.. racism breeding ground since childhood.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 07:23 AM | Show all posts
Berbagai alasan...sapa suruh gi.. sekolah kebangsaan ada..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2022 07:25 AM | Show all posts
Radzor replied at 17-8-2022 06:28 AM
Buang je sjkc sjkt ni.. racism breeding ground since childhood.

sekolah arab tu tak racist juga ke./// fair and square..buang semua sekolah macam tu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu.maybe iya..balik.lewat
Now balik sama.je dgn skola kebangsaan...
Cuma.belajo awal.la...pkl 7.15 am dah start class...
Iols ada anak.skola.sjkc dan sk..
Sjkc kena struggle.sikit sebab math n sains bahasa cina...
Mmg.kena.peringat aje la.kalau tak tau tanya cikgu...iols.siap masukkan tuisyen utk dia..yang khas utk.sjkc..sebab bahasa cina mmg susah...
Anak iols yang sk...okay2 saja..iols.cuma.masukkan.dia.kumon jelah...selain.music class n silat..ah gitchuuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2022 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian kat anak.Apakah tujuan mak bapak hantar anak ke sekolah cina? Nak bereksperimen? Alasan yang boleh terima adalah jika sekolah kebangsaan jauh dan sekolah cina ni dekat sebelah rumah,jiran kau semua cina dan anak sudah ada kawan cina sejak kecik.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Time belajar patut fun fun..patut ramai murid skrg psiko terpaksa menurut kehendak mak pak yg gila
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu anak iols tadika cina..ada juga terdetik nak smbg ke skjc..
Tp memandangkan skjc tu jauh sikit dr rumah..
Plus masalah transportation.. iols hantar je ke sk..
Senang nak uruskan.

Yang mana sanggup nak hantar ke sjkc, teruskan..
Iols tak sanggup
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke nk masuk sjkc minimum requirement kena tau mandarin? Bukan senang2 register sjkc gitu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Darjah 1&2 tu boleh lagi kalau budak slow sikit. Masuk darjah 3 kalau slow jugak tak payah buang masa tukar je lah ke SK. Nak jagak hantar sek cina, sila keluar duit lebih untuk tuisyen anak².
Now, budak² cina pun majority 1st language diorg english dekat rumah. Parents hantar sjkc nak ank tau lah bahasa ibunda. Cikgu anak i yang bagitau masa perjumpaan haritu. English score cemerlang, bhs cina teruk result diorg.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 08:00 AM | Show all posts
nak hantar sjkc mak pak tak erti cakap cina?
harus ada tutor yachhhhhh
kawan iols dengan dia sekali belajar di rumah
takut anak2 carut heshe guna bahasa sencuang itu
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 08:10 AM | Show all posts
budak cina sendiri masa SPM, drop subjek ni sbb susah nk dpt A.. yg terbaik ari tu C4 je.
kalo nak belajar utk komunikasi, amik kelas bhsa mandarin je..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 08:13 AM | Show all posts
untuk kursus perofessional tertiary education - apayg i lihat kuasai BM and BI lebih penting. Mandarin you nak buat dia3rd language is OK. apa yg i tengok depan mata ialah bila MUETscore 3 ke bawah ,  your children are at risk, struggling bila nak baca materials dalam BI and menulis reports . so  , tak payah terlalu obsess, kalau bebetul nak kuasai mandarin labur duit dalam kelas kelas bahasa , atau bawa anak tu belajar any bahasa kalau nak kuasai bahasa tu sejak kecil , i.e umur 1 - 6 thn.

so, tak perlu terlalu obses.  daripada segi silibus - i am sure ibu ayah generasi x  dan sebelumnya kebanyakannya lulusan universiti  and tahu pun sikit sikit apa yg anak depa pelajari, yg beza mungkin istilah tapi konsep sama je.  
macam thread maths tu, terlalu havoc walhal nak ajaq number bonding , guna konsep bundar , takkan zaman darjah 1 - 4 tak tahu konsep ni kot? unless mod maths dia P7.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2022 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Susah la belajar mandarin walaupun level tadika 4 tahun .. I antar anak tadika yg tekankan trilingual, ajar anak membaca ikut tulisan rumi bawah tulisan mandarin tu tapi bila anak tanya psl cerita tu langsung i tak tau...buku budak tadika kan bergambar, pun i tak mampu nak explain sbb tak faham

Kawan i dah bagi ctc no personal tutor..nampak gaya dgn i sekali kena belajar menulis & membaca mandarin kalau betul2 nak anak masuk SJKC...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
sk yang bahasa arab tu boleh tukar bahasa mandarin or tamil or iban.

kumpul nama yang berminat, bagi pibg uruskan dengan pihak sekolah. sekolah tak layan, gi ppd or jpn.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 10:16 AM | Show all posts
Bahasa OA weols takde pun sekolah vernakular? Mana sains dan matematik dalam bahasa suku kaum OA? Weols neh terpaksa bodo jer belajar guna bahasa ngkorang. Korang hengat senang ker?
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 10:20 AM | Show all posts
akies replied at 17-8-2022 07:46 AM
Dulu anak iols tadika cina..ada juga terdetik nak smbg ke skjc..
Tp memandangkan skjc tu jauh sikit  ...

cousin iolss hantar anak2 dia g tadika cina. haritu anak dia ada homework, mintak tolong dia ajar.
skali tgk dalam mandrin. garu kepala cousin iolss tu.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.084075 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list