CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mojarean_X

[Tempatan] Misteri kehilangan Nenek Painah dalam kebun sawit. Post#135 Ada ‘lembaga besar’ jaga nenek Painah selama 6 hari hilang

  [Copy link]
Post time 14-8-2022 01:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Pastu dulu2 kt johor pernah kecoh konon hilang ke alam ghaib padahal tdo sembunyi umah kawan je
Tu kes budak2 la
Cm orgtua ni mgkin nyanyuk la kot
Hutan plak byk pemangsa yg lapar hmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2022 02:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan2 sengaja di ghoib kan. Bukan leh percaya sangat bangsa Yahoodee niy
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2022 03:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga dijumpai dalam keadaan selamat & sihat.. Allahu..

Kawan iols dulu citer ade bunian bekenan kat nenek dia walopon dah kawin dah tua dah pun. Alasannya sebab nenek ni baik sesangat kat laki dia.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2022 03:18 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 14-8-2022 01:28 AM
Ka nak jadikan babu jaga anok2 bonian?

Kos hidup di alam bunian meningkat juga barangkali
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2022 03:49 AM | Show all posts
sharlenetexas replied at 13-8-2022 10:37 PM
Hutan tebal amazon takkan xde bunian versi amerika selatan?

Takde versi bagai..
Ummah Melayu Isle je riak pasai Bunian nie...
Mmg wujud pon tapi selalu dikaitkannya pulak..
Scapegoat yang paling senang nak cilok
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2022 03:51 AM | Show all posts
pyropura replied at 14-8-2022 02:58 AM
Jangan2 sengaja di ghoib kan. Bukan leh percaya sangat bangsa Yahoodee niy

Stendelaa baii..Ummah Syorga la kan...
Tu pasal Puak Bunian nie gigih colik Ummmah yg suci syumul...
yang lenlain diabaikan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2022 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ditemui belum
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2022 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
reddots replied at 14-8-2022 12:29 AM
Td ada tgk video anak dia tgh tarik sesuatu yg invisible. Katanya tgh tarik mak dia. Tarik sekuat  ...

Alahai dah macam ceta poltergeist pulak tarik anak yg kena kidnap ngan hantu keluar dari alam lain..I still caya nenek ni terjatuh dalam longkang ke mana..kalau kena makan ngan ular sure jumpa ular tu tak gerak2 tunggu hadam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2022 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga makcik dijumpai la ye.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2022 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga acik ni cepat dijumpai dgn selamat..kesian lah kalau dia on medication
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2022 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
payah nak caye benda yg tak nmpk ni. malas la asyik kene kelentong je bab2 bunian ni mcm kes acik dewi dulu tu. ujung2 khayalan semata

hrp makcik dijumpai dlm keadaan selamat. dah lama sgt ni, makan minum apa la agaknya tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2022 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga cik painah selamat..kepada keluarga  diharapkan bsabar dan bnykkn kn berdoa..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2022 09:53 PM | Show all posts
ultra78 replied at 13-8-2022 11:48 PM
Bunian jatuh hati dengan ibu itu ye

Mungkin ada pokcik bunian yg duda ataupun bujang tua yg dh brkenan kat makcik ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2022 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
nama Painah Siwan

anak anak mesti nama mohd rosdi...mohd ramli...

cucu pulak nama nur diana balqis estrella kalau laki..haqiem danish daniel


muahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2022 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
chandrahusin replied at 13-8-2022 08:53 PM
Penah aku ikut waze lalu kampung2 Parit kat Senggarang ni.. ladang kelapa sawit mcm endless.. naik c ...

Haha aku pun pernah jadi camtu..tapi area Batu Pahat. Dibawak dek waze dalam kawasan sawit..lorong kecik2
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2022 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 14-8-2022 11:14 PM
nama Painah Siwan

anak anak mesti nama mohd rosdi...mohd ramli...


Ihhhh
Tgh2 mlm suruh org gelak


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2022 03:17 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2022 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
JamilBinAbu replied at 15-8-2022 03:17 PM

Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
JamilBinAbu replied at 15-8-2022 03:17 PM

Alhamdulillah...jumpa kat tempat anak dia nampak tu ke? Takde lagi keluar kat fb meols berita ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2022 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mojarean_X at 15-8-2022 03:31 PM


BATU PAHAT: Painah Siwan, 79, wanita yang hilang sejak Rabu lalu selepas keluar ke kebun sawit berhampiran rumahnya di Kampung Parit Sayang, Senggarang, di sini, ditemukan dalam lemah berhampiran lopak air dalam kawasan kebun berkenaan.

Warga emas itu ditemukan penduduk yang turut menyertai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira jam 11.25 pagi dalam lingkungan 900 meter dari pos kawalan operasi. Ketika itu, terdapat bersamanya sepasang selipar dan secekak lidi daun sawit yang sebahagiannya telah diraut.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah dalam satu kenyataan

kemudian, memaklumkan Painah dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini dengan ambulans Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Sementara itu, anak mangsa, Sadiah Mohari, 42, melahirkan rasa syukur dengan penemuan semula ibunya dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu mencari wanita berkenaan.

Katanya, keyakinan ibunya akan ditemukan dalam keadaan selamat serta doa yang tidak putus-putus daripada anak-anak serta penduduk kampung, akhirnya termakbul.

"Syukur Alhamdulilah, pagi ini kami menerima berita yang dinantikan selama enam hari. Paling penting emak ditemui dalam keadaan selamat.

"Ketika ini emak berada di hospital bagi mendapatkan rawatan kerana keadaannya masih lagi lemah. Buat masa ini, biarlah dia berehat dulu," katanya ketika dihubungi.

Painah gagal dikesan selepas dikatakan ke kebun kelapa sawit berhampiran rumahnya, kira-kira jam

3.30 petang Rabu lalu. Pasukan mencari dan menyelamat kemudian digerakkan termasuk dengan khidmat anjing pengesan (K9).

Sadiah ketika ditemui pemberita pada Sabtu lalu, memaklumkan keluarga buntu ibunya tidak ditemui walaupun pelbagai usaha dibuat, termasuk bantuan mencari dan menyelamat daripada pihak berkuasa, selain individu yang arif agama.

"Ada juga pihak arif agama datang membantu dan memberitahu, emak selamat di alam ghaib, masih ada sekitar kawasan ini. Dia mahu balik tapi tak mampu menjelmakan dirinya di dunia nyata," katanya seperti dilaporkan sebelum ini.

Painah biasa ke kebun untuk mencari sisa daun kelapa sawit yang sudah dibuang pekebun untuk dijadikan penyapu lidi dan akan pulang selepas itu.

Susulan kehilangannya, SAR digerakkan melibatkan 187 anggota daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Batalion ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penduduk.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.393948 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list