CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 758|Reply: 5

[Tempatan] Najib mungkin tidak tahu jika bukan kerana surat misteri – Hisyam

  [Copy link]
Post time 15-8-2022 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by mojarean_X at 15-8-2022 08:50 PM

Peguam, Hisyam Teh Poh Teik hadir ke Mahkamah Persekutuan pada hari pertama prosiding rayuan akhir yang melibatkan anak guamnnya, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 15 OGOS 2022.



PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan, di sini, diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak tahu tentang penglibatan hakim Datuk Mohd Nazlan Ghazali dalam penubuhan SRC International.

Peguam baru yang mewakili Najib , Hisyam Teh Poh Teik berkata, antara keterangan tambahan yang dibenar dikemukakan sebagai bukti baharu termasuk konflik kepentingan dan berat sebelah membabitkan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang tidak tidak disediakan kepada pihak pembelaan semasa perbicaraan.

Katanya, bagaimanapun, surat tanpa nama telah dihantar kepada Najib di kediamaan antara 9 Mei dan 7 Julai yang mana ia memberi pencerahan kepada pasukan pembelaan Najib tentang kaitan Mohd Nazlan dengan SRC.

Tambah beliau, Najib yang pernah menjadi Menteri Kewangan tidak mengetahui tentang dakwaan bahawa Nazlan tahu dan terlibat dengan penubuhan SRC melalui jawatannya sebagai peguam di Maybank Investment.

“Adalah sungguh wajar siasatan terhadap Mohd Nazlan yang kini (menjadi) Hakim Mahkamah Rayuan selesai dijalankan sebelum rayuan akhir didengar dan diputuskan Mahkamah Persekutuan ketika ini. Wajar untuk menangguhkan sehingga siasatan ke atas Mohd Nazlan selesai.

“Mahkamah Persekutuan juga boleh meminta rekod siasatan dan melihat sendiri keterangan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

Hari ini, pasukan pembelaan memohon panel hakim yang bersidang yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menerima tujuh set dokumen.

Antara dokumen itu ialah Viva voce (keterangan lisan) beberapa pihak termasuk Pengawai Penyiasat SPRM, Rosli Hussein berkaitan siasatan kes SRC; Ketua Bahagian Pengubahan Wang Haram (AMLA) SPRM, Mohamad Zamri Zainul Abidin; Pegawai bahagian AMLA SPRM, Asrul Ridzuan Ahmad Rustami dan Penolong Pegawai Penyiasat SPRM, Noor Syazana Kamin.

Selain itu, minit-minit mesyuarat Maybank bertarikh 7 Mac 2012, Minit Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah Maybank tahun Kewangan 2012, Surat pelaburan Maybank Investment kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), laporan berita Malaysia Today bertarikh 14 Mac 2022 dan Minit mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bertarikh 6 September 2010 diterima.

Mahkamah turut menerima salinan e-mel bertarikh 5 dan 10 Februari 2015, surat daripada Kaunsel Maybank kepada Ahli Lembaga Pengarah bertarikh 10 Februari 2015 beserta Memorandum Maybank bertarikh 10 Februari 2015, Minit mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 1MDB bertarikh 5 April 2010 dan salinan penyata akaun AmIslamic Bank selain afidavit  sokongan yang telah dipinda bertarikh 15 Julai 2022.

Pada 28 Julai 2020, Najib yang merupakan bekas Perdana Menteri didapati bersalah menyeleweng dana SRC sebanyak RM42 juta dan dijatuhkan hukuman hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta oleh Mohd Nazlan.

Ketika ditanya pemberita terdapat kemungkinan perbicaraan semula dilakukan, Hisyam yang ditemui di luar mahkamah berkata, ia boleh berlaku.

Beliau yang ditanya mengenai penarikan diri jika tidak diberi  penangguhan berkata, pihaknya akan melihat perkembangan kes itu sebelum keputusan.

Prosiding bersambung. – MalaysiaGazette

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2022 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Teh Boh Taik tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 09:14 PM | Show all posts
perghhh drama dia,
nampaknya memang bersalah la tu , the only way now, cari jalan untuk disqualify hakim, perbicaraan semula,slim chance untuk menang tapi boleh tangguh tangguh sampai 3 tahun lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 12:09 AM | Show all posts
bagus

bicara semula secara adil

keputusan bakal berubah dan bossku akan dibebaskan

#najib4PM10
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2022 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 16-8-2022 12:09 AM
bagus

bicara semula secara adil

Nanti pak mael sentap tgk # bang kem kt bawah tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 12:15 AM | Show all posts
mojarean_X replied at 16-8-2022 12:11 AM
Nanti pak mael sentap tgk # bang kem kt bawah tu

takpe kalau sape2 sentap

tak salah kalau bangkem mengharap

sebab najib adalah PM terbaik yang malaysia pernah ada
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.176864 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list