CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3614|Reply: 53

"Saya Berhak Letak Diri Tempat Saya Nak" - Zul Ariffin Undur Diri Berlakon Drama TV

  [Copy link]
Post time 15-8-2022 01:54 PM | Show all posts |Read mode
Sumber IG


Pelakon filem Sangkar, Zul Ariffin mendedahkan keputusan untuk berundur daripada berlakon drama tayangan televisyen bagi memberikan laluan kepada filem, platform 'over the top' (OTT) dan premium adalah tepat pada waktunya.



Memetik laporan Harian Metro, dia berhak menentukan masa depan kerjaya dan kedudukan dirinya berdasarkan apa yang sudah dibuat selain pencapaian yang diraih.



"Kalau nak kata eksklusif, ia subjektif pada saya. Saya rasa macam berhak untuk meletakkan diri di tempat yang saya nak. Kebanyakan filem saya orang suka, sokongan itu penting dan orang 'demand'.  Apabila kita tengok diberikan maklum balas sebegitu, rasa macam kena buat lagi. Bagi saya ia menarik.



  



"Saya suka drama dan saya bermula dengan itu. Cuma letih dengan orang yang pandang remeh dengan shoot drama. Contohnya, drama bukan tempat acting school. Asah bakat betul-betul, masuk betul-betul sebab bila buat drama kita ada tanggung jawab. Kita nak dapatkan sambutan, kita usaha yang terbaik, dapatkan rating kepada stesen TV, penerbit bagi kerja, kita patut bagi sesuatu kepada mereka.



"Kalau datang setakat datang dan fikir lepas ini ada kerja lain, lepas shoot ni apa, mereka patut fikir ini dulu. Sekarang ramai pelakon asyik dengan media sosial, kejar acara yang membabitkan produk berjenama sebab senang dapat. Kena faham satu saja, saya terus terang, mereka yang buat perkara ini, mereka tak tahu anda siapa dalam industri. Mereka tengok anda okeylah ada dalam industri, tapi cuba tengok diri anda dalam industri, anda berada di tahap mana?" katanya.



  



Jelas aktor itu lagi, seseorang pelakon itu harus ada sasaran diri dan kerjaya tanpa perlu bergantung harap kepada apa yang orang pandang semata-mata.



"Bukan nak kata ego, bangga dan sebagainya tetapi kena ada sasaranlah. Saya menyasarkan diri daripada pelakon tambahan nak jadi pelakon pembantu kemudian teringin nak jadi hero tapi bukan terima bodoh macam tu saja. Mungkin saya kena buat macam ini, itu dan lain-lain.



"Bila nak dapat hero atau watak utama, saya risau selepas ini mereka nak ambil saya lagi? Adakah teruk sangat saya sebelum ini? Kalau bagus, mungkin mereka ambil saya lagi? Jadi, saya buat dan teringin dan membintangi filem.



"Kalau itu era Datuk Aaron Aziz dan Datuk Farid Kamil, mesti kita kata filem besar. Bila dapat tahu bayaran mereka, saya telan air liur, banyaknya gaji mereka jauh beza dengan saya. Tapi, saya tak cemburu dan saya pun nak macam tu juga. Jadi, saya usahalah ke arah itu dan saya hargai perjalanan itu," katanya. - CARI



  


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2022 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka dia berlakon neutral dan bersahaja
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 02:04 PM | Show all posts
ko berdiri di atas kabel2 janda dan andartu yach. mule2 masuk industri dah jadi bapak nazim othman. cube pk sket.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 02:05 PM | Show all posts
oooo abam jul ripin baru jumpa KPI dia lah kot ni. gud luck buzz lightyear!
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Good luck  semuga ke temu jodoh yang bersesuaian   .....eh eh bukan jodoh, tapi ketemu platform yang diidamkan
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Elokla tu..bamjul berlakon sama je..x versatile..x dukung, pelok..x pelok, dukung..dah alang2 xde job tu, baik undur diri je la
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila dh sendu mulalar menyembah balik drama tv..
Mcm lar smua filem ko ni meletup atau  ko ni popular sgt

Contohi  Fattah...smua rembat Tv atau filem janji ada nilai xclusive n bayar mahal...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
okayyyy esbokkk
raja peluk dukung malaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2022 03:18 PM | Show all posts
eloklah kau nyahhh dari dunia hiburan..bakat takda..berlakon camtuuuu jelah smpai sekarang..takda improvement..at least fattah amin bayk improved yang penting sedap mata memandang..yg ko dgn berjelaga, kepam sana  sini..just get lost
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 03:22 PM | Show all posts
Ko berenti berlakon pun ok jahhh.
Berlakon kat dlm twidder lak atau bukak OF kikikiki
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 03:24 PM | Show all posts
Ko dulu masa Gerak Khas pun kayu kayan, orang amik ko memula pun pasal muka model ko, bukanlah pasal ko berbakat.

Takde beza macam pendatang baru sekarang, cuma sekarang lebih mudah scouting through socmed jah.

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 04:29 PM | Show all posts
go abe jul go
lpsni berlakon filem je lah ye
persetankan apa og cakap

aku x igt dia berlakon drama apa
aku cuma igt dia berlakon filem Sangkar je
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Hero baru Pasir Salak
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 05:04 PM | Show all posts
Lakonan dia sama je. Dah tau lenggok dia camne baik drama ke filem. Cuma lontaran suara je problem. Xberapa jelas. Kadang2 aku xpaham dia cakap apa
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nama dia keluar dlm drama , mmg langsung tak terasa nak tgk..mcm drama dia kt tb3 suku baru2 ni..teruih tukar channel
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
dia ni kalau tak berlakon drama romantik, takde la geli sangat nak tengok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2022 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Lebih baik kau berhenti berlakon terus lah jul oii. Geli tengok kau ni.
Perempuan bongok manalah boleh minat dekat dia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Saheizy Sam ngn betto blakon lg bertiang better dr ko..  Sekian
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 05:22 PM | Show all posts
lasagna replied at 15-8-2022 02:05 PM
oooo abam jul ripin baru jumpa KPI dia lah kot ni. gud luck buzz lightyear!

adoiii..tergelak sis.
ok la tu..dah jumpa apa yg dia nak. dah puas merangkul dlm drama.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 05:24 PM | Show all posts
Ok. Belakon la apa pun i tak tengok ya jul. Konpius td ingat jul yahya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

6-12-2022 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.104795 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list