CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1063|Reply: 3

[Tempatan] Tasik Terbesar Di Itali Dilapor ‘Mengering’, Catat Paras Air Terendah Pernah Direkodkan.Petani kerugian berbilion euro.

  [Copy link]
Post time 15-8-2022 01:43 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 15-8-2022 09:35 AM

Paras air di tasik terbesar di Itali iaitu Tasik Garda semakin berkurangan hingga menghampiri paras terendah yang pernah direkodkan akibat musim kemarau terburuk yang dialami, lapor Wions.

Difahamkan, hal ini telah mengakibatkan kawasan besar batuan yang sebelum ini tenggelam telah terdedah dan menyebabkan air menjadi panas hingga mencecah suhu serupa Laut Caribbean.

Perkara tersebut didedahkan apabila para pelancong yang berpusu-pusu ke tasik itu untuk menikmati musim panas telah mendapati berlakunya perubahan landskap yang amat ketara berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Kami telah datang tahun lepas dan kami amat menyukainya. Oleh sebab itu, kami telah datang lagi pada tahun ini.

“Namun, kami mendapati landskap pantai ini telah banyak berubah. Kami agak terkejut setibanya di sana. Hal ini kerana kawasan perairan yang sering kami lawati di sana sudah kering,” kata pelancong, Beatrice.

Sungai-sungai penting seperti Po, yang mengalir melalui teras pertanian dan perindustrian Itali, telah kering akibat tidak menerima sebarang taburan hujan selama berbulan-bulan.



Musim panas dan kemarau ini telah menjejaskan para petani di kebanyakan negara seperti Eropah, Sepanyol, Jerman, Portugal, Perancis, Belanda dan Britain.

Ekoran hal itu, penggunaan air telah dihadkan di kebanyakan negara berkenaan.

Keadaan sungai yang kering telah menyebabkan sawah tidak menerima pengairan yang baik sekaligus mengakibatkan petani kerugian berbilion euro.

Tasik itu berada 32 sentimeter di atas paras air pada hari Jumaat, hampir dengan rekod terendah pada 2003 dan 2007.

Datuk Bandar Garda, Davide Bedinelli berkata bahawa beliau perlu mempertahankan kedua-dua sektor pertanian dan sektor pelancongan.

“Kemarau adalah fenomena yang perlu kita hadapi tahun ini, tetapi musim pelancongan tidak berada dalam bahaya,” tulis Bendinelli dalam Facebook miliknya.

Dia mengesahkan bahawa terdapat kehilangan air harian sebanyak dua milimeter dari tasik

Suhu tasik dicatatkan lebih tinggi daripada biasa untuk bulan Ogos.

Pada hari Jumaat, suhu air di Garda mencecah hampir 26 darjah Celsius (78 darjah Fahrenheit), jauh lebih tinggi daripada suhu Ogos iaitu 22°C dan hampir sama dengan purata kira-kira 27°C untuk Laut Caribbean.




https://www.wionews.com/world/italys-lake-garda-shrinks-to-almost-record-lows-due-to-drought-506622

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2022 04:17 AM From the mobile phone | Show all posts
kiamat dah dekat
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 15-8-2022 04:17 AM
kiamat dah dekat

Tak kiamat.. umo mmg mrnuju ke sana..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 09:09 AM | Show all posts
teringat filem 2012.. tasik kat yellowstone mengering
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.060971 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list