Painah (tengah) masih hilang selepas masuk dalam kebun kelapa sawit berhampiran rumahnya di Kampung Parit Kasih Sayang, Senggarang, Batu Pahat, pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
BATU PAHAT: Seorang warga emas hilang selepas keluar ke kebun sawit sejak Rabu dan selepas itu tidak pulang lagi ke rumahnya di Kampung Parit Kasih Sayang, Senggarang di sini.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, mangsa, Painah Siwan yang berusia 79 tahun dikatakan pergi ke kebun sawit berhampiran rumahnya pada jam 3.30 petang.
"Pada jam 11 malam Rabu pihak polis Balai Polis Senggarang telah menerima aduan daripada anak mangsa menyatakan ibunya tidak pulang ke rumah selepas keluar ke kebun kelapa sawit berhampiran rumah mereka.
"Usaha pencarian awal telah dilakukan anggota Balai Polis Senggarang, keluarga dan orang kampung tetapi gagal ditemui," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Katanya, operasi pencarian diteruskan sehingga Sabtu yang memasuki hari keempat melibakan 187 pegawai dan anggota terdiri daripada polis dan bomba selain 10 tentera, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).
Turut membantu katanya, penduduk setempat dengan pertolongan unit pengesan (K9) polis dan bomba tetapi masih gagal ditemui.
Beliau berkata, operasi yang dimulakan pada Sabtu sekitar jam 8 pagi diperluas melebihi dari parameter mangsa dilaporkan hilang. -Sinar Harian
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 13-8-2022 08:53 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Penah aku ikut waze lalu kampung2 Parit kat Senggarang ni.. ladang kelapa sawit mcm endless.. naik cuak jgk drive.. syukur selamat keluar jln besar lps 2 jam