View: 2323|Reply: 39
|
[Politik]
Syed Saddiq menari bersama Namewee dalam muzik video Katak
[Copy link]
|
|
Tangkap layar muzik video Syed Saddiq menari bersama Namewee
KUALA LUMPUR – Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman muncul dalam muzik video penyanyi rap yang juga pengarah filem kontroversi Namewee.
Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Muar kelihatan dalam beberapa adegan termasuk menari bersama-sama Namewee dalam video yang memaparkan lagu bertajuk ‘Katak’.
Dalam adegen pertama iaitu pada minit ke 2:59 hingga 3:02 Syed Saddiq berada di dalam sebuah kedai makan dan ketika itu muncul tujuh lelaki lengkap bersut hitam dan bertali leher.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu kemudiannya memandang lelaki-lelaki itu dengan rasa hairan.
Syed Saddiq muncul lagi dan kali ini dia menari bersama-sama tujuh lelaki terbabit.
Ahli Parlimen Muar itu muncul bersama-sama dengan Namewee pada minit ke 3:06 hingga minit 3:08 dan 3:12 hingga 3:14.
Dalam adengan itu, Syed Saddiq menari dengan rancak di samping Namewee.Ahli Parlimen Muar itu muncul semula pada akhir video dengan menyampaikan ucapan bertemakan katak.
“Katak adalah haiwan yang dilindungi di Malaysia. Mereka mempunyai IQ yang sangat tinggi. Sangat pandai melompat. Mempunyai banyak kolagen.
“Dan yang paling penting mereka ini mahal, kaya. Di bawah jagaan negara kita selama bertahun-tahun, katak mengawan tanpa henti. Membiak dengan cepat. Dan bilangannya semakin meningkat.
“Semua orang mesti akui di Malaysia katak adalah khazanah negara kita. Sila ikut saya dengan melaungkan slogan hidup katak! Hidup katak! Hidup katak!” kata Syed Saddiq.
Muzik video tersebut yang dimuat naik sejak 12 Ogos lalu dipercayai ditujukan kepada ahli-ahli politik yang ‘melompat’ parti.
Namewee yang merupakan anak Johor pernah mengarahkan filem bertajuk Babi.
Bagaimanapun, beberapa pihak mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap beliau kerana mendakwa filem yang ditayangkan di luar negara itu didakwa mencalarkan imej serta maruah negara.
Poster filem Babi
Filem Babi yang ditayangkan di Taiwan pada 20 November 2020 itu berkisarkan kejadian keganasan dan rusuhan kaum yang berlaku di sebuah sekolah menengah terletak di selatan Malaysia.
Babi mencetuskan kontroversi selepas poster filem itu mengandungi perkataan ‘Melayu Bodoh’, ‘India Keling’ dan ‘Cina Babi’. – MalaysiaGazette |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-8-2022 09:58 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Ketahikan apakah ini???. next.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dia la terpaling segalanya |
|
|
|
|
|
|
|
gila mencapub betul sodok ni ye, dulu masa jd menteri ada gi meletop kan? pastu ajak dj retis main kat office jugak. tah pape. |
|
|
|
|
|
|
|
Merentan mamat ni..mat sakau kuli kilir....dia lupa dia pon menyakau duit armada. Dah g tgk kat yutiub vc ni...ramai yg memuji muji luar kotak la...patut dpt datukship la...x lucu lansung part sadik tu |
|
|
|
|
|
|
|
Mengata diri sendiri katak ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
DAP sayang barua macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
Sendunya location MV tu... berjaya times square, lalaport |
|
|
|
|
|
|
|
Melayu bodoh.....
Jd tunggangan DAP |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian. Said sodok terpaksa ambik job sodeyh slps hilang duit dlm peti besi. Tu la, buat keje x clean lagi, habis content wasap ko sprm baca wakakaka |
|
|
|
|
|
|
|
Seks sadiki ni x abih sekolah...sbb tu sewel cum bodoh |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg kesian mamat ni try hard sgt.mesti seram nak pru.bersungguh sunguh isu lcs .sehari aje dah brp posting. |
|
|
|
|
|
|
|
jangan bertanding di Muar next PRU ya. |
|
|
|
|
|
|
|
syed, dont associate yourself with pork eaters |
|
|
|
|
|
|
| |
|