View: 743|Reply: 8
|
7 Ditahan Tiru Filem Bollywood Rompak Bank
[Copy link]
|
|
Tujuh individu disyaki menyamar sebagai pegawai polis Mumbai, India dan merompak sebuah pusat kesihatan ditahan polis.
Menurut laporan, mereka berbuat demikian selepas mendapat inspirasi daripada filem Bollywood 'Special 26'.
Portal NDTV melaporkan, suspek ditahan di sini, Haryana dan Madhya Pradesh.
Gambar hiasan
Menurut polis, kejadian berlaku pada petang Rabu apabila empat individu, termasuk seorang wanita, memasuki pejabat pusat itu di Kompleks Netaji Subash Place selepas menyamar sebagai pegawai polis Mumbai.
"Atas alasan untuk melakukan serbuan selama lima jam, mereka merompak dengan nilai antara lima lakh (kira-kira RM27,900) hingga tujuh lakh (kira-kira RM39,000)," kata polis.
Polis berkata, selain wang tunai, tertuduh turut melarikan komputer riba, 10 telefon dan dokumen bank mangsa, kata polis.
"Siasatan awal mendapati suspek diiringi sekumpulan individu yang berkawal di luar pejabat.
"Mereka terus berkeliaran di luar ketika itu tetapi tidak masuk. Kami mula mencari mereka. Berdasarkan pengawasan teknikal dan siasatan, salah seorang daripada mereka dikenal pasti dan ditahan," kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Barat Laut, Usha Rangnani.
Suspek yang ditahan, Prashant Kumar Patil, 29, dan dia mengaku bersama rakannya melakukan jenayah itu.
Berdasarkan soal siasat, dua suspek wanita dari Rohini, iaitu Jyoti, 30, dan Neha, 22.
Dua lagi suspek, Jahid Khan dan Sanjay Manocha, ditahan dari Mewat, manakala dua lagi, Faisal dan Imran dicekup di Madhya Pradesh.
IMDb
"Suspek mendedahkan filem Bollywood 'Special 26' memberi idea kepada mereka untuk melakukan rompakan berkenaan.
"Faisal, Imran, Neha dan Majid masuk ke pejabat, manakala yang lain berkawal. Prashant dan Jahid berdiri di luar premis itu," kata polis.
Polis menemui sebahagian wang tunai yang dirompak, telefon dan komputer riba bersama kad pengenalan palsu Polis Mumbai.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Kan betul ada je yang terpengaruh dengan movie |
|
|
|
|
|
|
|
tanak tiru ocean 11, 12, 13, 14, 15 ke? lagi berbaloi… |
|
|
|
|
|
|
|
eyansss: tanak tiru ocean 11, 12, 13, 1 ...
Dorang tak cukup budget nk buat rompakan mcm gang2 Danny ocean [em:4:] |
|
|
|
|
|
|
|
Special 26 ni pun based on true story... sampai la ni tak dapat tangkap sapa perompak tu. Mesti yg tiru tu ingat boleh selamat la tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat aku kes kat malaysia ni haa dulu. Nak tiru Fast 5 tapi pi tarik mesin atm tu pakai kancil mau x terburai kereta tu |
|
|
|
|
|
|
|
Ada yang cuba tiru cara filem Italian Job tak? rembat jongkong emas |
|
|
|
|
|
|
|
fuhhh dlm jail teruk kena belasah dgn inspektor sahab |
|
|
|
|
|
|
|
Filem bollywood dah tentu2 tiru movie hollywood, acah2 cool/hype gitoh tp nan hado |
|
|
|
|
|
|
| |
|