View: 1760|Reply: 28
|
[Tempatan]
Saya terkejut dan kecewa dengan keputusan mahkamah – Najib
[Copy link]
|
|
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bercakap pada sidang media selepas menghadiri prosiding kes rayuan akhirnya berkaitan sabitan dan hukuman penjara penyewelengan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 16 OGOS 2022
PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Razak kecewa dan terkejut dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonannya memasukan bukti berkaitan hakim, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Kata bekas Perdana Menteri itu, permohonan beliau untuk memasukan bukti tentang kedudukan Mohd Nazlan dalam Kumpulan Maybank sebelum ini sememangnya mempunyai konflik kepentingan cukup besar.Saya terkejut. Saya kecewa dengan keputusan Mahkamah yang tidak membenarkan saya memasukan bukti baharu yang saya sesungguhnya percaya hakim Mohd Nazlan mempunyai konflik kepentingan yang tinggi.
“Beliau pastinya mempunyai pengetahuan peribadi yang dalam tentang semua transaksi berkaitan dana 1MDB dan juga SRC selain penyiasatan berkaitan penglibatan beliau dalam Maybank oleh SPRM,” katanya kepada pemberita di lobi mahkamah, hari ini.
Najib berkata demikian selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya untuk memasukan bukti tambahan berkaitan Mohd Naz lanmenerusi rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International.
Mohd Nazlan adalah hakim Mahkamah Tinggi (kini Hakim Mahkamah Rayuan) yang mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram dana SRC dan memerintahkannya dipenjara 12 tahun serta didenda RM210 juta pada 28 Julai 2020.Mahkamah turut menolak permohonan Najib untuk menangguhkan prosiding akhir rayuannya antara tiga hingga empat bulan bagi membolehkan barisan peguam baharu yang dilantik itu bersedia dengan hujahan lebih baik.
Dalam pada itu, Najib masih bersemangat untuk terus melawan semua dakwaan itu walaupun semua permohonan beliau ditolak.
“Saya berakhir pada akhir prosiding rayuan saya kelak, kebenaran itu akan terbukti juga,” ujarnya. – MalaysiaGazette |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
jadi ke dia ni masuk bamboo river.. mcm tak je
kalo masuk pun 2-3 bulan
a slap in the wrist kata org jowo |
|
|
|
|
|
|
|
Dah sampai mahkamah persekutuan dah dek.., dari mahkamah tinggi/rayuan takkanlah takleh prepare emosi lagi. Duk terkejut terkejut apooooo????? |
|
|
|
|
|
|
|
Loyar pun rasa tak sihat. Dengan rendah hati mintak tangguh. Buat muka kucing sembelit. Kalau marhaen keje swasta rasa tak sihat, sekejap sakit kat situ, sakit kat sini. Tak pasal2 kena buang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kak-Rohana replied at 16-8-2022 08:49 PM
Dah sampai mahkamah persekutuan dah dek.., dari mahkamah tinggi/rayuan takkanlah takleh prepare emos ...
Kat fb tak pernah terkejut.
Ex laki sallywho masih follow bontot tokjib ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
benda x relevan mcm mana mahkamah nak terima. mcm pendakwaraya ckpla - so what kl nazlan penah kerja maybank? |
|
|
|
|
|
|
|
konon2 nk bg kejutan tukar lawyer last minit yg x ready minta tangguh dan kononnyaada bukti baru sekali sendiri terkejut, hahaha, good try jib |
|
|
|
|
|
|
|
Fakta itu dibuktikan atau tidak brgantung kpd keterangan.
Utk mengemukakan keterangan hendaklah didlam Mhkmh bicara bukn mhkmh rayuan.
Untuk mengemukakan keterangan baru dimhkmh rayuan ada prinsip pengecualiannya iaitu -
a. Keterangan itu tiada semasa perbicaraan
b. Relevan
c. Kredibel dan boleh di percayai
d. Boleh merubah keputusan kes jika diterima masuk.
Suatu fakta itu dikatakan dibuktikan apa bila setelah menimbangkan perkara di depannya, mhkmh samada percaya ianya ada atau berdapatan kebarangkalian ianya ada dimana orang yang cerdik (prudent) patut dalam keadaan kes itu, bertindak atas jangkaan ianya ada.
disclaimer: cedok dari facebook
|
|
|
|
|
|
|
|
tahun ni sambut merdeka saya nak pacak tiang kibarkan jalur gemilang tinggi tinggi.. |
|
|
|
|
|
|
|
just go on with the proceedings la. ape lg najib oi. org dah makin menyampah je. seriously dgn peguam2 pun geli nengoknya. |
|
|
|
|
|
|
|
ladybugz replied at 16-8-2022 09:33 PM
just go on with the proceedings la. ape lg najib oi. org dah makin menyampah je. seriously dgn pegua ...
Peguam pun tak sihat
|
|
|
|
|
|
|
|
so takde lagi la hujah hujah bernas economy ala sembang babi terbang d fb lepas ni lah ye MALU apa boskur my foot |
|
|
|
|
|
|
|
Opocot terkejut.. |
|
|
|
|
|
|
|
kelana36 replied at 16-8-2022 09:29 PM
tahun ni sambut merdeka saya nak pacak tiang kibarkan jalur gemilang tinggi tinggi..
Macam mana kalau pok jib yg merdeka.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ely suriaty yg nangis2 side bossku tak nak bg komen ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|