CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 755|Reply: 7

[Tempatan] Bekas pengurus besar syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) didakwa terima rasuah

[Copy link]
Post time 15-8-2022 06:23 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 15-8-2022 02:24 AM

Bekas pengurus besar AKSB didakwa terima rasuah


WAN Mohd. Zamri W. Ismail (kiri) bersama Ahmad Adha selepas membayar ikat jamin sebanyak RM7,000 yang ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan hari ini. Foto/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN


  • Oleh YATIMIN ABDULLAH
  • 14 Ogos 2022, 2:07 pm















KOTA BHARU: Bekas pengurus besar syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah  RM10,000 bagi melantik sebuah syarikat lain  sebagai sub kontraktor.

Wan Mohd. Zamri W. Ismail,61,  mengaku tidak bersalah atas pertuduhan terhadapnya yang dibacakan di hadapan Hakim Zaman Mohd. Noor.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa secara rasuah menerima wang sebanyak RM10,000 daripada Ng Te Wei,44, melalui satu cek bertarikh 21 Januari 2015 yang dikreditkan ke dalam akaun sebuah bank milik  Zamri.

Suapan itu sebagai dorongan membantu syarikat Zog Technology Sdn. Bhd. dilantik sebagai sub kontraktor untuk  kerja-kerja mereka bentuk, membina, menyiapkan, menguji lari, mentauliah kerja-kerja mekanikal termasuk elektrikal dan kerja-kerja berkaitan (reka dan bina) untuk Skim Bekalan Air Merbau Chondong Fasa II, Pakej I Machang di sini.

Kesalahan dilakukan  di sebuah bank di Jalan Mahmood di sini pada 22 Januari 2015.

Selain itu, tertuduh turut didakwa mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah seksyen 24 (1) akta yang sama.
Penjara
Seksyen tersebut memperuntukan hukuman penjara  tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mariah Omar manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Adha Amir Yasser.

Terdahulu, Mariah menawarkan jaminan  RM15,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah, melapor diri ke pejabat SPRM dan balai polis berdekatan tempat tinggalnya setiap bulan.

Bagaimanapun, Ahmad Adha dalam rayuannya memohon jaminan  rendah  kerana Zamri sudah tidak bekerja selepas ditamatkan kontrak sebagai perunding atau konsultan Syarikat Air Johor Sdn. Bhd. sejurus ditahan reman berkait kes tersebut pada tahun lalu.

Menurutnya, tertuduh mempunyai lapan anak yang berusia 19 hingga 37 tahun selain menyara tujuh daripada 15 orang cucunya.

Selain itu, katanya, Zamri juga mempunyai pelbagai masalah kesihatan yang serius antaranya masalah buah pinggang kronik dan jantung bengkak yang menyebabkan degupan kuat sehingga rasa berdebar.

“Tertuduh tinggal dan membesar di Kota Bharu akan terus memberi kerjasama kepada pihak mahkamah sepanjang prosiding perbicaraan. Tertuduh juga berhasrat mahu membersihkan namanya dalam kes ini,” katanya.

Mahkamah membenarkan jaminan  RM7,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan iaitu pasport diserahkan kepada mahkamah, perlu melapor diri di pejabat SPRM dan balai polis pada setiap 1 hari bulan.

Mahkamah turut menetapkan 28 September depan untuk sebutan semula kes dan tertuduh membayar jaminan yang ditetapkan.

Utusan Malaysia sebelum ini  melaporkan, tiga individu termasuk seorang bekas pengurus besar dan seorang pegawai syarikat AKSB direman pada 9 Julai lalu selepas dipercayai terlibat dalam kes ra­suah membabitkan projek lebih RM27 juta.-UTUSAN





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2022 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow
Patut la dpt air teh tarik.
Kalau tak amek rasuah..sure dpt air spritzer
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 06:57 PM | Show all posts
Takkanlah di bumi ulamak ni ada orang terlibat rasuah...


Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
mu kecek supo lagu musuh isele. kerajae isele sifar rasuah hoccay
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahaiiii bilis je kena... rm10k???
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 02:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Sara tujuh cucu? Mak bapak buat apa?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2022 03:09 AM | Show all posts
macam biasa.. bilis2.. mmg senang kena tangkap dan didakwa.. jerung dengan paus perbicaraan tak habis2.. banya twist dan drama plak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 10:18 AM | Show all posts
sharlenetexas replied at 16-8-2022 02:34 AM
Sara tujuh cucu? Mak bapak buat apa?

maybe sara dlm konteks ni is bg allowance setiap bln kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.095318 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list