View: 995|Reply: 7
|
[Dunia]
Berang dikritik sudah tua, kakak Ronaldo tampil pertahan adiknya
[Copy link]
|
|
Aveiro (kanan) mempertahankan adiknya Ronaldo dan mendakwa bintang sensasi Manchester United itu masih cergas dan boleh beraksi dengan baik. -Instagram/@katiaaveirooficial
KAKAK kepada Cristiano Ronaldo, Katia Aveiro tampil mempertahan adiknya apabila mengatakan bintang sensasi Manchester United itu masih cergas dan boleh beraksi dengan baik.
Malah, Katia turut membidas Presiden Real Madrid, Florentino Perez yang menolak untuk mendapatkan kembali khidmat kapten Portugal itu kerana dianggap sudah berusia.
"Ronaldo masih boleh melompat setinggi dua meter di udara dan kekal untuk tiga minit, badannya tidak ada lemak. Sedar diri orang tua, anda 75 tahun.
"Ronaldo yang baru berusia 37 tahun, sedang berusaha mencari kelab yang beraksi di Liga Juara-Juara," catat Aveiro menerusi laman sosial Instagramnya.
Sebelum itu, Perez ditanya peminat sama ada kelab gergasi Sepanyol tersebut akan menandatangani semula Ronaldo dan dia menjawab; "Sekali lagi? Dia sudah berusia 37 tahun," katanya.
Untuk rekod, Ronaldo masih kekal memegang rekod penjaring terbanyak Real dengan 452 gol.
Biarpun masih berbaki setahun kontrak di Old Trafford, Ronaldo telah menyatakan untuk meninggalkan United pada jendela kali ini. -Sinar Harian
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Dia salah pilih team. Masuk MU yg tengah merundum. Sayang tul. Pasni carilah team lain asal jangan EPL.
GGMU |
|
|
|
|
|
|
|
ezacbee replied at 13-8-2022 04:21 PM
Dia salah pilih team. Masuk MU yg tengah merundum. Sayang tul. Pasni carilah team lain asal jangan E ...
Patut masuk city musim lepas, boleh dia ubah saat akhir join MU. Mesti menyesal tak sudah |
|
|
|
|
|
|
|
jap..dia boleh lompat setinggi 2 meter dan kekal untuk 3 minit?? ayam dan lipas yg ada kepak tu pun terbang kejap jer |
|
|
|
|
|
|
|
negara johor x minat ke |
|
|
|
|
|
|
|
awat tanak bersara lagi?duit dah habes ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Lagubestbest replied at 13-8-2022 07:46 PM
awat tanak bersara lagi?duit dah habes ke?
Dia taknak rekod top scorer ucl dia terlepas kat messi rasanya. Dah la musim ni MU tak main ucl, messi kalau on form paling kurang 10 gol boleh kot. Mesti gelabah ronaldo sebab tu gigih cari kelab yang main ucl, itu pun semua taknak sebab dia dah tua |
|
|
|
|
|
|
|
zaman kejatuhan cr7 dah nk mula la tu.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|