CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13119|Reply: 299

[Tempatan] Agenda untuk melatih anak menjadi robot?Tak mampu ajar anak darjah satu jawab soalan matematik, Ibu ini rasa mahu bakar ijazah matematiknya!

  [Copy link]
Post time 11-8-2022 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 11-8-2022 09:45 PM


SOALAN ‘membunuh’ minat anak. Itu yang terpacul di fikiran seorang ibu gara-gara kesukaran menjawab soalan matematik anaknya yang baru kini baru darjah satu.

Tidak hairanlah sebelum ini kedengaran keluh-kesah tentang sistem pendidikan di negara ini yang sedikit sebanyak membebankan pelajar.

Antaranya, soalan yang berbentuk KBAT, sistem pembelajaran yang sering bertukar, beg sekolah berat dan pelbagai lagi masalah yang tiada berkesudahan.

Menurut ibu yang bernama Nur Atiqah Zulkiplee , kesukaran membantu anaknya menjawab soalan matematik yang diberikan itu menyebabkan beliau terasa ingin membakar sahaja ijazah yang diperolehnya.

Saya masih mencari di mana logiknya soalan ini ditanya kepada pelajar darjah satu.Budak itu mahu beli pemadam pun puas mengira syiling, kira baki pun salah lagi. Seluar dalam pun kadangkala pakai senget-senget, apatah lagi tudung sekolah.

LATIH ANAK JADI ROBOT

Menurut Nur Atiqah lagi, anaknya Zara tiada masalah pembelajaran. Bahkan, sehingga kini si kecil itu boleh membaca dan menulis sifir enam.

“Apabila saya bagi Zara sifir enam, dia tiada masalah untuk menulis dan faham akan konsep gandaan sifir berkenaan.

“Maksudnya, Zara bukan budak yang ada masalah pembelajaran, tetapi apabila saya tengok soalan matematiknya, saya terus terfikir adakah ini agenda untuk melatih anak menjadi robot?

“Tiba-tiba rasa mahu bakar ijazah yang saya peroleh. Saya buat pinjaman RM22 ribu untuk mendapatkan segulung ijazah dalam bidang matematik. Namun, saya masih tidak dapat mengajar anak yang berada dalam tahun satu untuk membuat kerja sekolah bagi subjek berkenaan. Entah salah siapa, saya pun tidak tahu,” ujar Nurul Atiqah sambil memberitahu soalan berkenaan diambil di dalam buku teks darjah satu sekolah kebangsaan.

Akuinya lagi, walaupun boleh menjawab soalan tersebut, namun sukar untuk menerangkan kepada anaknya dengan bahasa dan tahap anaknya sekarang. Sangat tidak logik tegas wanita itu!

“Bagi saya soalan macam ini boleh membunuh minat anak. Kalau beginilah soalan yang digunakan untuk menilai PBD atau whatnot, anak saya nak dapat TP1 pun saya tidak hairan. Tidak kisahlah tentang KPI sekolah ataupun guru besar sendiri.

‘Kita sendiri boleh menilai kebolehan anak kita mengikut perkembangan umur dia. Patutlah dilantik menjadi AJK PIBG, mungkin kerana saya banyak membuat aduan,” ujar Nurul Atiqah lagi sambil mengakui agak beremosi dengan situasi tersebut.


https://sinarplus.sinarharian.com.my/kisah-masyarakat/soalan-membunuh-minat-tak-mampu-ajar-anak-darjah-satu-jawab-soalan-matematik-ibu-ini-rasa-mahu-bakar-ijazahnya/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2022 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Bebudak jaman now kena pakai buku xtvt yach? Dolu2 salin soklan kat papan hitam jahh..

Dan awat susahkan matematik tambah tolak tuhh?? Bg budak kira congak jahh.. awat susah nau nak wat kira byk2 tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 11-8-2022 09:51 PM
Bebudak jaman now kena pakai buku xtvt yach? Dolu2 salin soklan kat papan hitam jahh..

Dan awat sus ...

Kwn aku siap telefon aku sbb tak reti nak buat.. hohohihi
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang belajar statistik pengamiran matrix kejadah semua tu hujung2 kerja x pakai semua tu, hanya masuk meeting jerit bodoh, bila mau siap, duit masuk, kurangkan kos
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Soalan dalam gambar tu, tak silap aku dulu zaman 90an, darjah 3 camtu baru blaja.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
I-robot
Isaac asimov


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2022 10:13 PM | Show all posts
bakar je la

org cina tak bising pun,  latih tubi math diaorg lagila kejam
semua psl sebutan angka dlm matematik tu singkat dlm bahasa cina, jadi org cina leh kuasai math dgn mudah dlm bahasa dia.

bahasa melayu sebutan panjang, tu rata bdk melayu lembab nk proses matematik
dh sebut 9, sembilan pun 3 suku kata..jadi lembab
https://www.youtube.com/watch?v= ... hannel=alterego7420


latihla anak dlm kaedah mokhdar, silap2 sifir 24 dia hafal terus
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 11-8-2022 09:51 PM
Bebudak jaman now kena pakai buku xtvt yach? Dolu2 salin soklan kat papan hitam jahh..

Dan awat sus ...

Mula darjah 4 dah xde buku aktibiti. Meols suka la sbb masa tahun 3 cikgu BM anak meols guru penolong kanan. Abes dia hentak kasi homework 32 mukasurat terus. Plg sikit 8. Anak meols stress je.
Ni xde buku aktibiti..tulisan ank meols dah mula nampak kemas.
Meols beli buku aktiviti utk ulang kaji je. Oh ye..latihan yg susah2 ni meols skip je. Bila dah fhm sket...baru ajar dia semula. Mcm skrg ank meols tahun 4..matematik utk pecahan tu gila bdk tgkatan punya silibus. So meols ajar ank meols pecahan utk tahun 3. Memandangkan exam xde..jadi meols setkan ank meols fhm kan apa yg meols rasa patut ikut umo dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2022 10:35 PM | Show all posts
memang susah pon soalan tu untuk budak darjah satu

tipulah kalau korang kata senang

kena pakai ilmu algebra jugak ni nak dapat jawaban dengan cepat dan tepat

sepatutnya budak darjah satu diajar kenal nombor dan tambah tolak darab bahagi

ujung2 makpak kat rumah yang jawab soalan nih.. budak2 dapat ke ilmu?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni nak lawan standard2x international or private school la ni... Ade ja...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu during my time jalan kerja matematik tu tak kisah lah mcm mana. Janji betul prinsip nya dan dpt jawapan. Zaman skrg, kena ikut cara jalan kerja cikgu sebijik2. Kalau tak, cikgu tk terima jawapan. Mmg budak2 skrg ajar jadi robot.. Tak de langsung initiative nk tgk jalan kerja dan verify betul ke tak.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 11-8-2022 10:35 PM
memang susah pon soalan tu untuk budak darjah satu

tipulah kalau korang kata senang

Tu la mmg susah. Padhal utk tahun satu patut bila nombor dah tambah2 jumlah jgn lebih dari 20. Meols pecaya cikgu pon mcm terpkasa ajar asal boleh habis silibus je..sbb bdk tahun 1 mmg xleh nak digest soalan kat atas tu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 10:46 PM | Show all posts
Edited by kemaruk at 11-8-2022 10:47 PM
makita replied at 11-8-2022 10:41 PM
Tu la mmg susah. Padhal utk tahun satu patut bila nombor dah tambah2 jumlah jgn lebih dari 20. Meo ...

bangkem yakin, majoriti budak2 darjah satu tak paham langsung ketika diajar soalan camni dalam kelas

di rumah, mujur kalau ada siblings atau parents yang bantu ajar dan tolong jawab

adakah ini cara halus cikgu2 agar family members di rumah secara separa sedar mengajar budak2 ni di rumah?

senang kerja
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
i tkde anak kecik. so tak tahu skrg mmg matematik darjah 1 jalan kerja utk penambahan bolak-balik nombor pastu kena jawapan sama? Apa motif buat macam tu ye. soalan diberi pastu murid kena buat soalan lain, tapi mesti jawapan sama
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ioilss ni dah 2 anak lalui zaman soalan susah. Tak tau la anak yg ke 3 ni dpt ke tak. Apa yg i tahu basic kena mantap dari skola tadika. Baru dpt lalui soalan merapu ni dgn tunjuk ajar mak. Mcm q-dees dia akan latih matematik dan kebolehan membaca bm n english. So bebudak ni dah prepare awal utk darjah 1. Lg budak zaman covid sgt kesian.  Ntah la.. I tgk anak i yg darjah 3 ni pun dah kena buat karangan panjang. Apa yg dia belajar tu time kita darjah 5/6 punya sukatan pelajaran. Mmg sgt advanced.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Murid kena figure out soalan lain yg boleh dpt jawapan sama. > ni berdasarkan apa yg ditunjukkan dlm math equation kat tered ni. Soalan tu dah okay. Yang tak okay kenapa ada jalan kerja yg pecahkan nombor penambahan ke-dua pastu , campur plak dari nombor penambahan pertama. Direct campur dari soalan tak boleh ke.  & masa kita dulu soalan camni susun je atas bawah kat buku kotak2 so setiap nombor “duduk” kat column (dulu kita diajar panggil “rumah unit” utk setiap column tu) sa - puluh - ratus… campur ke bawah.

whyyy… kena ada soalan lain yg di - figure out oleh murid. Darjah 1 plak tu. kot soalan uji iq mmg ada soalan2 begini. tapi tak tahu pulak darjah 1 boleh figure out macam ni

nota kaki: dulu suka beli buku uji iq anda
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2022 10:55 PM | Show all posts
Buritan replied at 11-8-2022 09:57 PM
Kwn aku siap telefon aku sbb tak reti nak buat.. hohohihi

patut ajar cara senang jahh.. awat ajaq susah namatey nih??? siap kena wat 2-3 tambah tolak utk dpt jawapan asal...
awat deme tak ajaq cara matematik congak jahh? hat cara nih menyusahkan dan budak bknnya paham...
awat cara la ni dah komplikated semacam?

ongtua pun belum tentu dpt tangkap cara nih..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
ayoyooo… cara penambahan susun nombor atas & bawah pastu kira ikut column tu dikira ajaran sesat utk math . Harap mak murid cuma rasa nak bakar ijazah je. Harap tkde stress sampai rasa nak bunuh diri & keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 10:59 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 11-8-2022 10:05 PM
Soalan dalam gambar tu, tak silap aku dulu zaman 90an, darjah 3 camtu baru blaja.

hat basic tambah tolak tuh blajaq darjah satu.. darjah tiga dah mula blajaq multiplication pendaraban.. skolah rendah iols blajaq pendaraban 2,3,4 masa darjah 2.. cikgu kata sbb senang.. masuk darjah 3, skip pendaraban 5, teruih 6,7,8,9.. tak perlu blajaq 12 sbb dabel digit.. 5,10,11 senang kata cikgu..
tapi soklan maths tuh mmg tak menyenangkan malah menyusahkan nak kira dgn cepat..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni lah cabaran iols masa tahun 2020 anak darjah 1, perintis PDPR.. penuh drama tangisan nak ngajor syllabus darjah 1 je walau punnnnn...

Syukur lah dah takde PDPR.... aaaaa syukurrrrr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.094173 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list