CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 62857|Reply: 768

[Tempatan] Plot Twist no 325 - Isteri warden vs ibu pelajar no 260 - Kes uniform pelajar MRSM digunting rambut mangsa dipotong ketika tidur. Kes disiasat bawah akta perbuatan khianat

  [Copy link]
Post time 13-8-2022 11:59 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Rockafella at 25-8-2022 09:02 AM


Kronologi yang diceritakan oleh ibu mangsa menjadi tular di Facebook.

Kes uniform pelajar MRSM digunting terus misteri! Pelakunya masih bebas, dah berani potong rambut mangsa ketika tidur
Sabtu, 13 Ogos 2022 11:00 AM

HAMPIR setiap hari kita dihidangkan dengan kisah-kisah buli yang berlaku di sekolah.

Terbaharu, seorang ibu, Nazrah Mohamed pula mendakwa anaknya menjadi mangsa buli lalu tampil mendedahkan kes yang masih berlarutan di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Pahang.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, katanya, sejak Jun 2022 lalu sehingga kini tiada jalan penyelesaian dilihat malah kes semakin bertambah serius apabila anaknya dan beberapa pelajar lain berterusan didakwa menjadi mangsa perbuatan khianat dan gangsterism.


Pintu tandas yang diconteng.

Postingnya itu yang diceritakan secara kronologi meraih pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

“Uniform sekolah anak saya berwarna biru dijumpai di ampaian telah diconteng bersama-sama sehelai baju batik sekolah pelajar senior di dalam blok asrama puteri yang sama. Anak saya telah membuat aduan kepada pelajar senior Form 5 dan roll call diadakan untuk mencari pelaku tersebut tetapi tidak berjaya.

“Uniform kuning anak saya berwarna kuning dijumpai di ampaian telah digunting di bahagian lengan. Anak saya telah menelefon dan maklumkan tentang kes berkenaan dan memberitahu pelajar senior sedang cuba menyiasat sendiri terlebih dahulu untuk mencari pelaku sebelum memaklumkan kepada warden.

“Saya menelefon ketua warden untuk follow up kes tersebut malangnya ketua warden terkejut dan tidak mengetahui perkara itu. Setelah disemak, pelajar senior mengakui mereka cuba menyelesaikan sendiri kes tersebut,” tulis wanita itu pada hantaran di Facebook.

Bagaimanapun timbul persoalan apabila kes ini yang dianggap berat oleh Nazrah hanya diuruskan oleh pelajar senior tanpa dimaklumkan kepada warden asrama.


Susunan selipar berbentuk seperti seekor ular.

Lebih mengecewakan apabila Nazrah turut menghubungi ketua warden bagi mencari si pelaku namun gagal.

Malah, kes buli tersebut masih berlarutan sehingga hujung Jun 2022 di mana sehelai lagi uniform biru sekolah anaknya dan rakan sebilik dijumpai diconteng selepas dia mengangkat baju di ampaian.

Ceritanya lagi, pada malam kejadian, anaknya dipanggil oleh lima orang warden dan Nazrah mendakwa anaknya itu dipaksa mengaku bahawa semua baju yang diconteng, digunting dan contengan di dinding tandas dilakukan oleh dia sendiri.

“Dia dipaksa mengaku sedangkan anak saya adalah salah seorang mangsa dan telah melaporkan semua kejadian kepada senior dengan segera apabila kejadian tersebut berlaku kepadanya.


Nota ditulis si pelaku.

“Sebaliknya, pihak maktab mengambil ringan aduan anak saya dan tiada kenyataan bertulis diambil oleh pihak maktab apabila menerima aduan-aduan tersebut. Pihak maktab dan warden buntu tidak dapat mencari pelaku sehingga menekan anak saya sebagai pelaku,” ujar Nazrah sambil memberitahu bahawa dia turut bertanyakan hal sebanar kepada anaknya.

Tidak terhenti di situ, rakan sebilik mangsa terjumpa lalu mengambil gambar bagi memaklumkan kepada senior mengenai keadaan selipar disusun di hadapan pintu bilik mereka dan pintu tandas yang telah diconteng.

Tambah Nazrah, dia cuba menghubungi pihak tertentu berkenaan perkembangan kes dan mereka telah memaklumkan bahawa masalah ini telah dirujuk kepada pihak kaunselor.

Menurut kaunselor sekolah, anaknya mengalami masalah anxiety dan mempunyai tahap tekanan tinggi setelah melihat pada perbualan bersama dan meminta agar si anak dirujuk kepada pakar psikiatri.

Bagi mendapatkan kepastian, Nazrah membawa anaknya berjumpa pakar seperti dicadangkan dan ternyata anaknya disahkan sihat dan tiada masalah seperti diperkatakan.

Setelah berjumpa pihak pengurusan di sekolah, mereka mengakui terdapat kesilapan dari pihak maktab dalam menjalankan siasatan kes sehingga menuduh mangsa.

“Kami telah membuat laporan polis terhadap pihak maktab ke atas kes-kes yang berlaku melibatkan anak kami setelah tidak mendapat jalan penyelesaian semasa pertemuan dengan pihak pengurusan maktab.


Baju salah seorang mangsa diconteng.

“Kami juga telah failkan aduan di dalam SISPAA (Sistem Pengurusan Aduan Awam) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Kami telah memfailkan aduan di SISPAA di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memandangkan Mara adalah di bawah KPLB,” jelas Nazrah.

Bagaimanapun maklum balas diterima mengecewakan si ibu kerana didakwa bersifat berat sebelah memandangkan hanya pihak warden dipanggil tetapi tiada sebarang keterangan daripada anaknya diambil.

Laporan polis telah dibuat dan pihak polis mengarahkan pihak maktab membawa anaknya yang berusia 14 tahun ke balai bagi mendapatkan keterangan berdasarkan laporan dibuat pada 22 Julai 2022 selama dua jam.

“Kami telah mengambil anak kami pulang ke rumah untuk direhatkan pada hari yang sama. Pada sebelah malam, kami dimaklumkan oleh salah seorang parents Form3, anaknya telah terjumpa nota berbaur ugutan di dalam biliknya di asrama.


Lambang dan logo yang dibuat si pelaku.

“Bilik anaknya itu berhadapan dengan bilik anak kami. Nota-nota tersebut ada ditujukan kepada anak kami, El,” kata Nazrah yang kemudiannya memaklumkan perkara tersebut kepada pihak berwajib.

Pegawai penyiasat kemudian meminta Nazrah membuat laporan polis berikutan ugutan sebelum mereka memutuskan untuk menghantar semula anak ke sekolah pada 11 Ogos 2022.

Bagaimanapun pada 12 Ogos 2022, mangsa membuat panggilan pada jam 6.50 pagi memaklumkan rambutnya dan dua rakan lain dipotong pendek ketika tidur pada malam tersebut.


Keadaan rambut El setelah digunting pelaku.

Berang dengan apa yang terjadi, Nazrah mahu pihak sekolah segera mengesan si pelaku kerana kes sudah semakin melampau melibatkan sentuhan pada tubuh.

“Mungkin kesemua mereka menunggu sehingga ada kematian baru nak bertindak!

“Kami menuntut pihak MRSM mencari pelaku tersebut segera dan mengenakan tindakan keras ke atasnya. Kami juga mahu perkara ini diselesaikan dengan segera memandangkan ia telah melibatkan body contact dan ia bukan lagi kes gangsterism atau perbuatan khianat tetapi kes jenayah yang semakin menjadi-jadi di dalam maktab,” ujarnya.

Untuk rekod hantaran di Facebook tersebut telah meraih lebih 22,000 perkongsian semula dan lebih 10,000 tanda suka.


Lukisan dan tulisan ditulis dengan pen merah oleh pelaku.

Malah, warga maya menghujani ruangan komen pada hantaran tersebut setelah membaca kronologi serta melihat gambar-gambar yang dimuat naik yang dianggap menakutkan.

“Tulisannya warna merah. Musykilnya! Pasti pelakunya psikopath. Kalau nak kata mangsa buat pada sendiri dan kawan-kawan dia instinct aku tak setuju. Semoga jumpa jalan penyelesaian.

“Elok diviralkan. Zaman sekarang viral baru laju buat kerja. Nak tunggu ada yang mati baru nak buka mata agaknya,” komen netizen.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-8-2022 05:08 PM | Show all posts


Polis terima dua laporan berkaitan dakwaan buli di MRSM
Bernama Ogos 13, 2022 16:22 MYT

KUANTAN: Polis mengesahkan menerima dua laporan berhubung dakwaan kes buli melibatkan seorang pelajar perempuan tingkatan dua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan, yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, laporan pertama diterima daripada pihak sekolah pada 8 Ogos lepas, manakala ibu kepada pelajar yang mendakwa dibuli itu turut membuat laporan polis semalam, dan sehingga kini lima orang telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes itu.

"...siasatan dijalankan daripada semua aspek dan kita jangka lebih ramai akan dipanggil bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, seorang wanita menerusi laman sosial Facebook mendakwa anaknya dibuli apabila pakaian seragamnya diconteng dan rambutnya digunting semasa tidur.

Sementara itu di SERDANG, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pihaknya melihat perbuatan buli sebagai satu isu yang serius dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pelajar MRSM yang didapati terlibat.

Beliau yang ditemui selepas melawat Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) hari ini berkata mengikut prosedur biasa sekiranya ada pelajar MRSM yang terlibat dengan perbuatan buli, pelajar berkenaan akan dibuang sekolah.

Merujuk kepada rakaman video yang tular itu katanya beliau memberi kepercayaan penuh kepada barisan pendidik di institusi itu untuk memastikan gejala buli dibendung.

"Insiden ini berlaku di MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang, apabila ada pelajar yang buli pelajar lain, dan apabila lembaga disiplin (sekolah) itu duduk, dapat, dan sah memang itu pembulinya, pembuli (akan) dibuang (sekolah)," katanya.

-- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2022 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak sedara ai ada kat situ, sama blok dengan mangsa....kes ni dah lama, diviralkan lambat tindakan...

Ank sedara i cerita, before kes ni dah ada kes gunting baju, tapi pelaku dapat ditangkap..daannnn pelaku tu anak T20 yer...dia marah sebab roommate dia on lampu waktu dia tengah tido.... katanya tindakan gitu2 je kat pelaku sebab ayah dia banyak bagi sumbangan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2022 08:30 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2022 08:35 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2022 10:15 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-8-2022 10:36 AM | Show all posts


Kes buli MRSM disiasat bawah akta perbuatan khianat, bukan gangsterism
Gags Teacher-August 15, 2022

KUANTAN - Tiada sebarang elemen gengsterisme yang wujud dalam dakwaan kes buli membabitkan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MSRM) Kuantan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Kommisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, itu dapatan hasil siasatan awal yang dijalankan pihak polis berhubung laporan dibuat ibu kepada pelajar terbabit.

“Kita sudah merakam percakapan mereka yang terlibat seperti guru-guru, pelajar-pelajar termasuk ibu mangsa bagi membantu siasatan kes itu.

“Jadi, siasatan awal mendapati tidak wujud sebarang unsur gengsterisme dalam kejadian ini,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau menjelaskan, dua laporan diterima daripada ibu mangsa dan warden MSRM berhubung kes itu.

Bagaimanapun katanya, kes itu hanya disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan khianat terhadap pelajar terbabit.

Pada Jumaat lalu, polis mengesan satu hantaran yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook bernama Nazrah Mohamed mendakwa berlakunya kejadian khianat terhadap pelajar MRSM.

Dalam hantarannya itu, ibu mangsa mendakwa wujud perbuatan khianat dan budaya gengsterisme di sekolah itu.

Wanita itu dikatakan turut berkongsi gambar baju sekolah anaknya yang diconteng dan rambut digunting ketika tidur.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi netizen sehingga menerima 10,000 komen dan dikongsi 22,000 kali.

Sehubungan itu, polis Kuantan menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang- wenangnya memuat naik sebarang hantaran dan perkongsian yang boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2022 01:17 PM | Show all posts
Edited by Friska at 15-8-2022 01:25 PM

PLOT TWIST diduga korban kekerasan orang tua sendiri, bukti dari rekan sekolah tapi ndak di share ibu pelajar



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-8-2022 12:03 PM | Show all posts

Date: Mon, 25 2022, 17:06 Subject: Akuan Terima To: smkfaisal.hamzah@gmail.com



Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2022 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Dak2 zmn skrg ni advanced tul psikologinya
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2022 12:09 PM | Show all posts
pompuan pyscho ala2 harley quinn
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2022 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Minami2013 at 13-8-2022 05:15 PM

Sekolah den dulu..

Kat belakang hostel perempuan tu kdg ada flasher. Students perempuan pun malam2 senang je fly tgk wayang etc. So tak mustahil jugak la org luar yg masuk kawasan sekolah yg buat. Ni zaman den belajar dulu lah. Tak pasti pagar dah upgrade ke.

Edit- baru perasan info suspect adalah anak T20. Mmg ramai T20 masuk mrsm kuantan sbb antara mrsm kat bandar dan dok dlm kawasan rmh org kaya2.

Ape ke hal kasus2 si indon ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2022 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
So masa mangsa balik rumah, tiada gangguan dialami rakan2
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2022 12:19 PM | Show all posts
Mesti geng dalam tu jugak punya kerja sebab tu senior diamkan tak nak cakap pada warden
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2022 12:27 PM | Show all posts
Edited by white_musk at 13-8-2022 12:30 PM

Sungguh keji hina nakharom budak2 yang terlibat itu.....
hey budak, sekolah itu sekarang ini sudah bersepah merata2 jalan sikit jumpa, jalan sikit jumpa,
tak ada beza dengan sakolah biasa termasuk perangai zizik pelajarnya...

apabila masuk kerja dia lah mahu jadi juara cut cost sana sini, office juga dijadikanm open concept

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2022 12:30 PM | Show all posts
KIM.K replied at 13-8-2022 12:18 PM
So masa mangsa balik rumah, tiada gangguan dialami rakan2

Mungkin mangsa saja dijadikan target,
anak saudara husband akak dahulu hampir jadi mangsa buli
tetapi apabila dia diserang, dia terpaksa lawan dengan skill taekwandonya
sejak dari itu tida sesiapa mahu melawannya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2022 12:31 PM | Show all posts
Akak cadangkan mulai dari sekaramh, adik2 semua ajarlah anak adik ilmu pertahankan diri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2022 12:31 PM | Show all posts
Pelajar senior MRSM "buli" pelajar junior dengan gunting baju, rambut ketika mangsa tidur
August 12, 2022

Pelbagai aduan telah dibuat sejak bulan Jun 2022 tetapi sampai sekarang tiada sebarang tindakan dibuat.

Nak tunggu isu ni viral dulu nak bertindak ke?" - netizen Tular satu posting dipercayai yang dibuat oleh ibu kepada mangsa buli di MRSM meluahkan rasa kesalnya tiada sebarang tindakan diambil walaupun dah banyak kali aduan dan follow up telah dibuat.

Kes telah berlarutan di MRSM Kuantan Rasmi dari bulan Jun 2022 sehingga ke hari ini.

Kami masih tidak nampak penyelesaian malah kes semakin menjadi-jadi dan bertambah serius yang mana anak kami dan beberapa pelajar lain berterusan menjadi mangsa perbuatan khianat dan gangsterism.
Sebagai ibubapa kami tidak boleh berdiam diri.

Berikut adalah kronologi kes-kes yang berlaku di MAKTAB RENDAH SAINS MARA KUANTAN.

17 Jun 2022 (Jumaat)
Uniform sekolah anak saya berwarna biru dijumpai di ampaian telah diconteng bersama-sama sehelai baju batik sekolah pelajar senior di dalam blok asrama puteri yang sama. Anak saya telah membuat aduan kepada pelajar senior Form 5 dan roll call diadakan untuk mencari pelaku tersebut tetapi tidak berjaya.

19 Jun 2022 (Ahad)
Uniform kuning anak saya berwarna kuning dijumpai di ampaian  telah digunting di bahagian lengan. Anak saya telah menelefon dan maklumkan berkenaan kes berkenaan dan memberitahu pelajar senior sedang cuba menyiasat sendiri terlebih dahulu untuk mencari pelaku sebelum memaklumkan kepada warden.

20 Jun 2022 (Isnin)
Saya menelefon Ketua Warden untuk follow up kes tersebut malangnya Ketua Warden terkejut dan tidak mengetahui perkara tersebut. Setelah disemak, pelajar senior mengakui mereka cuba menyelesaikan sendiri kes tersebut. (Soalan: Adakah ini prosedur MRSM untuk kes-kes serius seperti ini membiarkan pelajar senior handle sendiri tanpa memaklumkan kepada warden???)

22 Jun 2022 (Rabu)
Saya call Ketua Warden untuk follow kes di atas dan dimaklumkan mereka masih tidak dapat mencari pelaku.

26 Jun 2022 (Ahad) - pagi
Sehelai lagi uniform biru sekolah anak saya telah dijumpai diconteng selepas dia mengangkat baju di ampaian. Perkara sama juga berlaku kepada rakan sebilik anak saya yang mana baju PJ nya telah diconteng.

26 Jun 2022 (Ahad) - petang
Anak saya terjumpa dinding tandas telah diconteng dan terus memaklumkan kepada pelajar senior. Pelajar senior seterusnya memaklumkan kepada warden.

26 Jun 2022 (Ahad) – malam
Anak saya telah dipanggil oleh 5 orang warden dan mereka menekan anak saya dan dipaksa mengaku bahawa semua baju diconteng, digunting dan contengan di dinding tandas dilakukan oleh anak saya. Sedangkan anak saya adalah salah seorang MANGSA dan telah melaporkan semua kejadian kepada senior dengan segera apabila kejadian tersebut berlaku kepadanya.

Sebaliknya, pihak maktab mengambil ringan aduan anak saya dan tiada kenyataan bertulis diambil oleh pihak maktab apabila menerima aduan-aduan tersebut. Pihak maktab dan warden buntu tidak dapat mencari pelaku sehingga menekan anak saya sebagai pelaku.

3 Julai 2022 (Ahad) – pagi
Rakan sebilik anak saya terjumpa selipar disusun di hadapan pintu bilik mereka dan pintu tandas telah diconteng. Mereka sebilik telah mengambil gambar dan memaklumkan kepada senior berkenaan perkara tersebut.

14 Julai 2022 (Khamis)
Saya menelefon Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar (TPPP) untuk bertanyakan perkembangan kes-kes tersebut. Sebaliknya TPPP maklumkan anak saya telah dirujuk kepada kaunselor sekolah dan mengalami anxiety dan mempunyai stress level yang sangat tinggi berdasarkan perbualan anak saya bersama-sama kaunselor. TPPP juga menyatakan anak saya perlu dirujuk kepada pakar psikiatri untuk rawatan lanjut. (Soalan: Atas kapasiti dan kepakaran apakah pihak maktab terus declare anak saya ada anxiety dan depression?)

15 Julai 2022 (Jumaat)
Saya telah mengambil anak pulang ke rumah dan dia telah menceritakan dia dipaksa mengaku oleh warden untuk semua kejadian tersebut.

17 Julai 2022 (Ahad)
Saya telah membawa anak berjumpa pakar psikiatri kanak-kanak untuk kami benar2 memastikan tahap kesihatan mentalnya. Berdasarkan klinikal interview, doktor menyatakan anak saya sihat walafiat dan tiada ciri-ciri anxiety, depression dan stress seperti yang digambarkan oleh TPPP. Doktor juga mencadangkan agar anak saya menjalani ujian-ujian tertentu untuk mengesahkan tahap kesihatan mentalnya. Doktor juga mengambil kenyataan anak saya berdasarkan cerita anak saya atas apa yang terjadi di sekolah. Segala yang diceritakan oleh anak saya kepada doktor adalah konsisten sama seperti yang diceritakan kepada kami.

19 Julai 2022 (Selasa)
Anak saya telah menjalani semua ujian-ujian yang dicadangkan oleh pakar psikologi kanak-kanak dan keputusannya ialah anak saya PERFECTLY FINE, SIHAT WALAFIAT!!! Berdasarkan keputusan tersebut, kami, suami isteri mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pihak Pengetua, Pengurusan maktab dan warden untuk mendapat penjelasan dan mengetahui perkembangan kes-kes conteng baju dan gunting baju anak kami.

22 Julai 2022 (Jumaat) - petang
Kami telah berjumpa dengan Tuan Pengetua, Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar, Ketua Warden, Kaunselor dan seorang lagi warden. Daripada perjumpaan tersebut, Pengetua mengakui memang ada kesilapan dari pihak maktab dalam menjalankan sisasatan berhubung kes-kes tersebut sehingga anak kami dipersalahkan sedangkan anak kami adalah MANGSA. Kenyataan daripada Pengetua, TPPP, warden dan Kaunselor juga tidak konsisten.

22 Julai 2022 – malam
Kami telah membuat laporan polis terhadap pihak maktab keatas kes-kes yang berlaku melibatkan anak kami setelah tidak mendapat jalan penyelesaian semasa pertemuan dengan pihak pengurusan maktab. Kami juga telah failkan aduan di dalam SISPAA di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

25 Julai 2022 (Isnin)
Kami telah memfailkan aduan di SISPAA di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar memandangkan MARA adalah di bawah KPLB.

5 Ogos 2022 (Jumaat)
Kami menerima maklumbalas dari pihak MARA dan ianya sangat mengecewakan kerana siasatan BERAT SEBELAH hanya kepada warden maktab. Anak saya tidak dipanggil untuk memberi keterangan. Maklum balas MARA juga berbeza dengan kenyataan Pengetua yang mana MARA menyatakan pihak maktab telah mengikut prosedur yang betul tetapi Pengetua mengakui kesilapan dipihak maktab ketika siasatan dijalankan.

7 Ogos 2022 (Ahad) - Pagi
5 helai t-shirt aktiviti maktab berwarna biru telah dijumpai oleh pelajar seniors di ampaian telah digunting melibatkan 4 orang pelajar termasuk baju anak kami. Pihak warden telah mengambil kenyataan bertulis daripada pelajar-pelajar terlibat.

8 Ogos 2022 (Isnin) - Pagi
5 helai uniforms sekolah berwarna kuning telah digunting membabitkan anak kami dan 4 orang rakan sebiliknya termasuk sehelai tudung sekolah berwarna putih kepunyaan anak kami yang telah digunting. Sekali lagi pelajar-pelajar terbabit telah dipanggil memberi kenyataan bertulis kepada warden berhubung kejadian tersebut. Anak saya menelefon dan maklumkan kejadian tersebut. Saya telah maklumkan kepada IO yang mengambil report kami berhubung 2 kejadian tersebut.

Pihak polis telah datang ke maktab dan menemubual warden serta anak saya dan rakan sebiliknya. Pihak polis juga mengarahkan pihak maktab membawa anak saya ke balai untuk diambil keterangan berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh kami pada 22 Julai 2022 yang lalu.

Bayangkan anak kami yang belum pun sampai usia 14tahun terpaksa memberi keterangan di balai selama 2 jam setengah. Ni semua disebabkan tindakan pihak maktab yang lembab dan sambil lewa sehingga kami terpaksa membuat laporan polis. Kami telah mengambil anak kami pulang ke rumah untuk direhatkan pada hari yang sama. Pada sebelah malam, kami dimaklumkan oleh salah seorang parent Form 3, anaknya telah terjumpa nota berbaur ugutan di dalam biliknya di asrama. Bilik anaknya itu berhadapan dengan bilik anak kami.

Nota-nota tersebut ada ditujukan kepada anak kami, El. Kami terus maklumkan kepada Ketua Warden, Pengetua, TPPP, Exco-exco Muafakat dan IO yang mengendalikan kes anak kami. IO nasihatkan untuk pihak sekolah membuat laporan polis.

11 Ogos 2022 (Khamis)
Kami menghantar anak kami pulang semula ke maktab untuk menghadiri kelas seperti biasa.

12 Ogos 2022 (Jumaat)
Anak kami menelefon pada jam lebih kurang 6.50 pagi dan memaklumkan rambut dia dan 2 orang rakan biliknya telah digunting pendek ketika mereka tidur malam tadi. Anak kami dan pelajar terlibat terus memaklumkan kepada senior dan senior seterusnya maklumkan kepada warden. Dalam masa yang sama, kami maklumkan kepada IO yang mengendalikan kes kami. Seperti kes terdahulu, IO menasihatkan agar pihak maktab membuat laporan polis di balai. Sehingga saat ini, kami masih menunggu update dari pihak maktab dan pihak polis.

Pihak MRSMKu begitu lembab dalam mengambil tindakan dan menyiasat perkara ini. Sikap acuh tak acuh pihak Pengurusan MRSMKu tidak boleh diterima sama sekali!  Kes-kes masih berulang dan sehingga hari ini telah melibatkan body contact. Adakah pihak MRSMKu nak tunggu sehingga ada kehilangan nyawa baru nak bertindak?! PIhak MARA juga lambat dalam memberikan response dan lambat bertindak walaupun aduan telah dibuat! Pengetua, TPPP, YDP Muafakat, NYDP Muafakat dan sebahagian EXCO Muafakat MRSM Kuantan lambat bertindak dan mengambil sambal lewa kes-kes yang berlaku di dalam maktab ini. Mungkin kesemua mereka menunggu sehingga ada kematian baru nak bertindak! Kami menuntut pihak MRSM Kuantan mencari pelaku tersebut SEGERA dan mengenakan tindakan keras ke atasnya.

Kami juga mahu perkara ini diselesaikan dengan SEGERA memandangkan ia telah melibatkan body contact dan ianya bukan lagi kes gangsterism atau perbuatan khianat tetapi kes JENAYAH yang semakin menjadi-jadi di dalam MRSM Kuantan. Kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika pihak maktab dan MARA masih lambat bertindak.

Sekian, terima kasih.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2022 12:34 PM | Show all posts
Dalam hal buli begini mengapa pembuli tidak munculkan diri atau cari mangsa yang sekufu?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2022 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 13-8-2022 12:30 PM
Mungkin mangsa saja dijadikan target,
anak saudara husband akak dahulu hampir jadi mangsa buli
te ...

Kesian dia sis. Pembuli biasanya berkumpulan so kalah nak bertahan
Bagus juga martial art for kids tau tackle aggression. Tak risau hantar anak ke asrama
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2022 12:54 PM | Show all posts
aku cuma hairan masa rambut kena potong sampai pendek tu tak terasa ke rambutnya dipotong?
Tebal jugak rambut yg kena potong tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2022 12:54 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2022 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Angkut bundut je laa sonang...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2022 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasang je cctv tgk..kalo da smpai dua bln mcm ni kena buli, tu salah satu cara..kalo x, xyah sekolah kn anak kt situ..bwk blk umah. Kwn2 pn xkena kacau
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2022 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Tabur tepung leh tengok jejak jalan tu ke mana.. tp kalo psicopat sll yg paling rapat  dan paling baik dgn mangsa..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2022 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
psikopat budak yg buat ni..seramnya tdo mlm2 kang tau2 kena tikam or kena sembelih
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2022 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau baca komen di fb mak nye tu..majoriti speku pemangsa adalah mangsa sendiri..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.130474 second(s), 56 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list