CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 693|Reply: 0

Nana Tak Tertekan, Tapi Kerana Expectation...

[Copy link]
Post time 15-8-2022 02:08 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi popular, Siti Nordiana mengakui, pemilihan kawan-kawan dan persekitaran yang baik mampu menguatkan hati untuk terus berubah ke arah kebaikan.




IG Nana




Jelas penyanyi mesra disapa Nana ini, istiqamah dalam berubah ke arah lebih baik itu tidak semudah yang disangka, namun dia percaya, doa adalah senjata sebenar seorang mukmin.


“Istiqamah itu memang tak mudah. Tetapi, berdoalah supaya Allah tetapkan hati kita. Kita cari kawan-kawan dan persekitaran yang positif.


“Insya-Allah, emosi kita pun akan jadi positif,” katanya kepada Utusan Malaysia.




IG Nana




Nana sebelum ini pernah berdepan beberapa fasa serangan segelintir warganet yang mengkritik cara pemakaiannya selepas berhijab.


Terbaru, penyanyi, Elyana pula mendedahkan, dia tidak lagi berhijab dan hanya mahu menjadi diri sendiri walaupun berdepan dengan kecaman serta kritikan warganet.


Selain Elyana, beberapa artis tanah air seperti Uqasha Senrose, Emma Maembong dan Natasha Hudson sebelum ini pernah membuat keputusan untuk tidak lagi bertudung.


Dalam pada itu, penyanyi lagu popular, Angkara ini juga tidak pernah tertekan dengan kecaman segelintir warganet yang mengharapkan kesempurnaan daripada seorang selebriti yang mengambil keputusan untuk berhijab.




IG Nana




“Tertekan itu tidak. Tetapi jujur, kerana expectation itu, saya berusaha untuk jadi lebih baik. Walaupun kita tak akan boleh jadi sempurna, tetapi kita cuba sebaik mungkin,” katanya.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.334506 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list