CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 601|Reply: 4

Leong Mun Yee Tubuh Akademi Terjun

[Copy link]
Post time 15-8-2022 02:16 PM | Show all posts |Read mode
Terpanggil untuk membantu melahirkan lebih ramai bakat muda yang mampu membawa cabaran negara ke peringkat tertinggi, bekas penerjun negara, Datuk Leong Mun Yee hanya menunggu masa untuk menubuhkan akademi terjun.


Akademi tersebut yang merupakan impian Mun Yee sejak sekian lama kini dalam proses permohonan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PSM).




IG Mun Yee




Kata Mun Yee, akademi itu adalah cita-citanya yang tertunda sejak masih bergelar penerjun negara.


“Saya memang sudah membuat perancangan ini sebelum bersara tahun lalu.


“Harapan saya apabila tertubuhnya akademi itu nanti, saya boleh berkongsi pengetahuan dan kemahiran dengan orang lain sebab saya sedar tidak banyak akses untuk orang awam belajar terjun di Malaysia.




LEONG Mun Yee (kanan) dan Pandelela Rinong melakukan terjunan dalam saingan 10 meter platform seirama Sukan Olimpik 2020 di Pusat Akuatik Tokyo. – AFP




“Matlamat saya adalah mahu terjun menjadi sukan popular sama seperti bola sepak dan badminton yang mempunyai ramai peminat di negara ini.


“Awalnya kita ada seorang jurulatih yang juga merupakan bekas penerjun kebangsaan tetapi disebabkan perancangan akademi ini mengambil masa agak lama, sekarang dia tidak lagi terlibat.


“Saya dalam usaha mencari jurulatih baharu untuk mengajar di akademi ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.


Ketika diminta mengulas mengenai faktor lain terjun kurang mendapat sambutan dalam kalangan ibu bapa, Mun Yee tidak menafikan bahawa isu kekurangan jurulatih tempatan turut menjadi sebab utama sukan itu sukar menghasilkan bakat terutama di pe­ringkat kanak-kanak.


“Bagi saya, untuk peringkat permulaan dan asas, jurulatih tempatan sebenarnya sudah cukup bagus untuk mengajar cuma masalahnya sekarang, kita kekurangan jurulatih tempatan,” katanya.




CHEONG JUN HOONG




Jurulatih dari China, Yang Zhuliang merupakan orang yang bertanggungjawab melahirkan ramai penerjun handalan negara, termasuk membawa Cheong Jun Hoong muncul juara dunia di Budapest pada 2017.


Beliau juga membantu Malaysia memahat sejarah meraih pingat gangsa pertama Olimpik menerusi Datuk Pandelela Rinong dalam 10 meter (m) platform individu di London 2012, manakala gandingan Pandelela bersama Jun Hoong meraih perak di Rio 2016 dalam acara seirama.


Begitupun, skuad terjun negara gagal meraih sebarang pingat pada Sukan Olimpik Tokyo tahun lalu.


Mereka juga tidak berjaya memenuhi sasaran emas dalam Sukan Komanwel Birmingham baru-baru ini.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2022 02:17 PM | Show all posts
saya nak belajar terjun dengan dia
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
sebaya iols mun yee ni
dlu cute..sekarang jd aunty dah
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawa sheols. Sikit lagi nak fourty. Dlm ramai2 diver, sheols paling lawa. Muka awet muda.


Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 02:56 PM | Show all posts
Baguslah boleh cungkil bakat baru jadi pelapis untuk yang sediada
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.103547 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list