CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 664|Reply: 2

Aktivis Simen Lubang Golf Tak Puas Hati Dikecualikan Larangan Pembaziran Air

[Copy link]
Post time 15-8-2022 06:14 PM | Show all posts |Read mode
Aktivis iklim yang bekerjasama dengan pertubuhan alam sekitar, Extinction Rebellion menyimen lubang-lubang golf di Perancis sebagai tanda protes apabila padang golf dikecualikan daripada larangan pembaziran air semasa Perancis dilanda kemarau paling buruk dalam sejarah, lapor akhbar New York Post semalam.








Kerajaan Perancis mengarahkan rakyat mengelak menggunakan air untuk aktiviti tidak penting seperti mencuci kereta dan menyiram tanaman.


Bagaimanapun, aktivis-aktivis mengadu bahawa padang-padang golf dibenarkan untuk menyiram rumput.













Bantahan itu dilakukan di kelab golf Vieille-Toulouse dan Garonne des Sept Deniers.


“Padang golf tanpa rumput adalah seperti gelanggang ais tanpa ais,” kata Gerard Rougier daripada Persekutuan Golf Perancis ketika mengulas pengecualian itu kepada laman berita France Info.


Extinction Rebellion menyiarkan gambar di laman Twitter menunjukkan lubang-lubang golf diletakkan simen dan papan tanda bertulis ‘Lubang ini ‘meminum’ 277,000 liter air. Adakah anda minum sebanyak itu? #Hentikan Golf’.









Twitter Extinction Rebellion




“Kegilaan ekonomi lebih diutamakan daripada alasan ekologi,” demikian menurut petisyen bertujuan untuk membatalkan pengecualian yang diberikan kepada padang-padang golf di Perancis semasa musim kemarau.


Larangan pembaziran air dikuatkuasakan mengikut budi bicara pegawai wilayah dan setakat ini hanya Ille-et-Villaine di barat Perancis yang melarang penyiraman padang golf.







Perancis merupakan antara negara paling teruk terjejas akibat keadaan panas dan kering yang melanda seluruh Eropah dengan ramai anggota bomba dikerah untuk memadamkan kebakaran hutan di barat daya Perancis.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2022 10:48 PM | Show all posts
tudiaaa

nak letak satu lubang kat padang golf tu pun cemuih proses dia

sekali kena simen.. memang berguling la management nangis
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 09:15 AM | Show all posts
ini baru betul, takala politician takut kepada kapitalis, rakyat bangkit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.079420 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list