CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mojarean_X

[Tempatan] Misteri kehilangan Nenek Painah dalam kebun sawit. Post#135 Ada ‘lembaga besar’ jaga nenek Painah selama 6 hari hilang

  [Copy link]
Post time 16-8-2022 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah nek painah selamat. Terima kasih semua yg bertungkus lumus tolong cari nek painah

Mesti bunian yg bertggjwb kidnap nek painah kena leter kaw2 sebab pi kidnap orang tua
Nak suruh jadi khadam tak boleh pasal kudrat dah haus. Nak bagi kawen, jantan bunian jaman now pun mungkin demanding nak kawen dengan anak dara cun bergetah, bonus kalu keje gomen
Tu yang akhirnya mereka ambek keputusan pulangkan nek painah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2022 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Aritu kt fb nmpk sorg ni share pengalaman cari adik dia hilang kt pantai.. pas seminggu kot, balik adik dia dr laut juga.. masih bernyawa..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 16-8-2022 02:42 PM
Aritu kt fb nmpk sorg ni share pengalaman cari adik dia hilang kt pantai.. pas seminggu kot, balik a ...

Ada kes kat pd jugak rasanya penah baca. Dorang berkampung kat situ tiba ² dia keluar dari tengah laut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2022 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
ashilalat replied at 13-8-2022 06:52 PM
Kena sorok bunian ke

Spekuan acik dari awal betul
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 04:46 PM | Show all posts
Alhamdulillah, semoga nenek sihat selalu dan jasa baik semua yg terlibat dalam misi mencari, Allah jua yg sebaik-baik membalasnya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 15-8-2022 08:58 PM
sama mcm drama korea yg Lee Min Ho berlakon tu
kat opis dulu ada staff pompuan claim dia dah kawen ...

Fuh..beraninya sheol lgpun dah tau hukum haram. Mesti beranak pinak kat alam lain
Kat sini pun ada bomoh, nenek tiri dia bunian. Bomoh tu cakap orang yg pernah menyeberangi alam ada tanda pada mata. Mata org tu lain sikit macam pandangan yg dalam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2022 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
hareeeesah replied at 16-8-2022 03:13 PM
Ada kes kat pd jugak rasanya penah baca. Dorang berkampung kat situ tiba ² dia keluar dari tengah ...

Ni yg iols takut. Walaupun iols tak pernah kena tulah, gangguan makhluk istana idok ler sampai nak mengundang
Jahat sikit2 udoh ler
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 16-8-2022 01:39 AM
orang2 tua memang macamni... deorang akan bosan duduk rumah lama2... tengok TV pun sekarang boring y ...

Ada apa di kebun sawit. Orang lelaki je kerja ladang sawit ni. Itupun buruh indon
Perempuan boleh kerja ladang getah ja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2022 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
hareeeesah replied at 16-8-2022 03:13 PM
Ada kes kat pd jugak rasanya penah baca. Dorang berkampung kat situ tiba ² dia keluar dari tengah ...

Haa..Yg kt pd tu la.. kkk dia tulis balik kejadian tu kt fb..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 16-8-2022 05:06 PM
Fuh..beraninya sheol lgpun dah tau hukum haram. Mesti beranak pinak kat alam lain
Kat sini pun ada ...

Mata juling!!! MCM m dod kilau tuuu

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
ina_na replied at 16-8-2022 10:10 AM
Dunia nyata.. ms aku dgr ni pun thn 90an.. tp aku x kenal pun kalo kat pasar mn satu manusia mana  ...

Itu arwah Jin Samsudinnnn aaa..bukan real jin
Ko ni punnn..

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
ajinomotonosuga replied at 16-8-2022 07:13 PM
Mata juling!!! MCM m dod kilau tuuu

Dok ehh
Pandangan yg tajam dan mendalam macam Sheikh Hamdan Makhtoum of Dubai. Yang tu dah sampai alam sana
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai je pompuan kerja kat kebun sawit tu..aku pun masuk jugak kebun ..kutip biji sawit lerai ,tabur Baja ,tunggu Lori sawit..ada wanita yg hebat tolak buah sawit,sabit Dan punggah masuk Lori.
Cari daun sawit buat penyapu tu ramai buat ..seikat penyapu tu sekarang ada yg jual sampai $5.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 16-8-2022 04:24 PM
Spekuan acik dari awal betul

Acik mmg dah boleh agak dah..huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 16-8-2022 11:31 AM
Pengamal perubatan alternatif yang jumpa Painah Siwan

Aku memang suka follow misi paranormal YouTuber Jas Inanansad dalam YouTube channel dia
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
glump replied at 16-8-2022 07:46 PM
Ramai je pompuan kerja kat kebun sawit tu..aku pun masuk jugak kebun ..kutip biji sawit lerai ,tabur ...

Nipu sangat tabur baja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-8-2022 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mojarean_X at 16-8-2022 09:10 PM

Ada ‘lembaga besar’ jaga Painah selama 6 hari hilang

BATU PAHAT: Ketika ditemukan di lopak air berkenaan, seolah-olah seperti ada satu lembaga yang sedang mengawal mak cik Painah Siwan sebelum hilang selepas dilaungkan azan.

Ahli paranormal, Mohd. Fitri Abdul Razak, 32, berkata, pada jarak 300 meter, Painah kelihatan seperti sebuah batu besar yang berada di tengah-tengah lopak.

Namun, hatinya seperti diberikan firasat untuk datang lebih dekat bagi memastikan apa yang dilihatnya itu benar-benar batu atau mak cik yang dicarinya itu.

“Sebaik selepas lembaga itu hilang nenek terus rebah sebelum saya dan sahabat bernama Jas dari Sabah mendapatkannya dan memberikan makan kerana kelihatannya terlalu lemah.

“Oleh kerana keadaan tempat nenek itu ditemui berpaya, saya terus mendukungnya ke tanah lapang sebelum menyelimut menggunakan kain yang kami bawa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Mohd. Fitri dan sahabatnya terlebih dahulu bermalam di kawasan yang dikatakan sebagai tempat terakhir nenek berkenaan berada.

“Pada malam, kami merasakan ada sesuatu yang tidak kena kerana selepas hampir dua jam berjalan namun masih berada di tempat yang sama.

“Lebih mengejutkan apabila bangun pagi kami berada di atas tanah lapang sedangkan pada malamnya kawasan tempat berehat penuh dengan pokok renek dan rimbun,” katanya.

Kejayaan menemukan Painah adalah hasil daripada bantuan Allah apabila setiap langkah pencarian yang dilakukan diiringi dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran termasuk Ayat Kursi.

“Kejayaan juga hasil daripada doa yang tidak putus-putus daripada keseluruhan penduduk kampung dan seluruh rakyat negara ini agar mak cik Painah ditemukan,” katanya. –UTUSAN ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2022 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 09:14 PM | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 16-8-2022 09:34 AM
pearl.silver replied at 16-8-2022 02:42 AM
Aritu kt fb nmpk sorg ni share pengalaman cari adik dia hilang kt pantai.. pas seminggu kot, balik a ...

Pemuda tu hilang selama 2 hari di Blue Lagoon, Port Dickson.

Emak saudara dia ada tulis kronologi kisah kehilangan beliau. Satu kisah yg panjang tapi berbaloi untuk dibaca.

Nak tau apa yg dilalui oleh pemuda tersebut sepanjang kehilangan beliau di alam manusia? Bawah pengalaman yg diceritakan oleh pemuda tu, tapi kalian kena baca tau cerita penuh di link yg i sertakan. Menarik kisah ni, siap benda tu ikut balik.

PENGALAMAN YUS

Jeng jeng jeng….

Ni pulak. kisah yang di ceritakan sendiri oleh Yus kepada kami tentang apa yang terjadi malam tu.

…..pagi tu, Yus tinggakan khemah dan menyelusuri tepian pantai , sedang elok
melayan perasaan dia ternampak seorang budak lelaki lebih kurang umur 6,7 tahun berjalan sendirian bertemankan seekor kucing hitam yang sangat manja.

Yus mulanya berasa hairan ada budak bersendirian di tepi pantai di waktu-waktu macam ni. Tak nampak pulak orang dewasa bersama die.

Tanpa fikir banyak die mendekati budak tu dan bermain-main dengan kucing. Manja betul kucing tu. Budak lelaki tersebut mengajak Yus balik ke kampungnya.

Apa yang di bual kan aku dah lupa. Yus mengikut saja tanpa rasa curiga.

Sedar tak sedar Yus masuk ke satu perkampungan yang sangat meriah. Terang berderang, riuh-rendah seolah-olah ade keramaian.

Kata Yus seolah-olah macam pasar malam di tempat kita. Orang kampung semua berpakaian serba putih.

Semua hensem dan cantik berkulit putih, tersenyum seolah hidup gembira aman damai di kampung tersebut.

Orang nya tinggi-tinggi lebih kurang 3x ganda size kita ni. Yang perempuan nya semua menutup aurat dengan elok begitu juga dengan yang lelaki.

Yus di sambut baik, di sediakan tempat tinggal di rumah yang besar dan cantik, di beri makan buah buahan tapi tiada makanan berdarah.

Cuma buah dan sayuran jer. Macam vegetarian gitew.

Yus menghabiskan masa sehari-hari dengan berjalan dan melihat kampung tersebut.

Banyak yang die nak tengok tapi dalam masa yang sama hatinya tetap nak balik. Walau die kagum tapi hati dia tetap berkata, ini bukan tempat aku. Niat hatinya hanya untuk melihat-lihat atau nak explore je tempat tu.

Dia perhatikan masing-masing ada tugas sendiri, ade yang mengangkat batu, ade yang panjat bukit, ade yang menangkap ikan di sungai.

Apa yang dia paling kagum adalah melihat pergerakan dorang laju macam cahaya. Naik bukit dan angkat batu zup zap jer sampai ke atas da huhu. Kampungnya sangat cantik, ada denai-denai yang cantik, masjid yang besar dan indah, ada tanah kuburan, ada pasar dan pelbagai lagi.

Lebih kurang macam kita kat sini. Bila tiba waktu solat, azan akan kedengaran dan semua menunaikan solat. Pendek kata aman damai dan indah sangat kampung tu.

Tak lama kemudian, masuk hari ke 2 @ 3 macam tu, datang ketua di kalangan mereka berjumpa Yus dan menawarkan Yus untuk terus menetap di kampung tersebut. Sebagai ganjaran Yus boleh memilih mana-mana gadis cantik di kampung tersebut untuk di nikahi.

Di sediakan rumah, segala harta kemewahan. Dengan satu syarat je iaitu Yus tak boleh kembali di dunia sebelah sini. Yus akan kekal di dunia mereka andai kata Yus setuju dengan semua syarat tersebut. Memang di hati Yus tidak sedikit pun ada terniat untuk stay situ so dia menolak dengan baik tawaran tersebut.

Walaupun ketua mereka nampak agak sedikit marah dengan penolakan itu. Tak lama selepas itu, Yus didesak lagi untuk stay dan di janjikan segala macam kemewahan harta intan berlian. Hati nya tetap sama.

Sebenarnya aku pernah tanya Yus apa yang buatkan hatinya berkeras untuk balik?

Katanya dia paling teringatkan adik beradik perempuan dia, tanggungjawab dia menjaga mereka walaupun adik-adiknya telah berumahtangga.

Satu lagi dia bosan kat sana takde game, tak moden macam kat dunia.

Adehhh. Dia memang kaki game, pelbagai peralatan game yang mahal-mahal die beli semata-mata nak memenuhi hobi dia tu.

Masuk hari ke 6 kat sana lebih kurang, Yus di desak lagi untuk membuat pilihan. Akibat desakan tersebut Yus beranikan diri bertanya kepada ketua tersebut samada boleh atau tidak seandainya Yus nak berulang-alik dari dunia sana ke sini bila-bila masa yang dia suka?

Ketua tersebut cakap tak boleh macam tu. Seandainya Yus setuju untuk stay maka terputuskan hubungan Yus dengan dunia sebelah sini. Kalau macam tu Yus tak mahu stay.

Rundingan demi rundingan di buat. Dan aku pasti waktu ni para perawat dari sebelah sini juga membuat rundingan dengan mereka untuk menghantar Yus balik ke dunia.

Sebab sepanjang kami menunggu di pantai bersama petugas penyelamat, pelbagai cerita yang aku dengar tentang rundingan yang tak berjaya ni.

Rupanya mereka di sebelah sini pun membuat rundingan dengan Yus.

Setelah Yus berkeras untuk balik semula ke dunia sebelah sini, ketua mereka seolah-olah tak boleh buat apa-apa dah.

Ternyata mereka tak boleh memaksa andai kita tak bersetuju untuk terus berada di situ.

Seperti juga kata para perawat dan ustaz yang aku dengar sepanjang kes ini, yang hilang tak kembali tu mungkin dia sendiri memang tak nak balik, terpesona dengan segala apa yang ada di sana walau pun itu memang bukan dunia kita. Allahua’lam.

Tiba masa untuk balik, ketua mereka mengarahkan beberapa ‘orang’ dia untuk menghantar Yus kembali. Selepas itu Yus tak ingat apa-apa dah.

Yang dia ingat waktu di HPD malam dia dijumpai tu,
‘orang-orang’ yang menghantar die ikut sama.

Semua berpakaian jubah dan serban putih. Ada jugak kanak-kanak yang ikut hantar dia. No wonder lah waktu di HPD malam tu, Yus jadi Raden Saifullah. Rupanya ‘orang’ sana masih ada bersama dia.

Menunggu kalau-kalau Yus ubah fikiran. Sampai lah hari masuk hari ke 2 tak silap, nama Raden Saifullah tu hilang. Dan Yus boleh ingat kembali nama asal dia.
Sumber: https://dryazeedhairi.com/kisah-benar-kronologi-panggilan-bunian-laguna-biru-port-dickson/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2022 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.156501 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list