CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1389|Reply: 28

[Tempatan] Bumi dah tunjuk protes!

[Copy link]
Post time 15-8-2022 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Malaysia berdepan dengan impak perubahan iklim yang ketara sejak kebelakangan ini sehingga menyebabkan bencana besar terutamanya banjir. Amat sukar untuk meramalkan secara tepat berkaitan di mana dan bila sesuatu banjir akan berlaku kerana perubahan iklim hari ini berada pada tahap membimbangkan sehingga berlakunya pencairan ais di kawasan wilayah Polar.

Banjir yang berlaku akhir-akhir ini seperti di Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Johor dan Kedah menggambarkan tidak ada satu tempat pun yang terkecuali daripada menerima tamparan hebat daripada banjir. Satu hari nanti, kawasan tinggi pun akan dibanjiri atau paling tidak pun menjadi 'pusat pantai peranginan' yang baharu. Hal ini boleh terjadi sekiranya pemanasan global yang dahsyat berlaku hingga bongkah ais di wilayah Polar mencair lalu meningkatkan paras air laut. Sekiranya perkara ini berlaku, pakar saintis tidak menolak kebarangkalian perkara ini akan membawa kesan yang besar kepada Malaysia.

Siang dan malam yang panas telah meningkat pada skala global. Gelombang haba telah menjadi luar biasa di sebahagian besar Eropah, Asia dan Australia dan kejadian hujan lebat telah meningkat secara purata, membayangkan risiko banjir yang lebih besar termasuk banjir kilat akan berlaku secara kerap. Banjir kilat merupakan banjir yang berlaku disebabkan jumlah hujan yang banyak dan hanya mengambil masa lebih kurang tiga hingga enam jam. Kawasan bandar juga terdedah kepada bencana ini disebabkan sungai utama tidak mampu menampung jumlah air yang banyak dan keadaan tanah yang tepu dan diturap oleh simen yang tidak dapat menyerap air.

Pemanasan global, perubahan iklim dan bencana banjir saling berkait rapat antara satu sama lain. Ketiga-tiga perkara ini tidak boleh tidak bersangkut paut dengan wilayah Polar yang selama ini memainkan fungsi utama bagi mengimbangi iklim dunia.

Kajian yang dijalankan di wilayah Polar adalah sangat penting kerana ia membantu kita memahami corak perubahan semasa di bumi. Iklim Malaysia berada dalam monsun cuaca panas dan lembap sepanjang tahun dan segala bentuk pencemaran udara dan pembebasan karbon dioksida ke atmosfera secara berleluasa mampu menyebabkan pemanasan global yang akhirnya mencairkan ais di wilayah Polar. Peningkatan pelepasan gas rumah hijau terutamanya dalam bentuk karbon dioksida (CO2), metana (CH4), nitrus oksida (N2O) dan gas seperti klorofluorokarbon (CFC) dan lain-lain boleh menyebabkan perubahan suhu persekitaran.

Kutub Selatan kini menjadi medan penyelidikan sains dan teknologi dan puluhan negara telah mendirikan pangkalan penyelidikan di sana. Malaysia tidak terkecuali daripada mengambil peluang untuk bersama-sama masyarakat dunia yang lain untuk meneroka wilayah Polar. Perhatian kerajaan Malaysia terhadap wilayah itu bermula sejak lebih 20 tahun yang lalu dan menyaksikan ramai ahli saintis negara daripada pelbagai bidang dan kepakaran menjalankan penyelidikan di sana. Pada ketika itu juga, Malaysia begitu lantang bersuara di persidangan dunia bagi mendapatkan sokongan masyarakat dunia untuk menentang pihak yang cuba menuntut hak mengawal benua kutub itu.

Usaha kerajaan menghantar penyelidik tempatan ke wilayah Polar terutamanya Antartika adalah satu keputusan bernas. Penyelidikan yang mereka jalankan akhirnya akan diterjemahkan dalam bentuk penulisan jurnal berimpak tinggi bagi memberi ilmu tentang sifat biodiversiti di sana, kejadian alam dan perkaitan antara benua itu dengan Malaysia.

Selain itu, hasil penyelidikan mereka yang dijalankan di sana akan dikongsikan bersama rakyat Malaysia menerusi bengkel yang diadakan, perkongsian webinar dan sebagainya. Malaysian International Seminar on Antarctica (Misa) yang ke-9 telah dijalankan pada Oktober tahun lalu dan berjaya menghimpunkan 221 peserta dari Australia, Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan banyak lagi. Hasil penyelidikan mereka juga dapat membantu pembuat dasar bagi merangka dasar dan program yang substantif yang akhirnya memberi manfaat kepada penghuni bumi khususnya rakyat Malaysia.

Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) memainkan peranan yang sangat penting demi menggalakkan rakyat Malaysia untuk menjalankan penyelidikan di Antartika. Antara bidang penyelidikan di Antartika yang ditaja oleh YPASM termasuklah perubahan iklim, sains atmosfera, mikrobiologi, ekologi, geologi dan dasar. Selain itu, YPASM juga memberi anugerah seperti Pingat Antartika Kebangsaan, Pingat Kecemerlangan dalam Penyelidikan Antartika, Pingat untuk Saintis Muda Kutub, dan Pingat Pendidikan dan Komunikasi Kutub kepada individu yang layak dan cemerlang sempena ulang tahun ke-10 penubuhannya.


Sebenarnya, pemahaman rakyat terhadap isu perubahan iklim, pemanasan global, bencana alam dan perkara yang berkaitan dengannya amat penting. Ketika ini, banyak perbincangan terjurus ke arah kepentingan meningkatkan ekonomi negara yang diharap dapat meningkatkan taraf hidup rakyat. Fokus utama kerajaan adalah memastikan objektif yang terkandung di dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan dasar lain tercapai. Namun, negara akan berdepan cabaran besar untuk mencapai objektif berkenaan sekiranya langkah ke arah melestarikan bumi hanya dijalankan pada skala yang kecil. Akhirnya, kerajaan terpaksa memperuntukkan wang yang banyak hanya untuk memastikan rakyat dapat bangkit daripada polemik bencana seperti banjir dan sebagainya.

Oleh itu, segala dasar yang ada perlu dilaksanakan dengan mengambil kira soal kelestarian. Walaupun terdapat pelbagai usaha direncanakan dan termaktub di dalam dasar-dasar kerajaan berkaitan kelestarian, ia akan menjadi siulan di bibir sahaja jika perkara itu tidak diterjemah dalam perlaksanaan dan pemantauan rapi.

https://www.hmetro.com.my/rencana/2022/08/871595/bumi-dah-tunjuk-protes
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2022 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Climate change is real... tp stakat kajian tak abes2 tp takde clear strategy roll out pun tak guna...


Ptuih
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 12:25 PM | Show all posts
Bumi VS Kapitalis

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 12:35 PM | Show all posts
waktu siang malam memang panas gila. siang tu matahari tak terik tapi bahangnya, memang tak masuk akal
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 14-8-2022 09:17 PM

Bumi sudah ber laku climate change 8 cycles and last 800k years
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa new information artikel ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2022 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
bila meteor nk jatuh kat bangunan parlimen bila mana 222 YB tgh bergasak
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 01:05 PM | Show all posts
Edited by tripleid at 15-8-2022 01:07 PM

Dont worry be happy gaiss..kann menteri lebai kita dah jamin Msia tak termasuk negara terkesan climate change






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2022 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Skrg ni dh start musim hujan x kira pg..ptg...mlm.. Bersedia dan berjaga2 lah semua... Dr umah iols ni bole nampak ada lg aktiviti lereng bukit ditarah...hmmm still puak2 tu xde kesedaran lg...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 01:07 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 01:09 PM | Show all posts
Bumi protes ka apa kaa... ingat manusia peduli? contoh terbaik rakyat malaysia... terus berpusu sesakkan jalan2 raya untuk bercuti kaa bergumbira ka apa kaa sambil menyalak KERAjaan zalim ke hulu ke hilir...

KERAjaan kena cepatkan hapuskan subsidi petrol ka apa kaa.. perkenalkan kad subsidi yg ada limit... jadi rakyat marhaen guna untuk keperluan seperti p keje ka apa kaa... untuk kegunaan peribadi mcm cuti ka apa kaa.. guna duit poket sundri.. bila buat lagu ni.. baru laa kurang kenderaan di jalan2 automatic CO2 pun berjaya dikurangkan... tu pun KERAjaan xleh nak pikiaq.. dok ikot akai 3 suku majoriti rakyat malaysia yang suka bersuka ria smbl menyalak2..

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols teringat masa pkp 1.0 masa tu kualiti udara amatlah baik
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 01:29 PM | Show all posts
Edited by monreyes at 15-8-2022 01:48 PM

kes sungai tercemar sampai org mati lumpuh pun x leh manage...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 01:44 PM | Show all posts

Gaji banyak gini patut direview. Mak nak rakyat mendesak sedesak2 nya gaji jawatan menteri diturunkan kepada RM 1,500.00 sebulan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 15-8-2022 12:54 PM
Apa new information artikel ni

Dia nak buang masa kita baca artikel panjang2 utk justify budget masuk penyelidikan antartika..

Ptuihhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 15-8-2022 01:57 PM
Dia nak buang masa kita baca artikel panjang2 utk justify budget masuk penyelidikan antartika..

...

Yang tu pun kita tau. Ingatkan dia nak release first info iaitu msia kena geostorm ke apa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2022 02:00 PM | Show all posts

betul la.menyampah aku dengan kerajaan yg suka banyak kementerian demi tembolok menteri2...kerja satu apa pun tak guna pada masyarakat..ada la sikit2 pun...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 02:18 PM | Show all posts
amboiii gaji lebaiii..patutla muka ada sinyummm
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 15-8-2022 01:05 PM
bila meteor nk jatuh kat bangunan parlimen bila mana 222 YB tgh bergasak

Aku setujukkk.. bg aku mesia ni aman tnpa mereka..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 02:24 PM | Show all posts
Bila masanya dia orang benar2 ambil berat berkenaan alam sekitar dan perubahan cuaca
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.282370 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list