CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5828|Reply: 63

[Tempatan] Cukuplah... saya sudah sedar haram ubah ciptaan Allah

  [Copy link]
Post time 16-8-2022 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Setia Alam: "Saya kini sudah sedar haram hukumnya mengubah ciptaan Allah jadi cukuplah setakat ini," kata pemilik salun kecantikan dikenali Danny.

Danny, 35, adalah lelaki yang obses dengan kecantikan dan buktinya, dia sudah melakukan lebih 10 kali pembedahan kosmetik pada bahagian wajahnya membabitkan anggaran kos hampir RM300,000.

Antara bahagian wajah berkenaan termasuklah dagu yang membabitkan kos RM6,000, kelopak mata (sekali pembedahan dengan kos RM8,000) dan paling banyak dilakukan adalah hidung dengan tujuh kali pembedahan (kira-kira RM200,000).

Itu belum termasuk rawatan tanam benang (threadlifting) bernilai RM10,000 dan 'crown' gigi yang menelan belanja mencecah RM28,000.

"Kali pertama saya melakukan pembedahan kosmetik adalah pada 2006 iaitu berusia 19 tahun. Takut dan gementar itu ada, namun saya bekerja di salun dan dikelilingi orang cantik. Maka, memang ada keinginan nak jadi lebih cantik dan sempurna.

"Oleh kerana itu, saya beranikan diri buat pembedahan pertama pada bahagian dagu di sebuah klinik kecantikan di Kuala Lumpur dan gembira dengan hasilnya," katanya ketika ditemui Harian Metro dekat sebuah kafe, di sini.

Mengaku tidak puas dengan paras rupa yang ada, Danny lakukan lagi pembedahan kosmetik di bahagian hidungnya pada tahun yang sama (2006).

Katanya, dia juga sanggup bekerja keras dan mengumpul wang asalkan impiannya melakukan pembedahan kosmestik tercapai.

"Jika dikira kos dibelanjakan, memang boleh membeli sebuah rumah tetapi saya jenis manusia yang tamak dengan kecantikan ketika itu, jadi tidak fikir soal itu.

"Ikutkan emak menentang keras dan saya percaya tiada ibu yang menyokong anaknya mengubah ciptaan Allah. Adik beradik juga ada nasihatkan tetapi saya teruskan juga," katanya.

Danny berkata, kesemua pembedahan dijalankan berjalan dengan baik malah dia gembira setiap kali melihat hasilnya.

Ditakdirkan, salah satu prosedur dijalankan pada tahun lalu mengakibatkan kecacatan pada hidung dan bertitik tolak daripada situ, timbul keinsafan dalam dirinya untuk berhenti mengubah bentuk wajah.

"Hasil pembedahan itu tidak seperti yang diharapkan dan akibat kecacatan dialami, saya mengalami kemurungan selama setahun enam bulan.

"Badan jadi gemuk, muka bertukar gelap dan saya jadi orang yang lain malah tidak aktif di laman sosial. Lebih menyedihkan apabila lima doktor pakar di lima hospital dekat Bangkok menolak untuk merawat saya kerana enggan mengambil risiko.

"Menangis juga saya ketika itu kerana memikirkan harapan untuk pulihkan hidung sudah musnah namun bernasib baik kerana ada pakar di Hospital Yanhee dekat Bangkok, Thailand sanggup membantu kerana kasihankan saya walaupun pada awalnya dia juga enggan lakukannya.

"Ia (pembedahan) menelan kos hampir RM30,000. Alhamdulillah, pembedahan pada Jun lalu berjaya malah doktor berkenaan juga tidak menyangka dia boleh lakukan dengan sempurna," katanya.

Menurut Danny, dia sedar kesilapannya namun tidak kesal dengan apa yang dilalui kerana menganggapnya sebagai pengalaman mematangkannya dalam hidup.

"Sejak kecil lagi saya sukakan kecantikan dan kesempurnaan, jadi tidak kesal cuma sudah taubat serta enggan lakukan pembedahan kosmetik lagi.

"Cukuplah kini saya menjaga wajah dengan memakai produk kecantikan saja. Saya nasihatkan orang di luar sana, sebaiknya rujuk dan lakukan pembedahan dengan doktor bertauliah.

"Bagi yang sudah cantik pula, jangan buat (pembedahan kosmetik). Terima diri dan ciptaan Allah seadanya," katanya.

https://www.hmetro.com.my/utama/2022/08/872255/cukuplah-saya-sudah-sedar-haram-ubah-ciptaan-allah

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2022 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Terserlah vibe kelempok.


Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 11:07 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la dah insaf
Taubat xbuat dah ye
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 11:45 PM | Show all posts
Mamat ni kot yang gaduh dengan anjuling. Kelakar hokay video dia serang doctor kat klinik. Terkepit2 suara mak menjerit.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat kawan auntie i buat hidung tp benang kat hidung belum dissolve lg... terlupa touchup fondesen tebal, nampak benang terjojol dr hidung.. auntie i ngeri sampai hari ni trauma tengok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2022 01:27 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
apalancut replied at 17-8-2022 01:27 AM

Dari rennovate muka lebih baik heols buat treatment muka yg permukaan kasar, berbatu dan berkawah.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2022 02:25 AM | Show all posts
..dah tak balance dengan telinga dia yang dah kelihatan macam more prominent pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 04:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Nk jual produk ape ni mat

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 05:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyaknya duit
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 07:19 AM | Show all posts
Buat kat doktor tak bertauliah baru rasa nak menyesal..tapi macam sesuatu saja video tu...berbau promosi
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
..gambar ori masa kecik ada tak? Before n after pics
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 08:09 AM | Show all posts
i ada kawan lelaki yang buat benda2 bodoh ni masa muda dia
dan dia dah insop
but too late keinsopan tak dapat nak kembalikan wajah asli dia
dah macam rosmah pun ada gak sekali sekali tgk
alhamdulillah tak pernah terpengaruh walaupun setakat nak tegangkan kulit or suntik2 filler ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 08:14 AM | Show all posts
hmmm...simple - taubat je lah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam tu dikatakan cantik?????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2022 08:32 AM | Show all posts

thanks tepek video.. ya rabbi.. dengan kening tatu nya, dengan kelempuk nya...

dia ni dah byk repair pun masih tak menjadi ekkk...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 08:40 AM | Show all posts
tak ckup ilmu di dada kau ni.. nk betul2 cucuk ni p laa berguru dgn bamjat, kalau sekadar 30k jerrrrr kau spend mmg gitu lahh jadinya. ehh tiberrr laah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 08:40 AM | Show all posts
Dah renovate harga macam sebiji rumah pon tehtap lah nan hadooo muka kau dik non oi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 08:49 AM | Show all posts
Taknah minat ubah ciptaan Allah.. Kalau ubah ciptaan manusia boleh la..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.426001 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list