CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 745|Reply: 8

7 Ditahan Tiru Filem Bollywood Rompak Bank

[Copy link]
Post time 15-8-2022 04:32 PM | Show all posts |Read mode
Tujuh individu disyaki menyamar sebagai pegawai polis Mumbai, India dan merompak sebuah pusat kesihatan ditahan polis.


Menurut laporan, mereka berbuat demikian selepas mendapat inspirasi daripada filem Bollywood 'Special 26'.


Portal NDTV melaporkan, suspek ditahan di sini, Haryana dan Madhya Pradesh.




Gambar hiasan




Menurut polis, kejadian berlaku pada petang Rabu apabila empat individu, termasuk seorang wanita, memasuki pejabat pusat itu di Kompleks Netaji Subash Place selepas menyamar sebagai pegawai polis Mumbai.


"Atas alasan untuk melakukan serbuan selama lima jam, mereka merompak dengan nilai antara lima lakh (kira-kira RM27,900) hingga tujuh lakh (kira-kira RM39,000)," kata polis.


Polis berkata, selain wang tunai, tertuduh turut melarikan komputer riba, 10 telefon dan dokumen bank mangsa, kata polis.


"Siasatan awal mendapati suspek diiringi sekumpulan individu yang berkawal di luar pejabat.


"Mereka terus berkeliaran di luar ketika itu tetapi tidak masuk. Kami mula mencari mereka. Berdasarkan pengawasan teknikal dan siasatan, salah seorang daripada mereka dikenal pasti dan ditahan," kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Barat Laut, Usha Rangnani.


Suspek yang ditahan, Prashant Kumar Patil, 29, dan dia mengaku bersama rakannya melakukan jenayah itu.


Berdasarkan soal siasat, dua suspek wanita dari Rohini, iaitu Jyoti, 30, dan Neha, 22.


Dua lagi suspek, Jahid Khan dan Sanjay Manocha, ditahan dari Mewat, manakala dua lagi, Faisal dan Imran dicekup di Madhya Pradesh.




IMDb




"Suspek mendedahkan filem Bollywood 'Special 26' memberi idea kepada mereka untuk melakukan rompakan berkenaan.


"Faisal, Imran, Neha dan Majid masuk ke pejabat, manakala yang lain berkawal. Prashant dan Jahid berdiri di luar premis itu," kata polis.


Polis menemui sebahagian wang tunai yang dirompak, telefon dan komputer riba bersama kad pengenalan palsu Polis Mumbai.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2022 06:14 PM | Show all posts
Kan betul ada je yang terpengaruh dengan movie
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 10:43 PM | Show all posts
tanak tiru ocean 11, 12, 13, 14, 15 ke?  lagi berbaloi…
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 03:10 AM From the mobile phone | Show all posts
eyansss: tanak tiru ocean 11, 12, 13, 1 ...


Dorang tak cukup budget nk buat rompakan mcm gang2 Danny ocean [em:4:]
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Special 26 ni pun based on true story... sampai la ni tak dapat tangkap sapa perompak tu. Mesti yg tiru tu ingat boleh selamat la tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat aku kes kat malaysia ni haa dulu. Nak tiru Fast 5 tapi pi tarik mesin atm tu pakai kancil mau x terburai kereta tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2022 07:53 AM | Show all posts
Ada yang cuba tiru cara filem Italian Job tak? rembat jongkong emas
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 09:39 AM | Show all posts
fuhhh dlm jail teruk kena belasah dgn inspektor sahab
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2022 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Filem bollywood dah tentu2 tiru movie hollywood, acah2 cool/hype gitoh tp nan hado
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.060481 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list